Assalamualaikum wbt.
Saya harap tuan admin dapat post confession saya ini.
Saya adalah seorang ibu kepada seorang anak dan juga salah seorang pemerhati di kelab pengasuh di Facebook.
Saya perhati group tersebut,banyak syarat berat sebelah diletakkan pada ibubapa dan ada yang suka mengeji ibubapa bekerjaya ni.
Ini antara situasi saya kerap kali melihat,
1.ibubapa tidak dibenarkan bertanya khabar tentang anak melalui whatsapp.
mostly kalau pengasuh2 ni bercerita mengenai ni,ramai akan cakap,” off je telefon,xpayah layan ibu yg sibuk whatsapp pasal anak dia,bukan anak dia kena dera.pon”.
Saya,sebagai seorang ibu kepada anak berusia 8bulan..nak hantar dan tinggal anak selama 10jam pada orang tidak dikenali.apa perasaan saya ditempat kerja.saya bukan risau anak saya didera.saya risau,adakah anak saya selesa,adakah pengasuh selesa dengan kehadiran anak saya,pengasuh punya kesukaran ke nak tidurkan anak/susukan anak saya,itu,cukup..saya rasa,ibu yang lain pun macam tu…tapi cara pengasuh2 sekarang ni pemahaman mereka seperti kami menyusahkan mereka..berilah 1 minggu untuk kami bertanya khabar..susah ke.susah ke bertolak ansur.duit nak,tapi nak bertolak ansur xnak…ishhh..mereka ni, walaupun jadi pengasuh,kena ambil kursus PR dan cs sekali,biar reti mcamana nak komunikasi baik dengan ibubapa.
2.pengasuh nak cuti pada kesemua public holiday..ada setengah pengasuh ni,bising bila ibubapa menghantar anak pada hari public holiday,tak semua company dapat cuti hari gawai,xsemua company beri cuti hari krismas,terutamanya ibubapa yang kerja dimall,dihotel..jadi,bila kes macamni berlaku sebelum tu,tak da beritahu awal2 ke,seperti tiada komunikasi antara ibubapa dgn pengasuh.kenapa tak tanya direct je kepada tuan punya badan kenapa mesti post di facebook.saya lihat bila post di fb,lebih kepada bahana dari solusi,lebih kepada mengutuk dan mengumpat.
3.Pengasuh bising bila ibubapa tak hantar anak/lewat hantar anak,tak beritahu awal2.. Kadang2 emergency happened tak pernah ke berlaku pada suami atau diri sendiri,kalau kereta breakdown tepi jalan,kalau anak sakit,kalau bangun lambat,kalau traffic jam..allah..dia punya bising,kita hantar anak lambat,semua pengasuh satu Malaysia tahu..kalau kita lambat beritahu,kenapa tak call/whatsapp,instead of mengadu di group.. “anak asuh saya sorang lg ni,lambat sampai,pukul berapa ntah nak sampai,kalau xjadi datang,bagitahu la awal2…”
Dah..xsampai sejam post tu,penuh dgn komen kejian,tapi ada juga pengasuh yang cerdik komen,suruh call atau whatsapp direct.ish..tak faham betul cara pemikiran pengasuh sekarang,cukup cerdik atau tidak untuk jadi pengasuh…
4.tidak ada komunikasi dua hala.
Seringkali saya lihat segala masalah diluahkan di fb,telefon canggih masing2 rosakkah yang tak boleh call atau mesej ibubapa/pengasuh masing2..
Sebagai contoh,seorang pengasuh ni meluahkan perasaan di kelab tu,
“tadi mase petang,ibu anak asuh saya dtg ambil anak dia dan tanya,bila akak nak duit ya? Laa..byk tanya pulak,kau tanya dh kenapa,bagi2 jela kalau dh dapat gaji.”
See..benda remeh mcmni pon nak post saja cipta kontroversi,nak mengumpat ramai2 kan..orang bertanya pon, boleh jadi masalah.
5.Kelab pengasuh yang berat sebelah..ye,saya tahu,mmg majoritinya adalah pengasuh,tapi mana mision dan vison asal group tu,tujuan saya join group tu pon sbb nak dapatkan ilmu…setahu saya,kelab tersebut ditubuhkan utk dapat /share ilmu,tapi yang saya tengok 60% lebih kepada mengutuk…
dan lagi berat sebelah,sekiranya ibubapa post soalan berkaitan hak anda sebagai ibubapa terhadap pusat asuhan sbg contoh,..”kalau boleh kan, dichannel mana kami mahu buat report mengenai pengasuh tidak berdaftar/xmempunyai sijil tauliah” ,mereka tak akan post..never!! Kalau post approved pon xsampai 30 mins,akan diremoved! .sekiranya ramai ibubapa yang menunjukkan kecerdikkan mereka disana seperti beri komen bernas mengenai kalau nak naikkan harga,naikkan kualiti servis sekali,post tersebut akan diremoved.tetapi,sekiranya pengasuh post status di group berunsur mengutuk,mengeji,don’t worry,post tak akan diremove.post tersebut akan kekal dan 500 hingga 1000 komen dan masih mengira jumlah komen….
Tengok,betapa teruknya admin group tersebut,terlalu sempit,tak mahu buka minda tak mahu ada kelainan,tak mahu tingkatkan prestasi.ini realiti.bukan fantasi,bukan rekaan.tak ada masa nak mereka cerita.
6.Pengasuh2 ni ego.Bukan semua ya.dalam 100 tu,adalah dalam 80 jenis buat pandai…Ego dia melangit.Suka mengutuk ibubapa sekarang dimedia social,duit gaji nak pulak,kerja malas,mandikan anak asuh taknak,petang2 ambil pon anak tak mandi(walaupun bila balik akan mandi sekali lagi) merungut harga jagaan rm350 tak cukup untuk seorang,selalu komplen harga barang keperluan naik,ya..saya faham,saya pun faham dengan situasi ekonomi sekarang,dan gaji saya pun tak naik kak.kalau saya dinaikkan pangkat,sudah tentu naik gaji tapi,masanya,belum lagi.
Ada kes di group pengasuh tu,ramai pengasuh ni bercerita mengenai pekerjaan ibu anak asuh masing2,antara yang bercerita tu adalah bekas pengasuh anak saya…,mostly geng2 pengasuh ni kalau bab duit,bab mengutuk kami ibubapa yang bekerjaya ni memang laju tanpa berlapik tengok kiri kanan..beborak pasal ibubapa ni gaji naik la,bonus naik,yang tak tahannya,boleh dorang plan nak naikkan harga asuh,dari rm350 kepada rm450 selepas setahun.ok la.tapi saya tak faham apa benefits anak tu dapat dengan bayaran rm450,kalau pengasuh ni kreatif,byk aktiviti dirumah,bayar rm500 pon saya tak berkira.kalau pengasuh boleh bertutur 3bahasa,bayar rm800 pun saya tak berkira.asalkan,anak saya dijaga dengan baik,saya puashati dari segi service,bayar rm1k pon tak apa..
Ingat ya,myCC dah beri amaran pada persatuan pengasuh,sekiranya ada pusat jagaan yang mengamalkan kenaikkan harga servis setiap tahun akan dikenakan denda.
Ini,rumah pun duk kawasan pedalaman.dalam rumah pun sekadar perabut yang ada dan tidak menepati piawaian ditetapkan jkm,anak asuh sampai 9 orang dijaga,agaknya macam sotong dia uruskan anak seramai itu.aktiviti memang langsung tak ada,pengasuh pun reti cakap bahasa melayu je,ada hati nak naikkan harga dan siap mintak bonus dari kami lagi.
Minta okay! Kalau minta baik2 tak mengapa,atau secara courtesy,ini.. Di group facebook kemain dengan ego mengutuk kita,lepas tu semborono ikut nasihat pengasuh2 yang tak bertauliah minta naikkan harga bagai,
Lepas dari 1bulan lebih anak disana,saya pun keluarkan anak dari rumah asuhan tu,sebab,ada 2 kes bukan berlaku serentak.kes yang tak mampu nak jaga kesemua anak asuh,terlampau ramai,sampai anak saya menjadi mangsa admitted 7hari di hospital,doctor cakap air kotor,kemungkinan botol susu tak dibasuh dan satu lg hfmd.
7.Pengasuh bising bila ada ibubapa buat iklan “SAYA DUK DI KAWASAN SELANGOR,
MENCARI PENGASUH DIKAWASAN SELANGOR,
MEMPUNYAI ANAK ASUHAN TAK RAMAI”
Hello,mak mak,post kat atas ni,boleh buat pengasuh sentap okay! Dorang cukup hangen kalau ibubapa post requirements mcmni,yang nak anak asuhan tak ramai,dorang akan jawab,”ko ingat kitorang nak hadap anak ko sorang?Banyak lagi kerja nak kami buat..banyak cantik!..” so,ini antara komen balas dari pengasuh.kita letak iklan free,belum lagi hantar anak pada dia(pengasuh), dan bising2..kak pengasuh,nak tengok sikit,sijil dari permata ade ke..cakap banyak jugak tak guna!!
Ada diantara pengasuh cadangkan dengan bayaran sebanyak rm1000 sebulan.adakah berbaloi? Bagi saya..dari spend rm1000 sebulan,baik hantar pada pusat asuhan yang mahal,ada aircond,cctv,ada teacher,ada system lengkap,suasana best,makanan disediakan menu sihat dan organic,,daripada dok perabis bayar rm1000 pada pengasuh yang awal2 dia dah komplen kita macam2.. Hmmm..fikir2 kan.
Saya nak share ya pada semua ibubapa,sila semak status pengasuh masing2,adakah mereka berdaftar dengan JKM? Especially yang jaga anak ramai tu.Dan adakah pengasuh anda punya sijil yang mengatakan mereka dibenarkan kendalikan pusat asuhan dari rumah?kebanyakkan yang sudah pergi ke kelas dan peroleh sijil, mereka perlu menampal sijil di pintu rumah mereka.
Sekiranya tidak,sila laporkan pada JKM dengan kadar segera.Kita bukan nak tutup periuk pengasuh atau pun segaja cari pasal tapi kita nak educate pengasuh ni,supaya mereka pergi ke kelas dapatkan ilmu untuk jadi pengasuh yang bertauliah.Lepas ni mungkin berkurangan kes pengasuh dera anak asuhan..sekiranya pengasuh anda menjaga anak2 kurang dari 4 orang its okay,boleh consider lagi.
Ok.
Anda boleh dapatkan info mengenai right anda sebagai ibubapa,sila layati website www.asuhan.com.my atau www.ppbm.org atau www.jkm.gov.my dibahagian soalan lazim.
Di www.asuhan.com.my ada guidelines berapa kuota anak dan pengasuh dibenarkan.dan apa yang dibolehkan atau tidak boleh dilakukan oleh ibubapa semasa waktu asuhan.
Ok,dalam website asuhan ada nyatakan..ibubapa dibenarkan pergi ke pusat asuhan secara mengejut ya utk melihat apa yangpengasuh dan anak2 sedang buat.tu ramai pengasuh menetapkan,tak dibenarkan datang mengejut/datang time peak sebab apa? Ibubapa nak melihat sahaja,bukan datang nak menyusahkan.nak tengok dengan mata bukan dengan tangan dan mulut.
Dan banyak lg info boleh dapati disana,rakan saya cuba share/post info ni di group pengasuh beberapa kali,tapi admin xapprove,mungkin mereka khuatir, nanti ramai ibubapa cerdik buat report bila pengasuh tidak berdaftar..yang hantar anak pada pengasuh tak berdaftar tu,kalau anak koyak mulut,tulang terkehel,tulang retak jangan salahkan orang lain,fikir dulu,dimana salah anda,punca dimana?kita beri mereka peluang untuk dapatkan ilmu,biar mereka jadi pengasuh yang bertauliah.
Kalau anda semua ada tips nak dikongsi,atau ilmu,sila share dikomen,kita boleh manfaat sama2.dan saya juga nak tahu berapa annual leave pengasuh secara rasmi/yang disahkan dari jkm/ppbm,bukan akta sendirian berhad…dan sekiranya cuti sekolah,perlu bayar juga ke yuran penuh pada pengasuh,akta mana,boleh share? Adakah tadika pun turut meletakkan bayaran penuh juga pada cuti sekolah.. Ini bukan soal sedekah beri yuran/cuti saya nak tahu dari akta mana.
Dan last but not least,saya ada pesanan saya buat pengasuh yang ego,yang ego sahaja,especially my ex pengasuh.
Sila belajar bagaimana cara handle customer.bukan suruh jadi hamba abdi,bukan suruh jadi orang suruhan.jadi cerdik bila berkomunikasi,ko pon servis bukan bagus sgt,bila sesuatu perkara itu NO,bgtahu dengan baik tetapi tegas,bukan sampai nak gaduh…banyak kes,pengasuh kekwat ni agak actsy,bila kita tarik anak keluar terus dari asuhan dia,reti pulak jadi baik, then mula la buat ayat kesian kt fb raih perhatian..kalau tak,dibuat macam kita ni bodoh,dia (pengasuh) mcm majikan kita..masa anak masih dihantar disana,macam2 syarat dari dia,tak boleh pertikai cara dia,itu tak boleh ini tak boleh!sebab banyak sangat syarat kau,anak aku jadi mangsa. Even ambil anak lewat sikit(happened 3x dlm sebulan sangkut dlm jam)dia pegi post kat group fb pengasuh mengutuk..abestu kalau dah sangkut dalam jam,ko nak suruh aku terbang ambil anak aku ke macamana?!
– Sharina
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit