Kekurangan Itu Bukan Kecacatan

Assalamualaikum, kali ke3 hantar. Harap sangat kali ni pihak IIUM dapat beri kelulusan untuk dipost. Sebagai pengajaran buat suami isteri dan umat islam di luar sana.

Aku, impikan berkhawin dengan seorang yang dapat membimbing aku ke jalan Allah, oleh sebab keluarga aku agak tidak berapa arif atau beratkan agama ni. Jadi aku memerlukan seseorang yang dapat memimpin aku. Telah di jodohkan dengan suami. Aku terima seadanya. Aku gembira sebab dia ada ilmu agama, tidaklah banyak, tapi insyaAllah dapat membimbing aku.

Selepas 3 tahun perkahwinan, dikurniakan 2 orang anak lelaki yang juga bakal pemimpin keluarga bila diizinkan Allah nanti. Aku dan suami masih on off dalam solat. Sekejap solat, sekejap tak. Ikut suka hati kami. Yang wajib kami buat begitu. Pendosa sangat kami ni.

Suami aku kaki jamming, melepak, main game pc, boleh kata jenis menghabiskan masa dengan benda lagho. Keseronokkan dunia ini memang menjahanamkan kehidupan. Melekakan umat. Aku pula busy online. Chit chat group whatsapp dengan kawan-kawan, asal korang tahu perempuan ni kalau dah ada group tak bergosip sehari macam tak sah. Tak dapat mengumpat kawan sekolah atau sekerja, mengumpat artis pun jadi. Hidup penuh dengan keji.

Mungkin disebabkan aku dan suami aku masih ada sedikit iman dan ingin berubah, sebab kami selalu dengar video ceramah agama. Setiap hari pasti dengar. Tapi, hati masih keras. Masih tidak menyesal dengan dosa. Masih tidak mahu bertaubat. Masih rasa nyawa kami ni panjang.

Kami asyik bergaduh. Setiap bulan pasti ada pergaduhan. Gaduh perkara kecil. Masing-masing tak mahu mengalah. Kau salah, aku betul. Tapi ending, memang aku isteri yang akan mengalah. Sebab aku tahu, tidur suami aku dalam keadaan marah dan tidak redha, malaikat melaknat aku sampai pagi. Aku takut tu. Walaupun aku betul kadang-kadang, aku turunkan ego aku.

Suatu hari, suami aku tiba-tiba berubah. Dia mula solat. Tahajjud. Sunat. Dia berubah macam tu, aku terharu dan aku pun berubah. Aku nak sama-sama berubah. Aku nak hidup beragama islam. Bukan islam atas ic sahaja. Aku dah jadi ibu, aku kena berubah.

Step by step, dari tengok video ceramah agama, suami aku mula solat berjemaah di masjid setiap waktu. Selepas itu, kami sama-sama beli buku agama dan kitab. Sebelum ni duit habis ke dvd, baju, kasut. Perbelanjaan yang akan dipersoalkan di sana kelak.

Kami mula ikuti ta’lim dan majlis ilmu di masji berdekatan. Alhamdulillah sentiasa Allah permudahkan urusan kami dalam mencari ilmu akhirat. Niat baik, pasti Allah permudahkan.

Ta’lim ini selepas 3 minggu hadir, diri akan sentiasa terasa rindu pada ta’lim. Hati mula menyesal setiap dosa yang terdahulu. Masuk tahun ke4 perkahwinan kami, hidup kami lebih tenang. Senyum, bahagia, gaduh jarang sekali, sikap kami 50% berubah. Dari masing-masing panas dan baran, kami boleh bertolak ansur. Tanggungjawab rumahtangga kami buat bersama, tidak ada istilah isteri melakukan semua kerjarumah termasuk menjaga anak.

Suami aku tidak jamming, melepak dan main game lagi. Masa dia banyak habiskan mencari rezeki, ke masjid dan dengan keluarga. Aku pun turut tukar segala aktiviti, yang dulu aktif di group umpatan, semua aku left. Kawan yang penuh negatif, aku buang. Aku perlukan kawan yang positif dan Alhamdulillah Allah hadirkan sahabat yang sentiasa menegur dan menasihati aku. Selepas suami, dialah sahabat aku.

Masuk tahun ke5, diuji dengan suami tidak bekerja, selamat aku ada buat income sampingan dengan business online. Jadi dapat la bantu kewangan keluarga. Di kesempatan ini, suami aku mula keluar ke jalan Allah berhari-hari untuk menuntut ilmu. Inilah doa aku kepada Allah. Agar diberi rezeki suami aku keluar ke jalan Allah, selepas 3 tahun baru dimakbulkan. Allah lebih mengetahui masa yang sesuai.

Selepas 6bulan suami aku tidak bekerja, akhirnya dapat rezeki menjadi bilal di sebuah masjid. Allahuakbar. Tidak terkata kesyukuran kami suami isteri. Sampai sekarang suami aku menjadi bilal dan dapat lagi kerja lain. Alhamdulillah rezeki sentiasa ada.

Nasihat aku untuk semua. Jika pasangan kita ada kekurangan, janganlah kita tersungkur bersama. Seseorang perlu hulurkan tangan untuk bangkitkan yang kekurangan itu. Perkhawinan ini tanggungjawab bersama. Jangan kita menyesal sekiranya jodoh kita dengan dia yang banyak kekurangan.

Kekurangan itu bukan kecacatan, tapi keindahan bagi mereka yang fikir akan hikmahnya. Apa hikmahnya? Hikmahnya, yang kelebihan ni dapat ganjaran sekiranya mendidik dan mengajar yang serba kurang ini. Kelebihan itu dapat sentiasa upgrade ilmu yang dia ada. Sama-sama belajar dan berubah.

Agama perlu dipelajari, bukan dah belajar rasa dah banyak ilmu. Kena sentiasa belajar untuk tingkatkan ilmu. Banyak yang kita belajar sebenarnya banyak yang kita masih belum belajar. Akan sentiasa rasa ilmu agama tidak cukup.

Salinglah melengkapi. Apa erti perkahwinan jika impian untuk ke syurga bersama tiada. Sehinggakan pasangan buat silap pun kita pejam mata. Tidak mahu mengajar apatah lagi mendidiknya.

Hidup tanpa agama, sia-sia.

Berharap sangat pihak IIUM dapat keluarkan cerita ni, supaya sedikit sebanyak dapat dijadikan pengajaran buat kita semua. Manusia, tidak lepas dari dosa. Hanya beza, ingin tambah dosa atau berubah.

Wassalam.

– Aisy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit