Assalamualaikum warga IIUMC. Saya Farhana, seorang pelajar masscom yang sedang menjalani latihan industri di sebuah company. Di sini, saya ingin mengutarakan sebuah topik yang agak sensitif di Malaysia sedari dulu hinggalah sekarang. Mengenai sebuah negeri yang digelar Kelantan. Pertama sekali, saya nak mintak maaf kalau penulisan saya ni akan menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah pihak. Lillahi, saya tidak berniat hendak menghina sesiapa mahupun mencetus sebarang provokasi terhadap pengikut-pengikut page ni. Untuk pengetahuan semua, saya juga berasal dari Pasir Mas, Kelantan. Tp dah menetap di Kuala Lumpur selama 6 tahun lebih. Bagi mengelakkan warga negeri lain dikecam teruk bila wujudkan post mcm ni, biarlah saya sebagai kelantanese sendiri yang mulakan diskusi ni. Diharap admin approve post ni bagi membuka mata semua warga setiap negeri, bukan Kelantan semata-mata. Saya cuma nak wujudkan satu tapak bagi kita semua berdiskusi dengan fikiran dan hati yang terbuka. Sampai bila kita nak perli-memerli, kecam-mengecam antara satu sama lain? Sebab bagi saya, sentimen perkauman macam ni WAJIB dihentikan. Kita semua satu rumpun. Kita kan satu Malaysia? Hehehehe.
Betul ke warga Kelantan cepat sentap dan pantang diusik? Secara jujurnya, saya rasa ya. Tapi BUKAN SEMUA. Saya tak cakap semua ya, jangan kecam saya. Haha. Contohnya mcm baru-baru ni, sorang confessor buat luahan pasal rommate dia yang datangnya dari Kelantan. Dipendekkan cerita, confessor tu tak puas hati dengan sikap roommate dia tu yang dicirikan sebagai seorang yang tak ada “common sense”. Bila saya lihat komen-komen, majoriti yang mengecam sis tersebut adalah mereka yang dari Kelantan. Agak kecewa di situ. Ada yang tak boleh terima bila confessor tu sebut sahaja ayat “negeri serambi Mekah”. Saya tak nampak sebarang masalah pun dengan ayat tu. Malah saya akan rasa bangga kalau orang gelarkan negeri saya dengan gelaran baik mcm tu. Plus, saya tak nampak sebarang bentuk penghinaan terhadap warga Kelantan pada posting confessor tu. Dia cuma menasihat, supaya jaga imej negeri Kelantan yang dipandang mulia. Dan overall cerita tu memang difokuskan kepada apa yg nak dia ceritakan. Langsung tak condemn kelantanese. Tapi kerana sepotong ayat “negeri serambi Mekah”, ramai betul yang terusik. Siap ada yang memaki-hamun. Macam mana kita nak dipandang baik oleh warga negeri lain? Kenapa kita tidak ambik nasihat tu untuk perbaiki lagi diri kita? Saya rasa kalau roommate dia dari negeri lain pun, dia tetap akan nasihat benda yang sama juga. Cumanya ada segelintir dari kita warga Kelantan ni yang “pantang diusik”, habis confessor tu dikecam.
Saya sedia maklum, negeri Kelantan sering dikaitkan dengan perkara-perkara negatif oleh warga negeri lain. Tapi apa kata lepas ni kita cuba ambik kata-kata orang tu sebagai pembakar semangat untuk kita perbaiki apa yang patut instead of melenting dan buat mereka-mereka yang mengecam ni akan bertambah serong pandangan mereka terhadap kita. Siapa lagi yang nak ubah persepsi tu kalau bukan kita sendiri? Daripada kita sibuk marah-marah, lebih baik kita usaha buktikan kepada mereka yang kita tak seperti apa yg mereka fikirkan. Orang cakap kita pengotor? Kita tunjuk kita boleh jadi pembersih. Orang cakap kita ni taknak bergaul dengan negeri lain? Kita tunjuk kita boleh masuk dengan semua orang. Orang cakap negeri kita ni banyak buat masalah walaupun negeri lindungan kaabah? Kita tunjuk kita boleh berubah. Senang kan?
Me myself pun tak selesa bila kaum Kelantan saya sendiri bersikap terlalu kenegeriaan. Di KL ni, saya serumah dengan mereka-mereka yang majoritinya datang dari Kelantan sendiri. Sorang dua dari KL. Ayat yang lazim saya dengar antara housemates saya a.k.a kelantanese ni, “Susah la bercakap dengan orang luar ni”. Dan bila saya tgk wajah mereka yang dari KL ni, automatically berubah. Kalau sekali dua, mungkin mereka boleh anggap sebagai gurauan. Kalau hampir setiap hari? Kenapa kita anggap mereka ni orang luar? Salah ke kita cuba tolerate dan faham sesama sendiri? Yang KL, Perak, Pulau Pinang, Johor, dan sebagainya, salah ke bergaul dengan Kelantan? Yang Kelantan, salah ke bergaul dengan orang yang bukan dari negeri kita sendiri? Saya tak cakap semua ada sikap kenegeriaan ni. Yang mana makan cili tu, dia lah yang rasa pedasnya kan. Kalau tak makan cili tu chill-chill je ok. We just need to learn to respect others. Kita semua sama. Cara kita saja yang berbeza. Kita patut rasa berbangga sebab negara kita Malaysia ni harmoni, ada macam2 adat, macam2 dialek. Jangan la kita jadikan perkara-perkara tu untuk kita bermusuh sesama sendiri. Kan best kalau kita belajar budaya masing-masing? Tak la bosan kan?
To all my kelantanese friends yang merantau ke negeri lain macam saya, kita jaga la nama baik negeri kita. Kita bukan saja bawak nama negeri, tapi nama mak ayah, saudara-mara jugak. Mcm tu jugak negeri-negeri lain. Walau dari negeri mana pun kita dtg, jaga sikap. Itu yang paling penting. Jangan sampai dicop “kelantan pengotor dan pemalas”, “melaka kurang ajar”, “johor sombong dan berlagak”, dan macam-macam lagi. Hentikan semua ni. NO, ini tak normal. Hentikan budaya kecam-mengecam dan berbalah antara negeri.
So, saya harap apa yang saya tulis ni dapat membuka mata siapa yang membaca. Kalau tak ramai, sikit pun jadi la. Saya tak selesa tengok “budaya” baru ni diteruskan. Terima kasih, Assalamualaikum.
– Farhana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit