Kelibat Intai Solat

Dah dekat 6 bulan dah pindah kuarters ni. Dalam KL nak cari rumah sewa bukan murah kan… Dapat kuarters pun dah syukur rahmat dah biarpun usang.

Rumah ada 3 bilik. Satu hamba buat bilik tidur, satu bilik pakaian, 1 bilik solat. Rumah tak ada gangguan apa. Cuma setiap kali hamba solat, hamba akan rasa satu kelibat seolah2 mengintai hamba solat.

Awal2 dulu tak perasan lagi. Lepas tu dah mula perasaan.

Mula2 tu abaikan ja la. Fikir rumah dah lama kosong, so normal la benda banyak menumpang. Kerap jugak la pangil kawan2 buat bacaan yasin.

Hari tu pun ada panggil budak2 pondok mengaji. Tapi benda ni sentiasa berlaku ketika hamba solat. Dia seolah2 intai dari luar.

Kadang time tak khusyuk memang pandang ke arah pintu, tapi tak de apa2.

Lepas tu solat kunci pintu. Nampak ada bayang kat celah pintu.

Solat tukar2 bilik pun sama. Solat di ruang tamu pun sama. Mengaji kuat2 pun sama ja. Dia tak gangu, cuma rasa tak selesa.

Ada panggil 1 ustaz, dia baca2 apa entah la. Lepas tu bagi air, bagi garam pagar rumah.

Tapi tak de perubahan pun. Solat siang ka, malam ka, dalam bilik ka, luar bilik ka, sama ja. Kadang rasa dia kat belakang kalau solat di ruang tamu.

Cerita balik kat ustaz tu, dia kata kalau benda tu tak ganggu biar la.. Mungkin jin islam. Hamba pun dah bercakap dengan dia jangan ganggu.

Yang peliknya kalau family datang, rumah ramai ore, benda tu tak de pun.. Bila seorang diri akan rasa dia datang intai kita solat..

Selain tu rumah memang tak de apa2 ganguan. Cuma baru2 ni kerap mimpi.

Oh ye btw hamba kerja shift. So setiap kali tidur kat rumah, kerap la dapat mimpi ada benda datang duduk dekat hamba dan perhati hamba tidur.

Benda tu rasa sangat real. Hamba akan terjaga on the sport bila mimpi gitu. Lepas tu rasa macam benda tu dah hilang..

Tak kira la hamba tidur lepas kerja malam ka, tido waktu malam ka. Kat mana pun tido dalam rumah tu, dah mula rasa benda tu perhati kita tidur pulak.

Tapi rupa dia tak dapat tangkap. Dia just seperti satu asap kelabu yang tebal. Tido dalam wuduk siap pagar2 pun sama jugak la..

Mimpi yang sama berulang. Kadang2 ja hamba tak mimpi gapo2..

Hamba ni biasa kalau subuh pukul 6 bangun dah.

Ada sekali tu tertidur, tak sedar alarm bunyi. Dan hamba bermimpi benda tu datang duduk sebelah tengok hamba tido.

Lepas tu tiba2 dia macam menampar bahu hamba dengan suara yang sangat garau dia sebut ‘subohhhh..’

‘H’ tu panjang lebih kurang 4 harakat. Disusuli bunyi angin di hujung. Serupa kita belajor mengaji alif ba ta tu. Huruf ha yang ada angin tu. Hah gitu sebutan dia.

Terkejut hamba bangun. Tengok jam dah 6.40. Jantung berdebar macam nak pecah.

Cepat2 pergi solat. Tapi hati dah tak kusyuk. Bahu pun masih berbaki sakitnya serupa kena tampar betul.

Bila lama2 dah mula rasa seram dengan keadaan ni. Kerap la jugak azan rumah terutamanya time maghrib. Tapi entah la. Time tu macam tak de apa2.

Bila mengaji pun sama. Tak rasa ada benda apa2. Cuma time solat ja..

Masa awal kita tak akan perasan. Dalam rakaat ke dua atau ketiga macam tu kita akan terperasan dia ada di luar pintu tengok kita solat.

Selesai solat dah tak de dah kelibat dia. Bagi salam pertama tu terus ghaib makhluk tu, hilang entah kemana.

Yang peliknya tak de pulak dia masuk dalam bilik… Sentiasa dari luar bilik ja perhati kito.. Sopan jugak jin ni tahu adap.

Member2 yang gila pulak dok kata dia sengaja nak chek solat mu betul ka idok. Bacaan betul ke tak. Main2 sunguh demo tu dengan masalah aku..

Ada orang pernah senasib macam hamba ka? Mungkin boleh jelaskan apa sebenarnya benda ini.

Hamba risau lama2 dia mudaratkan kita.

Kalau tak ganggu tak pa la kan.. Sebab dah pangil 3 4 orang jugak. Semua kata ganguan2 biasa. Tak bawak mudarat.

Tapi baru2 ni hamba demam. Lepas makan ubat hamba tidur.

Dalam mimpi dia datang khabar dekat dapur ada air dalam gelas.. Minum tu nanti segar badan.

Tapi suara dia kita tak ingat. Rasa macam tak dak suara, tapi kita seolah2 faham arahan dia.

Hamba pun terjaga tiba2. Macam orang kena pukau, terus berjalan ke dapur minum air dalam gelas tu.

Air tu sebenarnya memang air hamba. Cuma ada baki sikit tak habis.

Lepas minum tu hamba sambung tidur. Esoknya sunguh lega terus. Selsema batuk pun turut hilang.

Lepas tu baru teringat mimpi aneh itu. Terus datang kebimbangan takut benda tu lama2 nak berdamping dengan kita pulak. Kita tak mau gitu.

Ada ka sapa2 tahu nak rawat masalah ini gimano??

Terima kasih kalau sudi membantu..

Hamba akhiri dengan assalamualaikum.

– H (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. ni was-was dalam solat, perkara biasa gangguan syaitan semasa solat, mimpi2 tu datang akibat daripada kesan psikologi terlalu memikirkan perkara itu ditambah bisikan2 syaitan, terus fokus dalam solat, jgn fikirkan gangguan tu, insya Allah keadaan akan ok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *