Kelas 1 E

Boleh juga baca :

(https://iiumc.com/tanda-seseorang-itu-minat-pada-anda/)

(https://iiumc.com/kisah-seekor-anjing/)

Alhamdulilah bertemu kembali. Awal kata, Tok gembira apabila ada yang respon mengenai kedua-dua artikel Tok yang lalu. Ada yang setuju dan ada juga yang kurang setuju. Ada yang gelak dan ada juga yang tak gelak. Tidak mengapa. Apa yang penting kau semua baca.

Sebenarnya nak faham gaya cerita aku senang sahaja. Kau cuma kena bayangkan (kena dramatik) dan baca dari hati. Kau akan terasa “feel” itu. Kalau tak “feel” juga, memang betul lah aku punya artikel tak berapa syok untuk dibaca. Artikel kali ini adalah mengenai kisah aku di tingkatan 1 (2005). Ceritanya bermula begini.

Hari pendaftaran.

Aku merupakan pelajar sederhana ketika disekolah. Setiap peperiksaan tidaklah sebagus mana tapi atas usaha bagai nak mati aku tetap hargai pencapaian aku. Aku ingat lagi ketika kali pertama menjejakkan kaki disekolah menengah. Hari pertama pendaftaran, abah yang membawa aku ke sekolah dan sepanjang proses itu aku cuma menundukkan kepala aku.

Kau bayangkan dari masuk pintu besar tu sampailah berakhirnya proses pendaftaran, aku tunduk sahaja. Lenguh kepala aku dibuatnya. Haaaa. Padan muka! Aku malu dan takut beb . Bagi aku sekolah menengah macam penjara dan ini merupakan kali pertama dalam hidup aku dan aku akan berdepan dengan pelajar yang lebih senior dari aku. Mana tak nya, macam-macam kes buli yang aku dengar dekat tv, radio, dan surat khabar. Ini semua menakutkan aku faham!

Kelas kedua terakhir.

Proses pendaftaran telah berlalu beberapa hari yang lalu. Di tingkatan 1, aku diletakkan di kelas kedua terakhir daripada 8 buah kelas termasuk kelas agama dan singkatan bagi nama kelas itu ialah 1 E. Saat aku menaip cerita ini, hampir semua nama pelajar dalam kelas itu masih aku ingat dan aku takkan lupa. Yang telah meninggalkan dunia pun aku masih ingat. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang soleh.

Aku tak nafikan duduk di kelas ke-2 terakhir ini memang syok. I tell you haaaaa! Sebabnya kami semua kuat main. Aku daripada seorang yang “nerd” ketika di sekolah rendah pun boleh turut sama jadi gila-gila bila join grup ni. Sampai dengan cikgu pun kami nakal. Tapi tidak pula sampai ke tahap kurang ajar sebab kami masih tahu hormat akan guru. Wahai guru yang pernah mendidik kami, terima kasih dan tanpa kamu siapalah kami.

Penolong kelas

Didalam kelas aku terpilih menjadi penolong kelas. Tak pasal-pasal aku kena pilih. Bila aku nak cadangkan nama orang lain, dikata pula “Maaf, cadangan ditutup!” Pandai kamu semua ya hahahaha. Sepanjang satu tahun itu, jadilah aku penolong kelas dengan ditemani Bob a.k.a ketua kelas 1 E. Kalau korang nak tau, dia sangat gagah perkasa, comel dan baik budi orangnya. Seterusnya AJK yang berkaitan. Didalam kelas ini, aku sangat menikmati momen-momen penting bersama kawan-kawan dan guru-guru. Kami memang nakal tapi kami bersatu tau!

Suka duka

Di dalam kelas ini penuh suka dan duka. Kisah percintaan dalam kalangan rakan kelas memang tak perlu cakaplah. Memang akan ada hahaha. Kalau tak dalam kelas sendiri, kelas sebelah pun jadi. Haaaa betul tak? Ingat Tok tak tau ke. Mesti antara korang yang akan dapat surat cinta dari kawan lain bukan? Balik je dari rehat, nak ambil barang dari bawah meja. Eh ada surat lah? Siapa yang cinta pada aku ni? Hahaha. Hati berbunga-bunga weyh. Tersimpan baik surat tu bawah meja sekolah. Aku pun tak terkecuali bukan 1 tau aku dapat tapi 2 surat. Mamat dua orang tu pun dah berjaya. Alhamdulilah.

Ada juga kisah cinta putus ditengah jalan dalam kalangan rakan-rakan aku. Menangis ditinggalkan. Baru tingkatan 1. Aduhai. Geli hati aku bila ingat semula dengan perangai masing-masing. Cerita cikgu pusing satu kelas sebab kejar rakan aku takkan aku lupa hahaha. Aku tepuk dahi. Ketika itu, aku cuma mampu gelak kecil je. Maklumlah aku penolong kelas kena sopan sikit. Tak pasal-pasal kena balun sekali dengan cikgu. Maafkan kami cikgu atas kenakalan kami.

Jamuan makan

Majlis ni memang wajib dibuat dalam mana-mana kelas bukan? Aku ingat lagi ketika itu. Kami semua sama-sama kongsi duit untuk buat makan-makan sempena berakhirnya khidmat cikgu kelas pelatih dikelas kami. Beliau guru perempuan. Aku namakan dia cikgu A. Beliau ajar kami subjek matematik. Cikgu A memang nampak serius orangnya tapi tak pernah penat dan lelah mengajar kami semua.

Untuk hargai jasa beliau, kami hanya sediakan nasi goreng bungkus itu pun polistrin di koyak dua (sebab salah bajet) ahahah. Ada juga juadah lain yang kami bawa dari rumah masing-masing. Begitulah kami bahagikan supaya masing-masing dapat merasa. Kami sangat hargai bila cikgu pun turut sama makan bersama kami. Terima kasih cikgu A.

Jamuan kami berakhir dengan pemberian hadiah kenang kenangan dan kad ucapan kepada beliau. Kepada Jue aku nak ucapkan terima kasih kerana sentiasa tolong aku. Dialah yang banyak uruskan hal jamuan ini. Dan tanpa dia juga aku mungkin tak dapat jalankan tanggungjawab sebagai penolong dengan baik. Wahai Bob, jangan tak tau aku pun ada penolong tau. Ingat ketua kelas je yang ada? Hahaha.

Menjelang peperiksaan

Bila hari peperiksaan, kami memang ulang kaji tapi untuk beberapa minit sahaja selebihnya kami duduk borak kat belakang kelas. Borak je lebih kan. Cikgu tak masuk kelas adalah perkara yang menyeronokkan ketika itu. Memekak melolong macam orang kena sampuk sampai kena marah oleh guru lain yang kelasnya dari bawah (harap faham). Boleh kamu semua bayangkan tak?

Cikgu yang marah kami ni cikgu berbangsa Cina dan tak sangka beliau akan ajar aku ditingatakan 4 dan 5. Dia guru subjek kimia. Ayat power yang aku pernah dapat dari dia “kaki macam tangan, tangan macam kaki” hahaha. Sebab tangan aku sentiasa gagal bila pegang peralatan dalam makmal. Tapi kerana cikgu inilah kimia aku dari gred G dapat B. Hahaha. Maaflah bukannya A. Tapi aku tetap hargainya. Thank you Sir L! You are the best!

Hari Rekod

Siapa kat sini suka hari rekod? Hari rekod, dimana laporan peperiksaan kita akan ditunjukkan kepada ibu bapa untuk melihat pencapaian dalam pembelajaran di sekolah. Kalau korang tanya aku, ya! Aku suka! Sebabnya, tak lain tak bukan, aku boleh balik awal. Hahahaha. Itu sahaja poin nya. Bila abah datang tengok laporan, aku tak secara langsung boleh balik awal. Tapiiiiiii. Risiko bila ada abah ni sangat lah tinggi. Boleh jadi kau balik dalam keadaan berduka sebab kebarangkalian nak kena tibai dengan abah sangatlah tinggi bila result tak bagus. Hahahaha.

Hari perpisahan

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pemberian buku laporan menandakan tamat sudah pembelajaran aku di kelas 1 E. Ini juga bermakna, kami mungkin tidak lagi bersama seperti dahulu lagi. Ya memang benar, kami semua berpisah. Berpisah antara batu konkrit dan nama kelas. Tapi memori kami tidak berpisah. Tiap kali terserempak dengan geng lama, aku mesti angkat tangan sambil sebut “Op” hahaha. Aku gembira tau bila geng lama balas op aku tu. Kami masih ingat antara satu sama lain. Itulah yang dikatakan jauh dimata tapi dekat dihati.

Kawan-kawan, aku suka berkongsi kenangan. Perkongsian ini bukalah saja-saja. Ada iktibarnya. Sebenarnya dalam hidup ini, dari setiap nafas yang kita hembuskan, ada hikmah dan pembelajaran yang tersembunyi. Hargailah setiap momen dalam hidup kita ini sebab kau akan merinduinya kelak. Jangan kau pernah lupa orang-orang yang pernah tolong kau. Kadang pertolongan yang sedikit itu sahaja menyebabkan kau bergerak jauh ke depan.

Hargailah apa-apa disekeliling kau. Belajarlah untuk bersyukur dan hargai dengan siapa kau berkawan, dimana kau pernah berada diwaktu susah dan senang. Sentiasalah hulurkan bantuan tapi jangan sampai buat diri kau merana! Ingat!

Sekian. Terima kasih.

– Tok

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *