Keliru

Salam..t.kasih admin approve cerita saya. Saya bukan nak bercerita, cuma meminta pendapat.

Saya dah kawin, anak sulung baru berusia 6 bulan. Isteri bekerja sebagai operator. Saya dah 9 bulan tidak bekerja. Saya kena VSS. Bukan tak cari kerja sebaik dapat VSS, cari, tapi tak ada rezeki. Pelbagai kerja & jawatan saya apply. Saya ingatkan mudah nak dapat kerja baru, tapi interview pun saya susah nak dapat. Sehinggalah minggu lepas…

Mungkin berkat doa parents & isteri di bulan ramadhan tempoh hari, saya dapat banyak interview kerja. Dan dua syarikat telah meminta saya mula kerja 1 August depan. Dua syarikat! Sekarang saya confius nak pilih mana satu..sebab dua2 ada pros & cons.

Syarikat A terletak 50km dari rumah. Memang jauh tapi saya sanggup apply dan pergi interview sbb dah lama sangat tak bekerja. Duit pampasan juga hampir habis. Saya dan isteri dah beli rumah dengan bayaran RM1000 sebulan. Nak tak nak, saya kena cari kerja cepat. Perjalanan ke Syarikat A ini hampir 1 jam dengan menaiki motor EX5 saya. Syarikat ini sangat besar, stabil, public listed & menjadi impian ramai orang untuk bekerja di dalamnya. Jadi saya sangat bersyukur dan gembira bila di terima bekerja di sana. Banyak sangat benefit. Pekerja juga boleh memegang saham syarikat. Hebat kan? Gaji yang ditawarkan juga lumayan bagi saya. Cuma saya wajib OT, kerja 6 hari seminggu dan bekerja shift 12-12. Ada hostel percuma.

Syarikat B pula hanya 10 minit perjalanan dari rumah. Syarikat B hanya syarikat biasa..perniagaan keluarga yg mungkin kurang stabil. Beza gaji yg ditawarkan dgn syarikat A ialah RM1200. Benefit tidak seperti syarikat A. cuma yg bagusnya dekat dgn rumah. Itu sahaja. Saya ditawarkan kerja normal office hour 6 hari seminggu. Tiada shift jadi saya ada banyak masa bersama keluarga…

Tapi…

Bagaimana dengan tawaran syarikat A? Saya tak mungkin akan ditawarkan bekerja kat sana dah kalau saya tolak tawaran tu. Saya nak bekerja kat sana..cuma masalahnya jauh. Saya boleh duduk hostel..tapi tak sampai hati membiarkan isteri menjaga anak masih kecil seorg diri waktu malam. Kalau saya balik pun sekali sekala, tentu saya penat. Perjalanan jauh lagi. Isteri juga buntu. Selain masa bersama keluarga, duit pun perlu juga. Gaji yg ditawarkan syarikat B hanya cukup2 makan. Mungkin tiada simpanan atau mungkin tidak cukup memandangkan anak semakin membesar.

Seriously saya buntu. Saya sedang berusaha buat solat istikharah. Mungkin pembaca boleh beri pendapat juga.

Terim kasih.

-Suami & Ayah Mithali