Kekuatan seorang umat. Macam selalu aku selepas solat sahaja pasti akan membaca doa. Dan antara doa aku yang selalu aku baca adalah “Ya Allah kau tolonglah kuatkan hatiku dan tabahkan hati aku untuk mengharungi segala ujian yang mendatang kepada diriku ini.” Mula-mula jarang jugalah doa macam tu tapi lama-kelamaan dah jadi rutin hidup aku.
Tanpa sedar tak sedar pelbagai ujian menimpa aku. Seperti beberapa bulan yang lalu aku kehilangan sahabat aku. Aku dihina dan diejek oleh orang sekeliling aku. Semua ini bermula pada aku di sekolah rendah dulu, aku jarang mendapat kawan kerana sikap aku yang begitu lembut dan mudah menangis apabila dihina dan diejek. Kadang-kadang cara nak buat aku “happy” ialah dengan cara bila ada orang puji jee aku ni cepat perasan dan mudah berpusing-pusing macam kanak-kanak ribena. Sebenarnya aku membuat sedemikian adalah kerana ingin membuat orang sekeliling aku “happy”. Lama-kelamaan menjadi rutin harian aku.
Sebilangan mereka tidak menyukai aku seperti ketika aku pagi-pagi pergi sekolah, mejaku dipenuhi dengan sampah-sarap dan sebagainya. Aku hanya kaku dan mendiamkan diri kerana ibuku pernah bercerita tentang kisah Nabi Muhammad Saw iaitu ketika baginda sedang melakukan solat seorang musyrikin mekah telah meletakkan najis unta di belakang Nabi Muhammad Saw.
Berdasarkan daripada cerita tersebut,aku terpegun akan sikap baginda yang tabah dan kuat menghadapi dugaan tersebut. Lalu,aku menanyakan kepada diriku, “Mengapakah aku mahu berasa sedih sedangkan baginda tidak pernah bersedih dalam situasi tersebut. “Sehingga kini hidupku seperti dalam keadaan yang lain dan lebih sempurna. Pada mulanya aku beranggapan demikian namun, hidupku lebih teruk daripada sebelumnya. Seperti pada mulanya aku masuk tingkatan 1 aku sudah memulakan hidupku yang baru. Makin lama aku mempunyai ramai kawan.
Meskipun demikian, ketika aku tingkatan 4, aku kehilangan dua sahabatku, aku paling menyayangi mereka berdua kerana aku beranggapan bahawa mereka menyayangi aku juga. Namun firasatku adalah salah. Ketika mereka dapat pindah kelas. Aku hanya mengucapkan tahniah dan aku berlalu pergi dalam keadaan menahan air mataku. Ramai bertanya kepadaku “Mengapa kau tidak mengikut mereka sekali.” Aku hanya mendiamkan diriku tanpa menjawab soalan tersebut. Aku berbuat demikian kerana ingin belajar bersungguh-sungguh.
Sudah beberapa bulan kami tidak bertegur sapa. Aku merasakan bahawa dalam dunia ni aku seorang sahaja yang merasakan perasaan ini. Tetapi Allah itu maha kaya. Antara sebab mereka menghilangkan sahabatku adalah ingin aku menyayangi seseorang lebih daripada sahabatku. Yang sentiasa ada di sebelahku. Tak lain tak bukan keluarga.Aku tertanya-tanya apa salah aku selama ini sehingga aku kehilangan dua sahabatku. Antaranya adalah aku tidak pernah menyayangi keluargaku seperti aku menyayangi kawan-kawanku. Ketika pergi di sebuah kedai buku, aku bertemu dengan satu buku ini. Seolah-olah buku itu dengan aku adalah satu takdir mengapa buku itu ditemui.
Tanpa membuang masa, aku pun membeli buku tersebut dan membacanya. Aku mengalirkan air mataku kerana selama ini segala soalan yang aku berikan kepada Allah telah terjawab. “Ya Allah sungguh besar nikmat yang kau berikan kepada hamba-hamba kau”. Akhir kata daripada saya adalah sebanyak mana ujian yang diberikan kepada Allah bukanlah dia mahu melihat kamu terseksa, malah dia ingin melihat sejauh manakah kuat dan tabahnya kamu mengharungi ujian-Nya.
– Adlin Nazifa Bt Mohd Azmi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit