Keliru

Assalamualaikum
Selamat malam kepada semua para pembaca .
Diharapkan jika disiarkan artikel ini , netizen boleh memberi cadangan , pendapat kepada saya .

Aku Sarah ( bukan nma sebenar ) 21 tahun. Anak ke 3 dari 6 orang adik beradik .Baru lebih kurang seminggu lebih selesai menamatkan pengajian di sebuah IPTS di Ibukota .

Parents dh lama bercerai masa aku darjah 6 2009 .Aku tinggal dengan ibu dan adik2 .

Ibu sakit. Hyperthyroidism , unstable angina , heart problems something.Umur 47 tahun. Hospital seperti rumah ke 2 bagi kami. Berbelanjaan harian atas simpati kwn2 ibu, masyarakat sekeliling dan Zakat ,JKM. Ibu mula bekerusi roda sejak awal tahun ini .lutunya lemah dan sakit jika brjalan .Dia juga ada asthma.

Ayah ? Dia ada. Bekerja pagi petang Siang mlm .Ayah tinggal dngn ibu tiri. Kewangan ayah tenat.pernah berhutang duit minyak motor .Pernah tak makan masa lunch .Ibu tiri kadang mula bising. Sbb perbelanjaan dapur , rumah semua hasil duit ibu tiri meniaga kecil kecilan .

Duit rumah , duit maintenance, loan pembiayaan peribadi , loan kereta , motor semuanya menjerat ayah. Kewangan abah makin tenat. Jika keluar mkn sosej diambil lebih berserta kuah campur sebagai santapan. Namun mata abah meliar memerhatikan lauk Pauk yg trhidang.

Kakak sulung aku bekerja sebagai bidan which is scope krja dia mcm jaga mak , baby ( lepas brsalin ) dan mengurut orang. Boleh la rezeki dia lepas untuk sara diri sendiri.

Abang ngah. Dia kerja tak tentu. Boleh la lepas untuk sara makan minum dia .

Adik ke 4 dan 5 tak sempurna macam kami. Adik ke 4 , seorang perempuan yg lasak that having bipolar disorder which is one of mental illnesses .Dia ada Kad OKU. Tp pada mata pandangan orang lain dia normal. Cuma ahli keluarga saja tahu keadaan dia .Tp dia adik yg sngt rajin Memasak , lakukan kerja2 rumah , tolong adik beradik , jaga mama sakit. When her disease come , dia tak sedar dan akan cederakan diri dia atau orang2 disekeliling.but I love her.

Adik no 5. Perempuan. Masa kecik dia cakap tak terus macam ‘pelat ‘ .Tak pandai membaca dan menulis. Pertuturan dia hanya difahami keluarga .Dia ada Kad OKU. Dia dihantar ke PDK iaitu sekolah Pendidikan khas .Bila berhadapan dengan orang ramai dia jadi pendiam dan tak akan bercakap cuma hanyalah gerakan kepala ( ya atau tak ) .Bila msej wassup kita orang berbalas emoji atau voice sahaja. Dia anak yg taat pada ibu. Jaga ibu sakit , sediakan mkn minum , pakai ibu.

Adik bongsu. Lelaki. Dia masih berseronok dengan dunia dia.T tidak berkerja .umur 16 tahun. Sudah tidak brsekolah .kerana adik ni jenis sekali kena marah dngn Cikgu sampai bila2 tak nak dtng sekolah. Jadi rekod kehadirannya tidak memuaskan.Bergaduh , pukul orang , jatuh motor, maki hamun itu biasa. Tetapi dia anak yg mendengar kata ibu. Ibu mintak tolong apa2 cepat saja ditunaikan permintaan ibu. Cuma masyarakat mngkin mnganggap dia tidak brguna .

Aku. Baru menamatkan pengajian. Belum graduate lagi. Rasanya sudah 2 mnggu aku ke hulu dan ke hilir mencari kerja. Ke sana ke sini aku brjalan kaki sekitar kawasan rumah mencari kerja.

Kdng rasa tak terdaya untuk brjalan. Ya aku muda Tetapi sering pitam dan lemah badan. Namun aku gagah kan diri. Aku ada gastric dan sering pengsan secara tiba2.

Aku buntu sangat. Ibu aku , keluarga aku perlukan duit .Tetapi aku tak mampu Bantu mereka. Ya ramai brsimpati kpda ibu jadi setiap kali dtng ziarah pasti dihulur sesuatu samada beras atau wang kpda ibu .

Aku rasa tak brguna .Aku malu sbb tak mmpu bntu ibu dan abah . Sedang kan aku sudah 21 tahun.

Aku kalau boleh nak pekerjaan sekitar kawasan rumah sebab jimat tambang bas.

Aku sedang berfikir untuk berhijrah ke IBUKOTA untuk mencari pekerjaan. Tetapi Kesian kan keluarga dan adik2.

Keluarga aku tidak mmpunyai kenderaan .hanya bergantung kepada kenderaan awam.

Apakah yg patut aku lakukan.
Patutkah aku terus mencari kerja ? Patutkah aku buat Bisnes sendiri ? Tetapi siapa akan Bantu aku?

Aku buntu. Bantu lah aku memberi idea dan cadangan. Aku perlukan pekerjaan. .aku nak Bantu ahli keluarga aku.

Kaki Ku terasa berat sangat .seharian aku brjalan .seharian aku mnghadap screen computer di cybercafe Demi mencari pekerjaan.

Aku cuma ada kelulusan SPM sbb belum graduate.

Sedih jika adikku yg tak normal lihat IKLAN KFC atau apa2 siaran TV makanan dia ckp ” teringin nk mkn ni itu ini ” Teringin nk pergi sana sini .

– Sarah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *