Aku berumur 2* tahun, kali terakhir bercinta pun masa Form 4 dulu. Mak dan abah dah mula tanya bila nak kahwin dan mula menjodohkan aku dengan seseorang yang aku tak kenal. Aku pun membuat keputusan untuk mencari pasangan sendiri.

Terjumpa satu DM di IG yang sudah lama cuba bermesej dengan aku (tapi aku tak layan, cuma reply sikit-sikit saja). Mungkin dah setahun juga. Dia tinggal tidak jauh dari rumah aku, jadi aku pun mula respon dan berkenalan.

Ya, untuk pertama kali, memanglah aku ni tak pandai bercinta, berhubungan atau apa-apa. Pada awal perkenalan, semuanya okey. Dia pun sama-sama tunjuk excited nak berkahwin dengan aku. Tapi masuk bulan ketiga, dia mula sibuk. Tak reply chat aku, macam aku ni tak wujud. Makin lama, aku makin meluat dengan sikap dia. Aku membawa diri jauh, tak reply chat dia.

Aku sempat meminta putus (biasalah perempuan bila marah), tapi bila dah reda marah, aku tanya lagi sekali macam mana perhubungan kami. Lepas tu, dia jawab yang dia dah tak boleh nak teruskan. Aku masa tu terkejut. Mak dan keluarga aku dah kenal dia kot. Mak aku sedih sangat.

Sebulan berlalu, dan aku masih tak boleh move on. Tiba-tiba, dia datang balik buat macam tak pernah ada apa-apa yang terjadi. Aku pun masih sayangkan dia, jadi aku bersabar dan cuba melupakan masa lalu. Hubungan kami okey, sampailah tiba-tiba aku terasa nak stalk following IG dia. Rupanya dia follow ramai perempuan.

Aku try buat akaun baru (fake acc), aku follow dia. Laju dia follow back. Lepas tu, guess what? Dia siap like story perempuan tu (akaun fake aku). Aku pun screenshot dan hantar dekat dia. Selamba dia jawab, “Saya pun bukannya baik sangat.” Jawapan yang sangat red flag.

Lepas tu, aku cuba baiki lagi hubungan kami. Satu hari, aku nak tengok wayang, dan dia cakap nak ikut. Aku pun okey saja, beli dua tiket. Kami keluar makan (dia belanja). Semuanya okey dan tak ada apa-apa yang berlaku. Tapi tiba-tiba, balik tu terus dia tak chat aku.

Sebelum tu, masa birthday aku, dia tak bagi apa-apa, cuma wish saja. Aku okey, doa pun dah cukup bagi aku. Lepas balik dari keluar, ada parcel sampai, dan aku ingat yang bagi tu dia. Aku tanya dia ada bagi apa-apa ke, dan dia cakap tak. Aku okey saja.

Tapi esoknya, dia terus tak reply apa-apa. Seminggu dia ghosting. Sampailah ada seorang mutawif tanya aku nak masuk meminang. Aku terus screenshot chat mutawif tu dan hantar dekat dia. Dia cuma jawab jawapan yang sama macam hari tu, “Saya dah tak boleh nak teruskan.”

Aku penat. Aku keliru. Tak tahu apa salah aku. Tak tahu apa lagi kurang aku. Kenapa dia buat aku macam ni?

Lepas tu, aku terus mute semua akaun dia (tak block). Aku nak biar dia tengok aku bahagia tanpa dia. Aku delete semua kenangan dalam galeri. Sumpah serik kenal lelaki yang main-main macam ni.

Cuma nak berkongsi dengan korang. Sorry kalau boring. Please komen apa pendapat korang?

– pinkish (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Actually awak tak boleh nak demand dia reply awak cepat ke apa sebab in actual dia hanya kawan yang awak anggap istimewa, bukan suami awak.

    Since awak dah jatuh hati dengan orang begini saya nak komen tentang satu realiti check ya. Orang yang lambat reply atau orang kata ghosting ni memang wujud tapi ada yang they know to pick up where we left off.

    Contoh, selalu tak reply message tapi setiap tahun dia akan buat open house jemput orang. Saya tahu sebab saya begitu.

    Kalau awak jenis clingy, awak tak faham orang begini terkedepan memang susah awak bila ada relationship. Saya pernah jumpa orang seperti saya tetapi versi lelaki, dia tak reply tapi tiba-tiba dia panggil beberapa orang jumpa bila ada masa dan dia akan jawab kalau kita tanya semula. Sebab memang bukan style balas mesej.

    Orang jenis ghosting selalu pemikiran mereka lebih kurang=Kalau urgent mesti dah call. Kalau urgent mesti dia dah kasi lima nombor telefon untuk dihubungi sebab nak cepat call semula.

    Kalau tak call means tak urgent. Kalau tak tinggal lima nombor telefon reply tahun depan pun takpe. Ikut sukalah. Bagi saya, kalau orang lain urgent mereka akan reply cepat atau tanya nak WhatsApp kat mana, emel kat mana.

    No komen pasal following tu sebab umur 20-an boleh jadi satu kolej/universiti/sekolah/member sehobi yang dia follow dan awak pun gigih buat fake acc bila orang tu jawab macam tu awak red flag kan pula. Walaupun saya perempuan, kalau saya di tempat dia saya akan anggap awak sebagai nak trap dan berkelakuan seperti spy (controlling) walhal awak bukan ada ikatan lagi. Boleh jadi sebab fake acc awak tu baru dia like jelah sekali. Like pun jadi hal, kenapa awak nak suka lelaki yang ada social media dan follow orang perempuan kalau begitu. Cari yang tak ada social media.

    Saya boleh nak kata creepy kalau contoh orang 60/70/80-an follow mereka yang umur dalam 20-an, 30-an di sosial media (sosial media ya FB,IG etc) dan tak de mutual friends. Mutual friends tu as in kenal siapa tau, kenal, jumpa, tahu keluarga, pernah jumpa keluarga, bukan takat mutual following. Kalau mutual friends tu lebih kepada kenal online/pen pal/sama minat/suka baca joke sama etc, yang 60/70/80-an tu yang follow 20-an,30-an tu macam creepy.

    Kalau follow akaun orang lebih kurang umur, biasa je.

    Dah ada orang nak berkenalan dengan awak tu awak berkenalan lah sebab awak pun macam memang nak kahwin kan. 20-an memang macam tu, nanti dah masuk 30-an fasa mesej mesej tu dah kurang sangat dan dah tak hairan kalau kawan mesej pagi dalam WhatsApp group, yang seorang ni reply malam karang, yang sorang ni terus reply, yang sorang tu pulak minggu depan reply. Yang sorang tu tak reply langsung sebab dah tengok ada orang reply kira dah ada representative. Hahahaha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *