Assalamualaikum.
Terima kasih admin sebab approve confession ni.
Aku student UIA . aku nak tanya pendapat student UIA yg lain. Korang tak rimas ke ada kelas hari sabtu?.
Macam yang semua tahu , UIA every saturday ada buat kelas skills yg diwajibkan untuk every students. So , aku salah seorang pelajar yg terpaksa mengambil kelas pada hari sabtu ni. Soalan aku , kenapa UIA mesti buat kelas skills ni hari sabtu ek? Kelas hari sabtu ni serius menyusahkan hidup. Contoh macam aku. Parents aku dah berpisah jadi aku stay dengan mak aku. Weekend kadang² mak aku nak gi mana² susah sebab dia tak boleh bawa kereta jauh². Jadi , aku nak la juga balik , nak bawa dia jalan². Pastu , kalau apa² jadi kat kampung ke , camne? Adik aku semua kecik lagi.
Contoh macam semalam , ada student ni dye terpaksa balik kampung sebab nenek dia meninggal. Jadi dia tak datang kelas. Lepastu fasi kata kat dia , nanti warning letter akan sampai kat family awak sbb tak datang kelas sekali. What the? Habis tu, dia kena datang jugak ke kelas even nenek dia meninggal pun?
Lagi satu masalah bila kelas hari sabtu ni , susah la untuk kami students ni nak join program ke , nak handle program ke.. kata nak students aktif dalam program la , etc.. tapi bile kitorang tanya fasi boleh tak nak join program atau kitorang terpaksa dtg program tu sbb kitorang committee program tu even ada excuse letter pun fasi tak kasi camne? Tak datang 2 kali dah kena barred. Serius menyusahkan betul hidup.
Haritu aku rasa SRC ke pihak mana dah pernah buat survey pasal kelas hari sabtu untuk ditukar hari lain tapi sampai harini tak ada dengar apa² berita pun.
Aku luah je kat sini sebab tak tahan dah kena kelas hari sabtu padahal jumaat tak ada kelas langsung. Tu jelah. Terima kasih sebab baca. Aku harap ada yang boleh amim tindakan pasal ni. Thanks. Assalamualaikum
– cik belang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit