Untuk part I, (https://iiumc.com/pencarian-jodoh/).
Alhamdulillah, syukur.. Dan akak berterima kasih yang tak terterhingga dengan komen2 dari pembaca. Sungguh akak terharu bila ada yang tersentuh dengan perkongsian akak.
Macam yang akak beritahu sebelum itu, sesungguhnya yang baik2 tu semua dari Allah.
Sebelum tu akak minta maaf sebab amik masa yang lama untuk reply. Disebabkan urusan kerja dan kejadian banjir baru2 ini.
Seperti yang dijanjikan sekiranya ada yang meminta, akak nak kongsikan kebaikan2 dan KELEBIHAN berpuasa Nabi Daud.
Disclaimer: Perkongsian ini semata2 apa yang akak rasa sendiri. Tidak semestinya sama bila anda sendiri melakukannya. Kurniaan Allah tu mungkin datang dalam pelbagai jenis sebab Dia Maha Kaya.
Sebelum akak teruskan, ada beberapa komen yang mohon menjadi rakan, meminta nasihat dan tunjuk ajar.
Sejuta pohon kemaafan dari akak, sebab akak bukan lah orang yang sesuai untuk memberi nasihat apatah lagi tunjuk ajar sebab akak sendiri masih dalam proses membetulkan diri dan rasa sangat tidak layak. Sungguh. Maaf kan akak banyak2 ya.
Tapi kalau nak cuba puasa Nabi Daud ni, banyak perkongsian2 dan artikel di Internet. Akak dulu pon belajar di situ. Dan juga dengan rujukan beberapa ustaz, especially bila ada rasa ragu2 untuk berpuasa bila hari Jumaat. untuk puasa Daud dibolehkan ya.
Cuma kena berhati-hati bila sampai waktu hari2 yang dilarang berpuasa. kalau Google tak boleh membantu, carilah ustaz/ ustazah yang ada ilmu. Dan paling mudah call saja Jakim.
Kelebihan 1. Mendapat yang dihajati.
Harap sedia maklum, ibadah puasa sunat ini akak temui semasa pencarian akak berkenaan puasa mutih yang bertujuan mendapatkan jodoh.
Hanya selepas itu baru lah akak menemui sunnah yang satu ini. Jadi sekiranya akak melakukannya disebabkan akak mahukan sesuatu dari Allah, memang akak tak nafikan. senang cerita akak mem’bodek’ Allah untuk memohon apa yang akak hajati.
Tapi sesungguhnya akak amat2 bersyukur dengan berpuasa begini, banyak lagi hikmah selain mendapat jodoh.
Kelebihan 2. Sihat tubuh badan.
Akak merasakan badan jadi lebih ringan dan cergas. Sama juga bila kita berpuasa sunat yang lain, kita akan merasa cergas di sebab kan kita tidak makan waktu tengahari.
Selalunya bila selepas lunch, akak akan mudah rasa mengantuk. Lemau semacam. dengan berpuasa, badan rasa ringan. mungkin disebabkan proses detoksifikasinya.
Selain itu menjadikan akak mudah tidur malam. Sebab bila mata mengantuk siang hari, petang2 mesti pekena teh/ kopi kan? Akibatnya akak hanya boleh tidur selepas pukul 2am disebabkan caffeine sisa2 kopi minum petang.
Jadi, bila tiada minum petang, pengambilan caffeine pon berkurang. Malam tidur pun nyenyak saja. Selain itu juga otak rasa lebih cerdas.
Tak dinafikan akak ni jenis mudah serabut dan stress.
Itu adalah sebabnya kenapa akak berhenti kerja dengan orang dan buka perniagaan sendiri. Walaupun sebenarnya berkerja sendiri, stress tu masih ada, only in a different kind.
Kadang2 akak perlu buat calculation, perlu buat keputusan yang kalau tersalah boleh mengakibatkan kerugian. Jadi, dengan berpuasa, akak rasa otak akak ni macam berkerja dengan lebih efficient, rational, pantas dan jelas.
Kelebihan 3. Selain itu, amat sesuai untuk mereka yang dalam proses nak kurangkan berat badan, akak turun berat hampir 7 kg selama 7 bulan.
Cuma sekarang ni akak stop sekejap puasa n ganti dengan Isnin Khamis sahaja. Ini sebab ramai yang kata akak kurus sangat.
Ada yang kata akak sedikit cengkung. So akak nak target tmbh berat badan ideal balik dan InsyaAllah mulakan balik selepas dah achieved nanti. lagipon nak kahwin ni kan. Tak lawa gak kalau cengkung sangat nanti. Hihi..
Kelebihan 4. Seolah2 ada extra hours dalam sehari.
Akak merasakan sepanjang berpuasa banyak benda boleh buat. Mungkin disebabkan kita ada extra 1- 2 jam lagi yang biasanya kita gunakan untuk lunch, coffee etc. Tapi bila kita berpuasa, kita tinggalkan itu semua n fokus kepada apa yang kita buat hari tu.
Banyak kerja boleh di settlekan setiap hari kadang2 solat pun rasa aman dan tak terkejar2. Time bukak puasa tu mostly kerja2 dah siap semuanya. kalau tak sebelum ni, bersambung2 sampai tengah malam.
Kelebihan 5. Mendidik sifat sabar.
Akak sebenarnya orang yang kelam kabut dan mahukan semuanya pantas. Tapi bila berpuasa ni, dia macam mendidik jiwa dengan sabar. Contoh nya, sebelum ni kalau nampak benda makanan yang sedap, terus nak beli.
Bila lapar, kita order makanan banyak2, lepas tu tak habis. Jadi, bila berpuasa ni, akak selalu kata “takpe, esok aku beli n makan puas2″. Tapi keesokkannya bila nak makan itu ini, craving tu hilang.
Maksudnya semuanya tu hanya keinginan yang tak perlu yang sebenarnya di dorong dengan nafsu lapar. Bila perut kita kenyang, tak ada pon teringin nak makan macam2.
Begitu juga dengan sifat amarah. Selain kelam kabut akak juga kerap nak ‘melompat’ bila ada hick up atau masalah kerja.
Tapi dengan berpuasa, akak jadi manusia yang malas nak bising dengan benda remeh. Kalau ada argument atau negotiation, akak jadi lebih rilex.
Bila kita rilex, otak kita ada masa nak kumpulkan fakta atau numbers yang lebih tepat untuk digunakan. Takde lah isu ‘serang tak pakai helmet’. Hahaha..
Kelebihan 6. Mendidik hati.
Hikmah dari sabar tu, datang kebaikan2 yang lain. Bila kita kurang naik angin, rilex, hubungan sesama manusia pon baik. dengan client, dengan supplier, dengan competitiors, semuanya jadi baik. Kita mula pandai jaga lidah n tutur kata, mudah berlapang dada.
Tapi satu perkara yang betul2 akak rasa kan ialah perasaan teruja dengan nikmat duniawi macam semakin berkurangan.
Contohnya, kalau dulu ada perasan berlumba2 nak beli itu ini. Tapi sepanjang berpuasa tu, akak macam tak bernafsu nak shopping sangat dah.
Sebab mungkin sel2 kewarasan dan logika macam mula berhubung mengenangkan keseronokan tu semua hanya sementara.
Dulu2 kalau tukar kereta, tahun pertama memang seronok n megah, masuk tahun ke2 dan ke3, hati dah rasa bosan, kereta baru tu dah tak rasa best.
Sebab ada model yang lain yang lebih baru. Sedangkan kereta yang ada masih dalam hutang bank. Jadi sekarang ni, excitement berkaitan duniawi berkurangan.
Masa covid hari tu, Alhamdulillah, walaupun business akak teruk terjejas, komitment bulanan akak hampir zero kecuali barang dapur n utilities saja.
Shopping ke, fine dining ke, gadget ke, tukar kereta ke, akak macam dah kurang berminat. Sekali sekala tu adalah, untuk meraikan sahabat atau client. Tiada istilah shopping untuk kepuasan diri dah. Haha.. Tak tau la kalau itu disebabkan faktor usia. Haha..
Kelebihan 7. Hilangkan perasaan kedekut.
Akak ada terbaca dari komen sebelum ni, yang orang berniaga ni, rezekinya smooth ni sebab amalannya suka bersedeqah. memang tak dinafikan dik. Ramai kawan2 akak yang hebat dalam perniagaan, bila kita tengok jumlah sedeqah mereka, SubhanAllah..
Kita sendiri naik segan. Akak cuba juga nak follow, tapi kadang2 hati masih ada perasaan ‘sayang’ kan duit tu. kadang2 ada perasaan takut nanti tak cukup. Tapi bila kita dah hilang rasa kedekut tu, dalam akaun tinggal RM10.90 pon masih tak lokek nak sedekah kan RM10 tu.
Setiap hari tanya diri, hari ni dah sedekah ke belum? Tengok macam dah licin kering kontang, tapi selalunya mereka ni ada saja akaun 2/3 bank.
Kosong yang ni, yang satu lagi tu tak lama lagi terisi la balik. Senang citer dengan berpuasa ni, perasaan ‘sayang’ duit untuk bersedekah tu macam sikit2 terhakis.
Mula2 dulu Sedekah mana yang mampu saja n kena istiqomah. dalam masa yang sama nak buang perasaan ‘sayang’ nak bersedeqah. nak jadi macam kawan2 akak yang lain tu. InsyaAllah.
Kelebihan 8. Lebih redha dan tawakal.
2 benda ni akak rasa bila akak muhasabah balik berkaitan dengan perkara2 yang di luar kuasa kita sebagai manusia.
Contohnya, dengan rezeki perniagaan akak. Setahun sebelum covid akak telah menjual kilang perusahaan akak dan venture dengan jenis perniagaan baru.
Pada mulanya on paper everything looks fine. Jualan kick off pon memberangsangkan. Sehingga lah covid menjelma.
Walaupun perniagaan akak masih boleh di jalan kan, tapi sesungguhnya penurunan jualan sehingga 80%, amatlah membimbangkan.
Disebabkan perniagaan akak sebelum ini tertumpu secara offline, maka akak yang noob digital mktg barulah nak berjinak. dalam hati kata, ” takpe.. yang penting kita usahakan saja, dapat banyak mana, kita dah berusaha” Masa ni la redha n tawakal memainkan peranan penting.
Sama juga kisahnya dengan now Encik Tunang ni. Masa mula2 kenal dia, time MCO 1.0 tu la..
Masa tengah down dengan business, masa tu kepala akak tengah jammed, Allah datangkan dia pulak. Berkenalan di med sosial, kami berkongsi masalah yang sama, sementelah dia juga seorang peniaga.
Kisah dia lagi menyayat hati. Haha..Habis semua job dan PO tak dpt dilunaskan. Payment dari client dia banyak yang sangkut, office dia n partnernya di Seremban terpaksa di tutup. Senang citer, semasa awal perkenalan kami tu, dia zero. Tiada office, tiada pekerja, tiada income.
Balik kg dan hanya Survive dengan hasil tanaman sawit di kg yang tak banyak mana.
Apabila rentas negeri pertama diadakan, dia mula mendaftarkan kembali perniagaannya secara sole proprietary dan memulakannya semua semula dari bawah, bermodalkan duit hasil jualan superbike kesayangannya.
Melihat kan keadaan dia, mana2 wanita mesti ragu2 nak menerima dia kan? Masa mula2 dating pon, dia bawak kereta buruk saja.
Tapi, as a gentleman, dia masih lagi belanja akak makan di tempat yang decent, tapi second time dan seterusnya kat warung biasa saja. Haha.. .
Selepas berkenalan dalam 2 bulan, baru dia menyuarakan hasrat untuk berkahwin. Masa tu ragu2 juga nak terima.
Tapi macam dalam confession pertama akak. Semuanya akak mulakan dengan doa dan istikharah. Perasaan redha n tawakal tu datang dengan mudah, despite keadaan dia macam tu.
Semakin kerap akak buat, semakin mudah semuanya sehingga la dia minta bertunang.
Ada yang komen sebelum ni akak memilih sangat sebab dah tua2 pon nak bertunang lagi (comment tu dah di delete, tapi akak masih ingat sapa yang post. Hihi). Hahaha..
Kami berkenalan 2 bulan saja dik, takkan bila dia ajak kahwin, akak terus ON. Tak boleh la macam tu, kena la amik masa berkenalan hati budi dia, keluarganya, perangai dia.
Semua tu berlaku dalam proses bertunang tu. kalau x sesuai, boleh putus secara baik. sebab tu masa bertunang pon, kami buat secara tertutup, takde share gambar di Media sosial, tak ada pelamin atau baju sedondon.
Dan selama bertunang tu, hanya keluarga n kawan rapat sahaja yang tahu. sampai kan sampai hujung2 nak berkahwin ni pon masih ada orang nak kenalkan akak dengan anaknya,
Disebabkan dia tak tahu status pertunangan akak. Jadi, dalam hal akak, memang ada keperluan untuk bertunang. Tapi kalau dah kenal 3/4 tahun, tunang tu mungkin tak perlu la kot kan. Orang kata dah kenal rapat, bnda baik, elok teruskan.
Alhamdulillah, sepanjang tempoh pertunangan, dengan pertolongan amalan2 sunat yang lain, betul2 membantu akak membuat keputusan dengan mudah.
Ada satu confession tajuk Sujud ke 40, if I am not mistaken. Sesungguhnya tak jauh beza apa yang kami buat. Maksudnya disini, apa yang akak rasa dan Allah kunia ni, bukan semata2 keberkatan puasa Nabi Daud sahaja,
Tapi juga Amalan yang lain seperti solat sunat rawatib, solat taubat, hajat, tahajjud, amalkan bacaan surah Al Waqiah, Al Mulk dan ar Rahman, zikir.
Ya, akak pon ada beli tasbih digital macam adik tu cakap. Letak saja kat tempat2 yang senang nak capai. Target nak capai berapa zikir setiap hari. kalau guna tasbih biji biasa tu akak selalu lost count.. Dan tasbih digital bebenar membantu.
Tapi jangan sangka dalam proses bertunang tak ada ranjau dan ujiannya. Banyak juga. Tapi macam akak kata sebelum ni, doa dan istikharah adalah senjata paling mustajab untuk kita dptkan kepastian dengan perkara yang di luar kuasa kita.
Jadi, setakat ini dulu perkongsian yang akak ada. Sebenarnya ada banyak lagi, tapi hikmah berpuasa Daud ni mungkin dirasai dengan cara yang berbeza2 bagi setiap orang. Akak hanya berkongsi dengan apa yang akak rasa sendiri dan sesuai dikongsikan.
Ada juga yang kelebihan dan kebaikan yang lain, cuma akak rasa elok di simpan sendiri untuk elakkan perasaan ujub, sebab akak ni manusia biasa saja, perasaan tu yang paling takut sekali kalau wujud.
Sesungguhnya nak kejar syurga dan cinta Allah ni ada maharnya. Ujiannya, masya Allah.. Kadang2 hampir tewas, kadang2 rasa macam tak boleh dah.. Macam nak bukak puasa time tu juga. Macam2 rasa yang datang. Nak istiqomah tu, ya rabbi.
Untuk berpuasa Nabi Daud ni akak hanya mampu bertahan selama 7 bulan sahaja. InsyaAllah akak nak mulakan balik dalam masa terdekat.
Sekarang ni akak mulakan balik dengan puasa Isnin Khamis, nanti dah steady, akak nak mulakan puasa Daud balik. Jom, kita buat ramai2, hihi..
Doakan ye semoga kita semua mampu melakukannya. Aamiiin.
– Akak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit