Assalamualaikum. Disaat aku menukilkan ini, ketahuilah bahawa aku sedang lapar..
Hahaha, ni bukan isu mahasiswa kelaparan ke apa, bukan masalah duit tak cukup ke apa.. Ni kes aku malas nak turun ke kafe beli makanan..
Tapi tadi dah order makanan tadi.. So, tak de apa nak di bimbangkan.. Fuh..
Sekadar nak meluahkan isi hati.. Aku ni boleh laa dikategorikan gemuk.. Makan pun banyak..
Setiap kali aku terasa lapar.. Aku selalu berfikir… Badan aku gemuk.. Tapi, macam mana kalau di sebalik badan yang gemuk ni, rohnya kurus tidak berzat..
Aku sentiasa boleh makan.. Nasi goreng, sup tulang, tomyam.. Semua aku makan.. Tapi tak selalu aku menyuapkan makanan kepada rohku..
Jarang juga aku berzikir.. Solat sunat.. Solat fardhu alhamdulillah penuh.. Tapi enakkah ia, wahai rohku? Adakah solat fardhu ku sempurna?
Kadang kadang aku alpa, aku di sajikan pelbagai makanan enak.. Ada juga bertaraf lima bintang.. Tetapi rohku?
Aku bimbang sekali sekiranya roh ku ini tidak semewah fizikalku..
Oh Tuhanku, sekiranya lapar ini mengingatkan aku kepada Mu, berilah aku supaya sentiasa merasa lapar.. supaya ku sedar, tidak semua tubuhku merasa kenyang dengan apa yang masuk ke mulut ku..
Oh Tuhanku, janganlah jadikan aku antara orang yang lalai dalam mengingati Mu..
Sekian, Wassalam. :)
– Syahidah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit