Kelibat Intai Solat II

Untuk part I, (https://iiumc.com/kelibat-intai-solat/).

Netizen ni kalau tak menyimpang dari topik asal memang tak sah kan. Ada yang suruh hamba kahwin la, ada yang pangil sis la, ada yang suruh cari rumah lain la.

Macam mana demo2 ni agak jantina dari penulisan? Ke dari huruf H tu.

Kalau yang tu hamba follow contoh nama dari admin ja. Tak sangka boleh buat pembaca keliru… Mindset agaknya kan, jin suka kacau perempuan saja. 

Untuk pengetahuan semua, hamba ni seorang lelaki yang paling tampan dan sudah berumahtangga serta mempunyai 2 orang cahaya mata yang sangat comel.

Isteri hamba seorang guru yang bertugas di negeri lain. Proses nak tukar2 ni bukan mudah. Jadi kami setuju PJJ buat masa ni.

Hat mana dok suruh hamba menikoh tu, abang ok ja kalau calon2 yang komen tu setuju jadi bini kedua.

Hamba tengok molek jugak rupa paras yang komen2 tu. Isteri hamba pun ok ja. Dia pun susah hati tengok suami dia sorang2 tak dok orang jaga makan minum.

Jadi yang beriya suruh hamba kahwin tu boleh la komen saya setuju. Nanti hamba suruh isteri pergi meminang ya.

Elok2 hamba nak tanya pasal jin, udah jadi page cari jodoh pulak kan. 

Ayah hamba pesan, kalau ada masalah jangan lari dari masalah. Berdiri dan hadapi la masalah itu. Kalau tak, masalah akan sentiasa ikut kita macam bayang2.

Udah hamba khabor nak dapat rumah sewa murah bukan senang di KL ni.

Ni quarters kerajaan, paling ekonomi untuk golongan marhean macam hamba ni. Selesa pun selesa.

Hamba tak dok niat nak cari rumah lain sebab proses dia bukan mudah dan hamba masih boleh hadap masalah ni. 

Jadi hamba reject cadangan tu melainkan yang komen tu nak sponsor rumah sewa buat hamba.

Anak hamba yang sulung kadang boleh nampak jin. Selalu la dia menangis sebab kena kacau. Proses nak tutup hijab dia masih belum berjaya sepenuhnya.

Kadang dia nampak. Kadang tak. Waktu dia tak nampak, tapi benda tu ada, anak hamba akan duduk diam tiba2. Sedangkan anak2 hamba semua hyperactive.

Sebab hati dia rasa takut, rasa tak selesa dan dia akan demam esoknya tu kalau hari ni dia asyik diam.

Tapi sebab dia baru 6 tahun, dia masih tak pandai nak jelaskan apa yang dia rasa dalam hati.

Tapi dia khabor tak dak apa2 dalam rumah ni. Dia seronok datang rumah baru. Asbab abi dia hias rumah serupa istana, sampai tak dak hati dia nak balik ikut umi dia.

Berlari dan healing tak ingat dunia. Tandas, dapur pun dia berani ja pergi sorang2. Kalau mata dia nampak, mesti dia akan menangis. Nak bergerak mana pun dia tak nak.

Sebab tu dalam confession pertama hamba khabor, bila family datang, benda tu macam tak dak.

Yang kata diri hamba ada masalah, hamba pun dah khabor udah hamba jumpa ramai ustaz. Tak dak pun demo2 tu bilang apa2 pasal diri hamba.

Jadi hamba tak tau nak kata gapo dah. Mungkin la duduk sorang2 perasaan tu lain. Sudah hamba ajak kawan2 duduk dengan hamba.

Tapi puak2 tu lagi penakut sebab demo tu jarang solat. Kita offer rumah free pun demo tu tolak.Takut kena bantai dengan jin. 

Lagipun isteri hamba kata tak payah la ajak orang duduk rumah. Nanti keluarga datang tak selesa.Jadi hamba ikut cakap bini, lagipun keluarga hamba memang kerap turun KL.

Untuk bela kucing tu insyAllah nanti hamba pertimbangkan.Bukan apa, kucing sekarang demand nak makan ayam hari2. Jadi kena ambik kira kos lagi.

Lagipun hamba ni kerja shift. Takut masa hamba kerja malam tu, jin2 tu makan pulak kucing2 tu sebab tengok rumah tak ada orang. Kesian meow nanti. Sebab makhluk tu biasanya kuat lepas waktu senja. 

Tapi hamba ada bela ikan puyu 3 ekor. Baru ja bawak dari kampung. Tok abah bagi.

Kalau benda dalam rumah tu mengganas atau ada unsur sihir, ikan akan mati atau hilang terus dari radar.  Jadi mudah kita nak kesan apa yang tak kena.

Kucing makan ikan, dia tinggal tulang, hantu makan ikan, dia tinggal kesan.

Lagipun ikan ni haiwan tak tidur, sebab tu jin tak suka. Jin suka perhati orang, tapi dia tak suka orang perhati dia.

Tambah2 ikan puyu ada duri, kata orang dulu2 benda tu tak suka. Kalau ada dalam rumah dia mungkin boleh lari.

Ni kepercayaan orang dulu2, tapi semuanya dengan izin Allah. Orang tua banyak pengalaman, kita ikut saja la sebagai satu ikhtiar.

Oh, hamba tak mandi bogel ya. Hamba pun malu kat jin tu. Hamba rela korek hidung kat rnr sebab kalau buat di rumah malu jin nampak.

Tapi masa buat maksiat kita tak malu pulak malaikat nampak tuhan nampak. Kita lagi malu kalau jin yang nampak. Jangan marah ya, hamba gurau kasar orangnya.

Semalam hamba mimpi pelik lagi. Agaknya sebab tertidur sambil baca komen netizen yang menghiburkan hati tu, sampai terbawak2 dalam mimpi. 

Hamba mimpi macam berada di satu gunung yang sangat tinggi dan berkabus tebal. Tiba2 hamba macam terapung. Hamba jadi gayat dalam mimpi tu.

Lepas tu hamba berulang2 sebut Allahuakbar sambil angkat jari telunjuk kanan tunjuk kat atas.

Tiba2 slow2 hamba dah turun ke bumi. Masa tu ada satu lembaga yang sangat besar.

Hamba tak jelas wajah dia. Hanya nampak susok tubuh yang besar dan berwarna agak2 kelabu.

Tiba dia tanya, apa hajat yang tuan inginkan. Boleh pulak hamba jawab, pergi ganggu orang yang bagi komen mengarut dalam confession hamba semalam.

Dia pun jawab. Permintaan ditunaikan..

Terus hamba terjaga. Tengok jam 3.30 pagi. Berpeluh badan walaupun ada aircond. Jantung berdebar macam nak pecah. 

Terus hamba tak boleh tidur mengenangkan bodohnya hamba sia2kan offer jin tu. Sepatutnya hamba jawab hamba nak jadi perdana menteri ataupun agong. Baru rare kan.

Ni semua gara2 netizen yang komen merapu la ni. Dah tersia2 peluang hamba. Maaf la kalau ada jin datang kacau demo semua. Bukan salah hamba tau. 

Dalam pada bergurau ni, kebimbangan hamba semakin parah. Sebab hari tu hamba kerja petang. Biasa pukul 12 lebih hamba keluar ke tempat kerja dah.

Masa nak tubik tu, dekat ruang tamu hamba duduk pakai stoking. Tiba2 terperasan, pintu bilik hamba macam dibuka slow2 sambil ada bunyi macam uss uss. Tak reti hamba nak tulis bunyi tu.

Hamba perhati tepat ke situ, dia mula tunjuk diri dia. Kelibat yang lebih kurang sama macam mimpi tu. Cuma samar2 dari celah pintu.

Cepat2 hamba capai helmet kat sebelah nak pergi katok dia. Sebab guru hamba pesan, jin kalau tunjuk rupa, cepat2 pukul dia. Kerana masa tu dia tengah lemah.

Tapi jin zaman sekarang bukan nak tunjuk rupa lama2. Ibarat salam perkenalan gitu. Sekejap saja kelibat itu hilang.

Tapi dia tinggalkan satu bau bunga yang sangat wangi. Siang2 ni hamba berani sikit, kalau malam2 hamba lari dulu.

Memandangkan dah lewat nak ke kerja, hamba abaikan gangguan tu dan bersiap untuk ke kerja.

Terkejut hamba tengok, kasut hamba terletak elok depan pintu. Sedangkan kasut tu tadi masih di rak kasut. Hamba dah rasa ni kerja dia.

Terus hamba pusing ke belakang walaupun tak ada apa2 di belakang hamba, tapi hamba sebut 3 kali ‘al anuka bi laknatillah’ “Maksudnya: aku laknat kamu dengan laknat Allah”

Dah sampai tempat kerja, hamba terfikir dari mana makhluk ni datang. Dari tempat kerja ka, atau memang dari rumah. 

Kalau hamba tanya dia, dia mesti jawab. Tapi hamba tak mau berkomunikasi dengan dia. Takut nanti dia naik tocang.

Sebab bila dia tahu kita boleh cakap dengan dia, nanti asyik datang bersembang ja. Lama2 nak suruh kita jadi tuan dia. Hamba pernah ada pengalaman macam ni.

Sebab tu hamba malas nak layan. Tambah2 bila kita dah cakap tok seh ganggu kita, dia masih lagi ganggu. Memey hamba tak layan terus.

Hamba selalu ingat pesan arwah atuk hamba dulu.Dia khoyat, syaitan ni dia akan datang dengan watak yang baik dulu. Awal2 dia tak tunjuk belang dia. Dia suruh kita ngaji solat, buat benda2 baik saja. 

Dia buat kita percaya yang dia nak bagi kebaikan kat kita supaya kita akan dengar cakap dia. 

Kita pun rasa seronok sebab rasa dekat diri dengan tuhan, rasa ada benda sentiasa peringatkan kita.Sebab sifat syaitan kan penuh dengan tipu muslihat.

Bila kita dah buat apa yang dia suruh, dia main dengan angka pulak. Contohnya dia akan kata, setiap hari amalkan baca fatihah 100 kali. 

Benda ni bagus untuk diri demo. Musuh tak dekat. Banyak kebaikan datang dan macam2 lagi penipuan dia.

Bila kita dah buat macam dia suruh. Dia suruh kita buat yang lain pulak. Muslihat dia semata2 supaya kita terus ikut cakap dia.

Lepas tu, dia buat kita nampak kebaikan yang kita dapat melalui tipu daya dia. Jadi kita akan mudah percaya yang dia memang berniat baik kat kita.

Setengah rasa tu jin islam yang baik yang konon menjaga kita. Dia mengaku dia khadam kita la, penjaga kita la.Semua hat baik2 saja dia mengaku.

Ingat ya, jin dan manusia tak boleh berkawan, jauh sekali berkahwin. Ada satu hadis dhaif, nabi melarang perbuatan nikah dengan jin.

(Boleh rujuk pejabat mufti wilayah persekutuan hukum manusia berkahwin dengan jin) sebab ramai jugak manusia berkahwin dengan jin.

Balik pada nasihat arwah atuk hamba, bila kita ikut petua dia, tiba2 orang suka kita. Bos sayang, mudah naik pangkat. Mudah rezeki, orang yang kita tak suka tiba2 mati la sakit la. Dan macam2 lagi la.

Semua hat dia khabor tu berlaku. Kita pun rasa bila ikut dia semuanya berubah jadi positive seperti yang kita nak.

Benda ni ikut apa kehendak hati kita. Ada orang dia nak tau esok naik nombor apa. Ni antara contoh2nya la.

Ramai dah yang termakan dengan tipu daya syaitan yang mana lama2 dia berdamping dengan kita dan keturunan kita. Bahasa mudahnya saka.

Sebab bila dia dah tunjuk banyak kebaikan, akan ada 1 masa dia akan ikat kita dengan perjanjian. Aku jaga kau, kau jaga aku. Tu konsep dia.

Oleh kerana kita dah dapat banyak kebaikan yang kita nak, dan kita tak nak hilang power yang kita ada, kita mesti akan setuju dengan dia.

Dan dia pulak akan tiup sifat tamak dalam hati kita. Dia akan tunjuk perkara2 yang lagi hebat pulak. Dia akan buat kita rasa ujub. Sebab dia tahu kita akan ikut dia.

Contohnya, dia kata aku nak bagi ilmu ubat orang.Bila kau boleh ubat orang, kau bantu orang.Orang akan suka kau. Kau buat baik kat orang, pahalanya sangat besar.

Kau akan ada banyak pengikut, orang akan sentiasa kagum dengan kau, darjat kau naik dan macam2 lagi la temberang dia. 

Still dia akan buat benda tu nampak baik.Kita tolong orang kan. Kiranya berkhidmat untuk orang. Ramai jugak yang dapat ilmu macam ni kan lepas tu buat ritual2 yang pelik untuk ubat orang.

Hamba tak nak komen pasal tu sebab tu pilihan masing2. Apa yang orang lain lalui mungkin tak sama dengan kita. Hamba cuma tulis apa yang atuk hamba penah pesan ja.

Lagipun apa kita buat, kita sendiri tangung, tapi keturunan hamba memang di larang keras berusan dengan jin syaitan ni. Itu jugak yang hamba selalu pesan dengan anak2 hamba.

Tapi. Hah ada tapinya. Perjanjian dia kalau nak dapat semua tu, kau kena berjanji kau akan jaga aku dan keturunan aku selama2nya. Dan aku pun akan jaga kau dan keturunan kau selama2nya jugak.

Once kita setuju dengan perjanjian tu, maka susah dah nak keluar dari ikatan dia. Perjanjian syaitan ni bukan macam perjanjian politik. Kita tak boleh lepaskan diri dah. Sampai ke mati pun dia tetap tagih janji dia.

Bila dah ikat perjanjian, masa ni la dia sesat kan kita sikit demi sikit ajar kita buat tangkal, buat sihir dan sebagainya.

Sebab tu kita selalu tengok ada orang dia susah nak meninggal, ada orang struggle nak buang saka. Sebab memang susah nak lepas diri dari janji dia.

Tapi untuk sampai stage ni bukan ambik masa sehari dua,,tapi makan masa bertahun2 ya.

Syaitan ni sesatkan kita sikit demi sikit. Dia faham benar kelemahan kita apa dan kehendak kita. Dan dia ikut iman kita jugak.

Kalau yang iman nipis dia guna direct point. Kalau iman tebal, dia guna cara halus.

Kadang emas permata menggunung yang kita nampak tu, hanya kita saja nampak. Benda tu tak wujud. Cuma di mata kita dia sajikan semua benda yang indah2 belaka.

Kenapa dia buat macam tu? Sebab dia dah janji dengan Allah, dia akan sesatkan anak cucu adam. Tu janji dia.

Dan Allah jugak dah bagi peringatan kat kita antaranya, dalam surah Al Fathir ayat 6. (Syaitan adalah musuh bagi kamu. Dan jadikan la dia musuh yang mesti dijauhi tipu dayanya. Sebenarnya dia hanyalah mengajak golonganya menjadi penduduk neraka).

Ni antara ayat quran berkaitan syaitan. Dan Allah mention tipu daya dalam mana2 ayat pun.Sebab memang menipu dan memperdaya kita saja kerja dia.

Jadi kita kena sentiasa berwaspada dengan syaitan. Jangan kata orang solat mengaji dia tak kacau. Tak betul tu. Orang solat mengaji lagi la dia akan ganggu. Ikut pada iman orang tu.

Kalau kita pindah 100 rumah pun, kalau hati kita tak kuat, kita akan sentiasa diganggu jugak. 

Ada orang, dia akan terbitkan rasa takut supaya kita takut nak solat.Sebab rasa dia ada kat belakang.

Kita pun solat cepat2 sebab takut dia ganggu. Macam hamba hari tu la.Syaitan ni sangat jahat, ada saja cara nak bagi kita tak kusyuk.

Sebab kita smua manusia yang penuh kelemahan. Dia sentiasa attack kelemahan kita. Masuk dalam hati kita, faham kehendak kita.

Sebab iman kita naik turun. Jadi solat mengaji ni sebagai 1 benteng saja. Tapi tetap la lawan walaupun ada rasa takut.

Tapi tipu daya dia tak pernah ada noktah selagi tak kiamat. Dia tak ada istilah putus asa ya. 

Syaitan ada pangkat2 jugak. Orang iman tinggi, yang pangkat tinggi la datang. Tapi tak daknya dia nak stop gangu kita. Selagi kita tak mati selagi tu dia akan perdayakan kita.

Jadi lepas dapat mimpi tu, hamba pun bercadang nak pergi jumpa tok guru baba di thailand. Sebab tiba2 hati teringat kat dia. Kalau yang kenal tu mesti tahu dia siapa.

Sebab hamba dah tak suka makhluk ni dah mula2 nak berdamping dengan hamba. Hamba dapat rasa dia dah berniat tak baik.

So sebelum parah atau terlambat, kita kena cepat settle masalah ni. Ya la kita pun iman senipis bawang ja. Mencegah lagi baik dari rawat.

Jadi hamba nak mintak pandangan dari tok guru. Moga2 ada yang dia boleh ijazahkan untuk masalah hamba.

Lagipun dah lama sangat2 hamba tak jumpa dia semenjak covid. Hamba masih baru di kl, jadi hamba tak kenal ramai orang.

Ustaz2 yang datang hari tu pun hamba cari sendiri di medos, di Darul Shifa. Dan ada yang kawan2 rekomen.

Hamba pos di sini hari tu sebagai ikhtiar jugak kot2 ada jalan keluar dari masalah ni. 

Hamba hargai yang bagi cadangan suruh pasang rukyah.Suruh baca doa nabi sulaiman, surah al baqarah. 

InsyaAllah setakat ni hamba dah buat semua tu dan akan berterusan buat. Terima kasih atas cadangan.

Pagi tadi hamba call isteri hamba. Hamba maklum hamba bercadang nak pergi thailand.

Terus isteri tanya bertubi2, nak pergi bernikah ke? Cepatnya jumpa calon. Tapi masjid samdol tu tutup kan sekarang ni.

Abang nak menikah kat masjid mana pulak. ? Terus hamba tepuk dahi. Istifar panjang dengan isteri hamba ni. Pantang dapat peluang nak kenakan hamba, kaw2 dia bagi.

Hamba kata hamba nak jumpa tok guru. Hamba cerita la pasal mimpi tu. Isteri hamba ni guru bahasa inggeris yang sangat2 garang di skolah menengah teknik.

Garang dia bukan kata student ja takut, orang atasan pun takut. Ini kan pulak hamba suami dia, lagi la takut. Dengan jin pun tak takut gini.

Tapi kalau bab2 mistik ni, dia terus berubah menjadi ustazah yang sangat2 penakut. Dia larang keras hamba cerita pasal hantu dengan dia.

Kalau tak,,nanti segala ceramah doa dia keluarkan. Tapi semua tu untuk sedapkan hati dia ja, untuk hilangkan rasa takut dalam diri dia.

Bukan nak bantu kita pun. Dia kalau nampak hantu, dia lari dulu tinggalkan hamba. Tak peduli dah suami mati ka hidup. Macam tu la nasib suami ni. 

Jadi nanti kalau lepas jumpa baba jika ada peluang. Hamba update la berjaya atau tak nak halang makhluk tu mengangu hamba

InsyAllah andai ada ilmu yang tuan baba ijazahkan,hamba akan kongsi disini untuk kita semua amalkan.

Mudah2an Allah akan memberkati kita dan lindungi kita dari segala kejahatan termasuk tipu daya syaitan. Assalamualaikum..

– H (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *