Nama aku Dahlia, muda lagi. Awal 20 an. Orang cakap umur macam ni, adalah fasa memilih pasangan.

Sejujurnya, aku tak nampak fasa tu akan berakhir dalam masa terdekat mungkin sebab kebanyakkan lelaki yang aku kenal, belum fit untuk serious. Tapi aku okay je, muda lagi. Aku pun tunggang terbalik lagi, fikir nak enjoy je.

Aku bekerja di sektor swasta sebagai seorang Secretary. Ye, macam dalam drama melayu pagi-pagi buatkan boss air tu, macam tu lah aku. Aku dah kerja dekat sini almost 3 tahun.

Aku tak pernah terfikir nak tersuka atau ada hubungan satu pejabat. Pada aku, pelik. 24 jam tengok muka partner sendiri hahaha. Tapi orang cakap jangan asyik cakap tak suka, nanti mendapat.

Awal tahun 2023, aku kenal seorang lelaki di pejabat aku. Staff baru. First impression aku tengok dia, okay, kemas, good-looking, wangi, fair skin, tall and manly. Kalau dari segi rupa memang type lelaki yang kebanyakkan perempuan cari.

Aku kenalkan dia sebagai KA. bukan Khairul Aming ye. Aku belum level delulu lagi.

KA ni awalnya aku kenal, sangat kerek la muka dia. Pernah awal dulu aku cuba bercakap dengan dia, dijeling sinis nya muka aku. Eh dalam hati aku, ingat muka kau tu handsome sangat ke?

Sejak tu, aku agak panas bila tengok muka dia. Padahal aku ni kalau datang dekat dia, hanya bab kerja je. Tak sangka pulak sikit punya kerek perangai.

Permulaan hubungan kami, dia decide nak tegur aku. Aku punya terkejut dia tegur aku sampai aku jawab “kau cakap dengan aku ke?”. Dia bengang. Mungkin sebab dia ingat aku loyar buruk.

Fast forward, kami berborak dan membawa ke Whatsapp. Dari hanya hal kerja sampai ke hal-hal harian. Dari hanya berjumpa di pejabat hingga di ajak keluar makan & minum bersama.

Setiap petang dia akan text aku sebelum pulang, “Comel, jom teman aku makan?” “Comel, harini buat apa? Aku lapar lah, jom makan.” Ya, hanya dia je lelaki yang panggil aku dengan panggilan tu, comel.

Hari demi hari, wujud perasaan suka. Tapi aku tak nak jadi perigi cari timba. Satu lagi, dia ni bukan perangai romantik, aku tak nak rosakkan hubungan kawan tu, lagi lagi sepejabat.

Makin hari dia makin rapat dengan aku. Kadang-kadang, ada juga dia minta aku temankan dia untuk urusan kerja dia yang di luar waktu kerja. Pernah juga dia ajak aku teman dia balik kampung sekejap untuk urusan dia di kampung.

Dia juga kerap jumpa parents aku, berborak. Aku ni sejenis suka masak dan selalu bawak bekal ke pejabat. Kerap juga aku bagi dia bekal yang aku masak.

Lama-kelamaan, aku rasa aku jatuh cinta pada dia. Aku confront dia sebab aku tak tahan nak simpan-simpan rasa tu. Tapi jangkaan aku meleset, dia bagitahu yang dia tak reti tunjuk rasa sayang.

Dia cakap, dia tak nak aku sakit sebab dia tak reti tunjuk rasa sayang, romantik dan sebagainya macam pasangan bercinta lain.

Mula tu aku frust juga, sampai aku mengelak jumpa dengan dia. Tapi apa boleh buat, aku kerja dengan dia. Hari hari bersua muka dan perlu keep it professional. Aku cuba tepis perasaan tu. Tapi dia masih tetap dengan layanan dia. Manis, tapi garang.

Hubungan kami ni agak lowkey sebab kawan-kawan pejabat ni agak kepochi sikit & aku sendiri taktau aku dengan dia ni apa. Kami tetap “berkawan” seperti biasa.

Tapi, ada juga yang mata merah tengok kami. Mungkin sebab dia tu ada rupa, muda dan boleh dikatakan stable. Jangankan anak dara, yang mak orang & andartu pun panas hati siap canang cerita pasal aku yang bukan-bukan.

Paling tak tahan, ada andartu yang siap ajak dia keluar nak korek cerita pasal aku, and ayat dia “kau hati-hati sikit dengan Dahlia tu”. Kelakar betul. Aku ni bujang, KA pun bujang. Tak jadi salah pun kalau kami ni berkenalan. Luckily, KA bukan jenis percaya tanpa bukti.

Makin lama kami makin rapat, dan aku tak tahan nak tipu perasaan aku. Tapi aku tau apa jawapan KA. Aku decide untuk cuba kurangkan perhatian pada KA. Aku taknak aku yang kecewa nanti.

Fun fact pasal aku ni, aku ni sangat sangat lah bodoh bab bercinta. Suka ikutkan hati. Kalau suka, suka betul. Kalau kecewa, sampai kurung diri pun boleh jadi.

Jadi sebab tahu sifat aku tu akan mendatangkan kemudaratan kepada aku, aku decide untuk sedikit menjauh dan kekal sebagai kawan.

So far, we are good with being friends. Tapi aku masih dapat rasa hint dia, cuma aku pura-pura tak nampak. Hint paling besar yang aku pernah nampak, dia save name contact aku “Comel <3”.

KA juga pernah bagi scenario, “kalau kita kahwin nanti Dahlia, aku rasa aku mesti jadi suami paling beruntung sebab kau pandai masak”.

Sampai harini, aku perasan KA kerap curi pandang aku & kadang kalau aku terasa dia pandang aku, berlaku pertentangan mata tu tanpa sengaja. Aku masih dapat rasa debaran kalau mata aku bertentang dengan mata dia.

Aku masih cuba untuk buang perasaan suka tu & move on. Sebab aku tak nak nanti aku sendiri yang sakit. Aku taknak buang masa tunggu benda yang tak pasti. Pada aku, cukup lah sekali aku pernah luah perasaan aku, tapi di tolak.

Doakan aku boleh move on dari KA!

– Dahlia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Ni tip zaman akak ngorat laki akak dulu.
    1. Ko ws dia pg2 wish good morning selama 44 hri. Lepas 44 hri ko stop. Tgk dia cri ko balik x.
    2. Bila ckp cuba bt manja2 sikit. Lelaki ni dia ckp je xreti itu ini tp bila ko manja2 dik dia pom layan je.
    3. Klu dia ckp pasal kawen sound je dia. Contoh ” eleh ckp tu mcm dia syg kita je”. Xpom “bila kita nak kawen. Sy nak ade goal”. Akak dulu tya terus bila nak kawen. Laki akak ckp xtau, last2 akak paksa dia letak goal letak raya next year. Siap ckp xkawen next year kita bwk haluan msg2 la… Tp xdan next terus kawen.

    • haha. tak ade lah.nak pikat lelaki ni senang je. sombongkan diri. tu je. lelaki xboleh tengok orang ego ni. macam cabaran bagi dorang

  2. Betul, better awk jauhkan diri dari dia. Bagi dia tercari2 awak
    Bila dia dpt detect,ckp je la kita kan kawan je nape nk melebih2, kat situ dia akn berfikir kalau dia btl2 serius dia akan ikat awk cepat2

  3. Dik, dulu akak yg buat 1st step dik. Ibarat tarik rambut dlm tepung. Takyah menggeletis pun. Kena pandai pancing. Dah rapat tu, kami tak declare pun. Tarikh declare bila pun tak tau. Tp cukup sama2 rasa ‘kau aku punya’. Dia jugak tak romantik. Skrg anak dua dah. Try dulu dik. Gagal selepas mencuba tu kan lebih bermaruah dr gagal tanpa mencuba?

  4. Lelaki ni ada dua jenis;
    1. Yang jenis manis mulut & senang nak luah rasa.
    2. Yang jenis tak reti nak berkata-kata walaupun hati dah memang nak.

    Dari gaya lelaki ni, gaya macam lelaki yang ke-2. Jadi tak salah pun awak mulakan topic. Contohnya “jom kawin, saya masakan untuk awak hari-hari”

    Sebenarnya majority orang yang berada di sekeliling saya ni, kebanyakkan perempuan yang mulakan dahulu, dan mmg jodoh jadi dipermudahkan utk mereka.

    Boleh istikharah dulu, then confess je. Kalau jodoh mudah je nanti, tiba2 semua persiapan dah lengkap untuk kawin. Tak baik kawan lama, niat juga untuk jaga ikhtilat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *