Hai semua, terima kasih admin andai luahan ini disiarkan. Ini page confessions kan, jadi aku nak luah la sedikit ketidakpuasan hati aku ni.
Nama aku Man, berumur 20an berasal dari kampung di selatan tanah air dan kini menetap di ibu negara KL. Luahan aku ni bukan lah aku nak tuju kepada semua orang Kelantan, tak. Segelintir jela.
Aku dekat KL menyewa bilik, dalam rumah ni ada 4 bilik. Penyewa lain ada dalam 4 orang. Semua dari Kelantan. Masalah aku pada mereka ni adalah, pengotor.
Aku ada je kenal kawan Kelantan yang pembersih, tapi 1-2 je la, mungkin sebab berpelajaran jadi mereka pembersih. Tapi majoriti yang aku jumpa, kebanyakan pengotor, terutama penyewa-penyewa dekat rumah aku menyewa ni.
Pertama, penggunaan dapur memasak. Mereka ni lepas memasak, mereka akan biarkan kuali yang dah diguna tu berhari-hari atas dapur memasak, tanpa di basuh.
Kau dah la berkongsi menyewa dengan orang lain, kenapa tak hormat orang lain? Aku nak guna juga kuali tu, aku balik kerja penat nak memasak, tengok-tengok bekas korang memasak ni tak dibasuh, ingat aku ni orang gaji ke?
Seterusnya cawan lepas buat air kopi atau teh. Mereka orang kelantan kat rumah ni lepas buat air kopi atau teh untuk mereka minum, mereka akan tinggal terus cawan yang masih berisi air kopi tersebut atas meja. Dan diorang akan pergi tidur. Sampai esok harinya dan hari-hari berikutnya.
Apa punya perangai ni? Kalau sekali diorang buat macam ni, aku boleh terima, kita bukan sempurna kan, mungkin keletihan balik kerja, takpa lah. Ini berkali-kali dan berhari-hari!! Mana aku tak naik angin?
Ada sekali aku dah hilang sabar, aku tegur terus dalam group, ada la sorang tu mengaku tu cawan dia. Aku tanya lah ni cawan siapa? dah lama atas meja ni. Kau tahu dia balas apa? “Cawan aku Man, kenapa? siang buat air, malam buat air lagi, lupa nak basuh”
Minta maaf pun takda. Menyirap aku. Perangai diorang ni, bila dah guna satu cawan tu dan dibiarkan atas meja tanpa dibasuh berhari-hari, maka esoknya, ha ni paling s*al sekali, diorang nak buat air diorang ambil pula cawan baru! Cawan diorang dah guna semalam dibiarkan tak basuh!
Apa punya perangai ni? Dah jadi double cawan tak dibasuh atas meja! Aku bukan apa, dah semua cawan kau guna tak basuh, habis aku nak buat air guna cawan apa? Aku kena basuh ke? Aku ni orang gaji?
Terpaksa la aku simpan aku punya cawan dalam bilik, aku guna sendiri dan cuci sendiri. Terpaksa bilik aku yang sempit jadi dapur pula simpan cawan dan pinggan. Kalau letak di luar, alamat nya akan kotor tak dibasuh dan buat aku sakit hati.
Kedua, meja makan. Bukan setakat cawan tak basuh, tapi sampah pun orang kelantan dalam rumah ni jadikan meja tempat letak sampah diorang. Plastik makanan lepas makan diorang akan biarkan atas meja. Getah pembalut makanan diorang akan biarkan atas meja.
Bayangkan aku balik kerja penat-penat, niat nak makan lah atas meja, tapi mood aku jadi serabut bila tengok sampah-sampah ni penuh atas meja. Orang jenis apa diorang ni?
Adalah sekali dua aku bersihkan, bagi meja tu lapang, sampah diorang aku pungut letak dalam tong sampah. Tapi esok lusa ada sampah lagi. Aku jadi sakit hati, aku nak makan weh.
Takkan aku kena makan dalam bilik? Diorang ni memang kat kampung hidup dan bila makan keliling biasa penuh sampah macam ni ke? Masing2 bukan budak lagi, dah 20an semuanya. Dah berkerja.
Ketiga, kerusi meja makan tu. Orang kelantan dalam rumah aku ni lepas diorang guna kerusi tu, lepas buat sampah semua, kerusi – kerusi tu diorang akan selerakkan seluas luasnya. Tak reti kemas dan susun rapat ke meja ke?
Sekali lagi aku balik kerja penat-penat, aku nak jalan ke bilik aku, laluan jadi sempit, sebab kerusi meja makan ni semua dah berterabur, aku punya hangin waktu tu aku teraburkan lagi kerusi tu serata ruang tamu.
Akhir sekali, tandas. Ada antara orang kelantan dalam rumah aku ni lepas kencing dalam tandas, bila aku masuk bau hancing teramat kuat. Aku fikir dia ni kencing kat mana? Kencing kat lantai ke? Nak kata tak flush, mangkuk tandas clear je. Pelik-pelik betul perangai.
Bila aku masuk aku terpaksa cuci lantai, letak sabun baru lah tak berbau hancing lagi dah, setiap kali macam tu. Bukan tu je, diorang ni lepas masuk tandas, lantai tandas tu terus jadi kotor. Hitam-hitam jadi lantai tu, kaki diorang ni kaki ape? Tak reti jirus ke lantai dengan kaki tu?
Aku ni lepas guna tandas aku pastikan lantai tu bersih, baru aku keluar dari tandas supaya takda sisa sabun dan sebagainya. Kadang2 hari minggu, aku cuci tandas.
Bila nampak diorang ni masuk tandas lepas tu, aku dah start rasa kecewa dah, Semestinya tandas yang aku dah cuci bersih lawa-lawa wangi-wangi tadi akan terus kotor. Hampa rasa. Aku juga la yang kena bersihkan balik.
Aku ni ada juga rasa nak menyembang dengan diorang, walaupun hati tengah panas. Mana tahu entah-entah diorang ni ada masalah mental ke, lega juga hati aku. Rupanya lepas sembang, sihat je. Dah tu, loghat pekat pula tu,
Ada dalam 80% perkataan dia sebut aku tak dapat nak tangkap, bukan tu je, diorang ni kalau sembang nak menang je, bangga dengan negeri Kelantan diorang, rumah sewa murah lah, makanan murah lah, senang pergi golok lah, dekat dan sebagainya. Aku iya kan je.
Aku pernah terfikir nak pindah rumah sewa lain. Tapi aku rasa dekat KL ni memang ramai orang kelantan, boleh jadi kat rumah sewa baru aku nanti mesti akan jumpa juga penyewa kelantan yang lain.
Tak payah nak cakap la benda ni semua negeri ada, aku ada ramai kawan dan kenalan, memang majoriti perangai ni banyak ada dekat orang kelantan yang aku jumpa. Kenapa pelik sangat korang ni?
Aku harap siapa2 yang ambil Phd ke dalam sosiobudaya masyarakat, boleh la buat kajian pasal orang kelantan ni, kenapa kebanyakan diorang ni macam tu. Nak kata perangai orang Kampung, aku pun orang Kampung juga.
Sekali lagi aku katakan, bukan aku tuju kat seluruh orang Kelantan, ada je orang Kelantan yang bagus-bagus, tapi tu lah, boleh kira dengan jari. Sekian..
– Man (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Mostly org kelantan mcm tu la..dah la pengotor, suka berpuak mcm dia terpaling brotherhood ‘sek kito jange pecoh’, kalau perangai semenggah xpe, ni perangai x semenggah pun kau nak menang jugak. Rata² yg stay kampung dan kurang cerdik perangai dorg cmtu, kalau stay bandar dan berpelajaran ok je..so better kau cari je rumah lain..sblm deal, survey la dgn landlord tanya bakal housemate tu org mana..hehe..good luck!
Skrg dah tukar, ‘sek kito mandi lanjey’😂😂😂
Saya perempuan Dan bekerja dengan org2 kelantan.lelaki. kalau ada 5 lelaki Kelantan,ada sorang ja saya ok berurusan..yg lain ya robbi…mungkin nasib saya kot jumpa dengan org2 sebegini..Lelaki Kelantan yang saya kenal biasanya baran,rasa level mereka lebih tinggi drp wanita,jadi mereka susah nak ikut cakap admin yg perempuan..Bagi wanita Kelantan yg saya kenal,alhamdulillah semua baik2
Saya orang kelantan. Saya berusaha jadi pembersih. Kerana bersih itu separuh dari iman.
Amalkan gaya hidup sihat. Jadilah orang yang suci bersih tak kira anda dari negeri mana pun.
Agree. Org akan ckp ni sikap individual. Tapi sepanjang aku hidup mmg puak ni pengotor campur pemalas. Aku ni pemalas jgk tapi mata aku ni tau sakit jgk kalau nampak semak. Kaki geli nak jijak lantai kotor berpasir. Geli nak membuang dkt jamban berkerak. Hidung tahu bau busuk sampah. So mls2 pun bangun jgk la mengemas. Tapi puak2 ni diorg boleh immune buat tak kesah wehh. Sumpah tak boleh brain.
Boleh naik gila woii hidup serumah dengan pengotor ni. Kalau kau nak cari bilik sewa lain.. masa riki2 tu tanya je la owner penyewa lain dlm rumah tu org mana. Lantak kan je org nak kata apa.
Kalau lepasni awk dh pindah and dpt housemate dari negeri lain tp tak bernasib baik dpt yg sama jgk perangai mcm housemate skrg… make sure xpyh nk tulis2 confession lg ye.. awk redha jela… tp kalau dpt yg okay alhamdulillah rezeki.. apa2 pun semoga yg baik2 saja utk awk Aamiin.
Terima kasih😊
Sy ckp mcm ni utk mengelakkan lepasni ada pulak hati org negeri lain yg terluka..
Memang mcm tu, orang negeri lain memang suka maki 1 negeri(kelantan). Konon nya terpaling perfect tapi hati tu busuk guna kutip nama negeri padahal orang negeri lain pun 2×5 je. Dorang xsenang orang kelantan happy itu yg selalu nak kutip nama kelantan sebagai objek makian/hinaan
Saya selaku saksi hidup pada ore kelate mmg akui inila perangai sejati kebanyakan puak2 ni…
Saya dapati bila makan x reti nak letak pinggan kotor dalam sink..baju kotor disepuk2 atau disabgkut2 di mana2 yg mudah bagi diorg…
Belum lagi sampah2 di dapur diorg akan buat nohen js sampaila keluar ulat2 dapur merayap atas lantai barula ada tindakan.
Puak2 ni yg acah2 kuat agama mmg akan kencing atas lantai (mencangkung) tapi kadang2 x jirus air banyak3 atas lantai….tak bole bayang puak2 ni pergi solat mcm mana tu bila kaki ko harung saki baki kencing ko atas lantai
N puak2 ni la paling terislam sekali kalah ulama2 tersohor dan wali allah bila menjatuh hukum ke atas org…acah2 penduduk syurga firdausi
Pernah saya pergi ke Aeon KB masa tu first opening ..terkejut tengok tandas di sana banding dgn tandas aeon2 lain di Malaysia…allahuakbar..
Dan saya juga terkejut ada kenalan yg masih tidak mempunyai tandas di rumah..bila Tanya berak kencing di mana…dia akan kata lepas je la di sungai atau di bendang….aduyaiiii
Kalau ni kisah org lelaki bkn lelaki Kelantan je mcm ni. Mostly lelaki mmg punya perangai mcm ni. Yg adik beradik lelaki ramai tau la. Yg dah kawen pun bersepah tabiat gini. Cuma ada yg isteri berjaya bentuk dan ada yg tidak. Bkn mslh lelaki Kelantan je. Dah nasib badan jumpa kwn2 lelaki mcm tu.
Confessor ni pun mmg mcm perempuan dah kemas dan telitinya. Mdh2an tak ditakdirkan dpt perempuan malas. Bab mls ni bkn terletak pd negeri tp individu. Baik lelaki atau perempuan jauhilah sifat malas. Tak mnguntungkan pun. Malah org meluat lagi ada
macam la lelaki negeri lain xde perangai macam tu
tu pun nak buat post.lmao
bukan nal tuju pada org kelantan tp segelintir
title “kelantan”
pala banar
Salam. Sy ore kelate ya. Tp sy pembersih. Bla memasak sy akan settle dr A sampai Z. Sy paling suka mmbasuh. Sy suka tgok brg2 sy guna bersih n tersusun.
Tp bla sy khwin n tnggal dgn in-law….SIL 2 ore….Ya Rabbi….sgt la pemalasnya. Kt mesin Coway bersusun cwn lps mnum x basuh. Pinggan mngkuk periuk kuali dlm sinki bertimbun. Setiap kali sy nk memasak sy clearkn semua. Ptg penuh balik. Bosan kot setiap kali masuk dapur dlm sinki penuh. Kita plak nk kena settle yg org dah guna. End-up sy basuh n clear yg sy n hsbnd guna jerr. Masalahnya bla diorg x settlekn, MIL lah yg settlekn.
Betul la zmn sekrg….anak2 mnjadikan ibu ayah hamba diorg. Nk mkn semua d sediakn. Dah siap tnggalkn jer
Saya ni tinggal di Kelantan dah dekat 4 tahun. Memang betul la perangai diorang memang macam tu. Masuk je la kedai makan tu. Cth ye, kedai nasik kerabu famous tapi dinding berlumut hitam, lantai berdaki, meja tu jangan cakap lah kan. Nasib dah buat kedai baru. Rumah sewa jangan cakap la, kalau cari kena datang tengok depan-depan ye. Sama macam nak gi duduk homestay ke, ataupun resort ke, memang jauh panggang dari api. Tak termasuk sekolah- sekolah, klinik kerajaan, sampai berkerak kuning lantai dan sinki toilet. Diorang punya tahap redho tu sangat la tinggi
Tak kurang jgk org Johor beepuak2.. tu timbul bangsa Johor… sedangkan semua tu bangsa Mekayu atau Jaws
Aku put pernah menyewa bersama org pelbagai negeti. Ada yg ok dan ada yg tak. Ada yg pembersih dan Ada yg pengotor. Tp taklah aku bawa cerita sbb tu terpulang pada individu bukan ikut negeri
aku pun rumah sewa kat kl dh 2 tahun. Housemate ada kelantan, kedah, terengganu, johor, selangor, n9.
Dan setakat 2 tahun ni aku perati, housemate yg paling selalu kuali tak berbasuh sampai berminggu tu org johor. Makanan dalam peti ngan kabinet, mmg dia terlupa dan biar sampai berkulat dan berulat .
Bila kita tanya boleh buang ke, barulah dia tanya balik ” oh sy punya ke? Buang la”
Mengucap aku, tu pun bukan dia nk buang sendiri.
Kadang² yg selangor dan n9 tu pun sama sebab diaorg suka makan luar, pastu suka simpan makanan dlm peti sampai terlupa.
Heyhh..Tapi adakah ini bermaksud aku kena condemn dan buat confession terhadap semua rakyat johor, sel, dan n9??? Tak. Sebab yg buat tu housemate aku je, aku tak boleh nak pukul rata semua macam tu.
Sorry confessor, aku doakan kau dapat housemate kelantan yang baik² dan pembersih. Kalau tak pun, semoga kau terus hidup dalam koloni ko je la.
Sy org Kelantan.Dan Sy memg x bangkang langsung apa yg penulis ni tulis.Sebab memg budaya orang Kelantan ni,gini lah kebanyakannya.Sy setuju sbb bnda ni memg bawa Dari didikan di rumah.Dorg ni di rumah dididik org lelaki kena layan macam raja.Dari kecil ke besar semua hidup nk kena served.Diajar senang dari kecil,persediaan bila kawin x kekok rasa jadi laki yg menyusahkan bini.😅