Bismillah… Assalamualaikum…
Lama aku berfikir sebelum nak menulis ni… Lama mencari sesuatu yang utama dalam kehidupan, merumus erti kejadian manusia.
Sejujurnya, aku ada je masalah hakiki yang berzaman masih jadi bebanan… Nak je meluah tapi macam dah boleh agak komen nanti…
Jadi, aku rasa apa yang boleh aku ceritakan untuk aku rasa diri aku juga berharga..
Ditakdirkan lahir ke dunia sebagai manusia sempurna juga adalah satu kejayaan luar biasa..
Jika tiada kajian manalah nak tahu air mani lelaki mempunyai berjuta sperma dan hanya satu sperma yang akan berjaya untuk menembusi ovom untuk disenyawakan..
Yang satu itu yang terpilih yang berjaya. Jadi kejayaan yang satu yang terpilih dari berjuta yang hadir bersaing itu satu kejayaan juga.
Untuk diri ini sedar menilai kejadian manusia yang dikatakan khalifah hebat itu dari air mani…
Air mani yang jika terkena pada bahagian lain bagaikan jijik. Maka dari kejadian percantuman telur itu membuahkan anak yang dikandung di dalam rahim…
Anak yang secara normal akan berposisi kepala kebawah untuk dilahirkan keluar dari saluran faraj..
Hakikat ini untuk aku sedarkan diri ini bahawa manusia ni asalnya begitu, lahirnya begitu, dan dari lemah tiada apa kepada menjadi elok dan hebat..
Agar kena ada rasa tunduk sedar diri untuk tidak terlalu selesa dengan rezeki dan kelebihan yang ada sehingga ada rasa sombong dengan mereka yang dhaif tiada apa..
Saat ini, ada saudaraku yang sedang bertarung sakit ingin melahirkan cahaya mata… Aku doakan semua akan selamat dan baik..
Banyak kisah tentang kelahiran yang berisiko sehingga ada yang membawa kematian anak atau ibu…
Jadi melahirkan anak itu satu perjuangan dan pengorbanan besar seorang ibu…
Sungguh anak tidak mampu membalas jasa ini maka doa dan akhlak menjadi asas untuk memberi yang terbaik…
Bukan sekadar menjadikan simbolik hari ibu untuk meraikan tetapi setiap hari..
Tidak mudah… Saya sebagai ibu yang ada ibu terasa sedih kerana ada juga perkara yang mengguris dan kurang.. yang mungkin menyedihkan ibu dan anak…
Dengan anak juga ada kesalahan maka kena selalu juga mohon maaf…
Anak yang lahir suci bersih… Terdidik dengan acuan yang dibentuk…
Berikan nama yang terbaik sebagai doa bukan nama yang sekadar unik dan sedap sahaja tanpa maksud yang jelas..
Sebaiknya diberi nama, cukur dan aqiqah hari ke tujuh.. zaman sekarang aqiqah online pun ada… Berpantang pun ikut cara masing-masing..
Cara lama mungkin ada yang sudah tak releven.. contoh tak keluar rumah 44 hari.. sebab mungkin kena berulang ke hospital namun ada yang memilih pergi bersiar atau majlis..
Namun sebenarnya petua dan pantang larang orang dulu ada bersebab, tapi jika melibatkan khurafat janganlah diteruskan seperti dalam pengurusan uri.
Anak pula satu amanah tanggung jawab yang mesti dijaga dengan baik.. ada yang dapat rezeki pengasuh yang baik tapi sudah ada banyak kes anak yang dianiaya dan meninggal sewaktu di taska..
Dari kelahiran kepada kematian.. ajal itu tidak semestinya bila sudah tua.. jadi yang jenis suka kata nanti dah sedia, dah tua baru nak taubat dikhuatiri tidak sempat.
Mati mengejut seperti kemalangan sangatlah tragis.. mati serangan jantung juga amatlah pilu… Kematian yang lama menanggung nazak juga gundah dijiwa…
Bermohonlah doa untuk diampuni dan mendapat kesudahan hidup yang baik.. Aku sering berdoa untuk kehidupan lebih baik, sihat, berjaya cemerlang…
Namun masih ada halangan untuk ditempuhi.. jadi nikmati saja apa yang ada… Hitunglah kebaikan yang ada dari meratap apa yang tiada..
Selagi masih ada nyawa ini, banyakkan membaca, mentadabbur, menghafal al-Quran..
biar hati dan lisan ini menuturkan kata yang penuh hikmah… Agar keberkatan dan syafaat al-Quran itu menyinari kehidupan dunia akhirat.
Bila dah mati… Tidaklah berharap sangat dengan sedekah ayat suci ini dari yang hidup seperti dibuat tahlil dan dikhatamkan anak tahfiz.. kerana bekalan sudah banyak..
Namun, sebanyak mana amal soleh dikhuatiri juga andai tidak diterimaNya jika solat tidak sempurna, hutang tidak dibayar, silaturrahim tidak cantik… Rahmat dan syafaat juga didambakan.
Aku tak sempurna banyak kelemahan, masih belum cukup bekalan ke sana… Aku nak tulis hal ni untuk aku ingatkan diriku berkali agar letakkan akhirat di hadapan, dunia akan ikut…
Kita bukan mencari rezeki tapi menjemput rezeki dengan iman dan amal soleh. Solat bukan untuk hidup tapi hidup untuk solat.
Kerana keinsafan akan kejadian kelahiran dan kejadian kematian… Kejayaan kehebatan dunia hanya sementara dan ia adalah dari izin yang Maha Esa. Jangan ada sombong.
Jazakallah khairan khasira..
– Manusia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit