Keliru Antara 2 Perhubungan

Assalamualaikum. Ingin aku perkenalkan nama aku M (bukan nama sebenar).

Suka aku ingatkan cerita aku ni panjang dan tolong jangan mempunyai persepsi buruk kepada mereka yang senasib.

Aku cuba ingin cerita aku ni menjadi inspirasi kepada semua dan mengubah stigma yang selama ini membarah dalam kalangan masyarakat kita.

Aku dibesarkan di sebuah negeri di pantai timur. Aku mempunyai adik beradik yang ramai.

Maaf sekiranya cerita aku ini akan mengundang kecaman dari pelbagai pihak. Kisah aku ni berkisar tentang seorang lelaki yang mempunyai hubungan dengan kedua dua jenis.

Suka aku ingatkan, ibu bapa aku seorang ibu bapa yang sangat penyayang dan baik walaupun ayah aku seorang yang tegas dan garang. Aku mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah yang menitikberatkan agama.

Kalau tengok pada latar belakang keluarga aku, memang mereka menitikberatkan soal agama melebihi segalanya dan alhamdulillah berkat didikan ibu bapa dan guru-guru aku, aku mempunyai pegangan agama yang cukup kuat namun kalah pada nafsu.

Aku bersyukur ditakdirkan menjadi anak kepada kedua orang tua aku.

Sejak dari kecil, aku disayangi oleh semua walaupun aku manja.

Sejak kecil juga aku dah mula terdedah dengan hubungan songsang (seawal 5 tahun) walaupun aku tak pernah tahu yang sebenarnya hubungan sesama jantina adalah dilarang oleh agama khususnya Islam.

Waktu tu, aku dengan sepupu lelaki aku sangat rapat sehinggakan timbul rasa ingin membuat sesuatu yang pelik dengan sepupu aku.

Pada awalnya kami hanya bermula ringan-ringan sahaja. Tetapi pada suatu hari, sepupu lelaki aku tiada di rumah dan aku bermain dengan sepupu perempuan aku dan kami hampir melakukan hubungan terlarang di sebuah bilik arwah atuk dan nenek aku dalam sebuah bilik.

Setelah kami kantoi dengan ayah aku, teruk aku dipukul sedangkan aku tak menikmati pun apa yang kami lakukan.

Sejak dari hari tu, aku mula berfikir yang sebenarnya hubungan berlainan jantina adalah tidak dibenarkan (almaklumlah, kami masih lagi kecil dan tiada nafsu sangat pada masa tu).

Hubungan aku yang lebih serius dengan salah seorang sepupu lelaki yang aku cakapkan tadi bermula apabila kami sering bermain bersama dan kami ‘bersama’ dalam sebuah semak di tapak bangunan yang tidak siap.

Sejak dari hari tu, aku mula jadi ketagih apabila mindset aku dah mula menolak perhubungan berlainan jantina adalah tidak dibenarkan.

Masa berlalu dan hubungan bersama sepupu aku tu berlanjutan hingga lah ke hari ini tetapi kami tidak lagi melakukan terlarang tersebut.

Aku melanjutkan pelajaran di sebuah kolej matrikulasi dan akhirnya ke universiti. Ramai juga yang aku crush tetapi mungkin aku masih dijaga oleh Allah yang membuatkan aku tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki.

Sifat lembut aku hilang setelah aku memasuki universiti.

Oh, lupa aku nak cakap. Sejak dari kecil, aku sering diejek kerana aku tidak mempunyai rupa paras yang kacak seperti adik-adik aku namun setelah melangkah ke universiti, puberty hit me hard.

Aku mula berkenalan dengan seorang gadis yang aku kenalkan sebagai R.

Pada masa tersebut R mempunyai seorang teman lelaki yang aku namakan sebagai A yang dikenali di sebuah kolej matrikulasi di selatan tanah air. Aku selesa berkawan dengan R dan pernah ada rasa suka pada R.

Disebabkan aku dan R sangat rapat dan R menceritakan segala tentang aku pada A, A mula mesej aku yang mengatakan hubungan diorang dah berakhir. Aku mula menjadi punca keretakan hubungan diorang.

Aku masih memegang ucapan R di dalam bas universiti ‘R dah ada A’ padahal masa itu niat aku hanya untuk berkawan.

Aku tak sedar sejak bila aku mula suka pada R namun disebabkan oleh ucapan yang pernah diungkapkan oleh R, hasrat aku untuk meluahkan perasaan pada R terbantut.

Skip to the next part, aku mula berkenalan dengan seorang lagi gadis yang aku namakan N. Aku dan N berkenalan di sebuah kafe di salah sebuah kolej yang kami tinggal.

Hubungan aku dan N sangat rapat sehinggakan aku terlupa seketika yang aku mempunyai perasaan juga pada lelaki yang pada masa tersebut yang aku namakan sebagai X.

Kisah aku dan X bermula aku terpesona dengan perangai budak-budak X, namun X merupakan seorang pelajar pintar yang menjejakkan kaki ke universiti menggunakan shortcut universiti.

Rupa paras X biasa sahaja, jauh sekali dari apa yang idamkan tapi soal hati, siapalah aku untuk menolak. Hubungan aku dan X sangat rapat sehinggakan ada kawan-kawan kami meragui hubungan kami yang seperti adik beradik.

Namun aku tinggalkan X kerana bagi aku, X merupakan seorang yang alim mengenai agama, aku ingin melihat X membina sebuah keluarga dan mempunyai anak. Aku mula membuat hubungan dingin dengan X dengan harapan kami akan renggang.

Alhamdulillah cara tersebut berjaya walaupun aku yang berduka. Alhamdulillah sekarang X dah berumah tangga dan aku hadir di majlisnya.

Berbalik pada N, sejak aku menjauhkan diri dari X dan mula mengenali N dengan lebih dekat, perasaan sayang antara kami mula berputik dan hampir dihidu oleh kawan-kawan namun kami berdua tetap menafikan akan hal tersebut.

Masa silih berganti dan disebabkan aku mempunyai rupa paras yang menarik, aku mula didekati oleh ramai lelaki yang ingin berkawan rapat sedangkan aku faham niat disebalik tindakan mereka.

Aku berkawan dengan mereka tetapi ada batasnya.

Episod hitam hidup aku bermula aku apabila aku melangkah ke alam pekerjaan dan aku masih lagi mempunyai hubungan istimewa dengan N namun pada masa yang sama aku tertewas dengan rupa paras seorang lelaki yang aku namakan H.

Aku dan H berkenalan dalam sebuah aplikasi sosial dan kami saling jatuh cinta hingga melakukan hubungan tersebut tanpa sebarang protection.

Aku fikir, H masih budak dan tiada tanda-tanda H mempunyai penyakit yang hingga kini belum ada penawarnya.

2 minggu selepas hubungan tersebut, aku mulai demam. Aku mulai syak yang bukan-bukan.

Aku selidik dan selidik, benar tekaan aku yang H sebenarnya mempunyai penyakit itu. Aku berdepan dengan H dan bertanyakan kenapa dia tidak maklumkan pada aku yang dia mempunyai virus itu.

H menangis dan beranggapan aku akan memandang jijik kepadanya dan meninggalkannya namun dia silap, aku masih lagi menanti untuk bersama H dan berfikir meninggalkan N.

H tidak dapat menerima keputusan aku dan beranggapan dirinya jijik pergi meninggalkan aku.

Aku mula membuat ujian dan sah, aku mempunyai virus tersebut namun teringat nasihat salah seorang rakan, having this virus is not a death sentence anymore but a second chance to start a new life.

Alhamdulillah, berkat didikan agama yang diberikan, aku tiada langsung terfikir untuk bunuh diri namun hanya berfikir untuk meneruskan kehidupan dan menyara keluarga.

Skip to the next part, aku berkenalan pula dengan seorang yang aku namakan U, juga berkenalan melalui aplikasi sosial yang lain.

Pada masa ni, aku dah mendapatkan rawatan dan pada mulanya aku hanya suka-suka menggunakan aplikasi tersebut namun berbeza dengan U.

Dia orang yang ingin mempunyai seorang teman hidup. Aku dah tinggalkan N disebabkan aku kami bergaduh.

Pada aku, N dah tak berminat pada aku. U berusia lebih kurang 10 tahun dari aku.

U pernah dikecewakan dan ingin menjadikan aku sebagai teman hidupnya setelah beberapa kali perhubungannya gagal sama ada dengan lelaki mahupun perempuan.

Pada hari pertama pertemuan, U sudah menyedari aku mempunyai penyakit itu namun dia merupakan seorang yang terbuka.

Banyak kali aku menolak namun tetap didesak oleh U untuk menjadikan aku teman hidupnya. Setelah beberapa kali dipujuk, aku terima.

Aku dikenalkan kepada ahli keluarganya sebagai kawan. Hampir setahun kami bersama, aku pula perkenalkan U pada keluarga aku sebagai kawan.

Pada masa ini N muncul kembali dalam hidup aku, disaat aku sedang berbahagia. Tahun berganti tahun, adik-adik aku mula mendirikan rumah tangga.

Aku pula didesak oleh keluarga untuk mendirikan rumah tangga. Aku dan U sering bergaduh disebabkan oleh tidak persefahaman walaupun bahagia itu tetap jua ada.

Pada satu hari, U mencabar aku untuk mendedahkan status diri aku kepada N dan alhamdulillah penerimaan N sangat baik. Aku sudah dapat menjangkakan penerimaan N berdasarkan usia perkenalan kami yang lama.

Persoalan aku di sini adalah, aku ingin mendirikan rumah tangga bersama N namun aku tidak ingin memutuskan perhubungan aku dengan U.

Aku ingin U menjadi bapa angkat kepada zuriat aku nanti dan apa pula kata keluarga kami nanti sekiranya kami mula menjauhkan diri.

Aku buntu. Aku cuba untuk mendapatkan nasihat dari orang-orang yang lagi kuat pegangan agamanya dari aku.

Aku sedar, sekarang ini, ramai yang mendirikan rumah tangga semata-mata ingin menutup mata masyarakat namun bukan itu yang aku mahukan. Aku ingin berubah tetapi sering kali diejek oleh U setiap kali aku suarakan hajat untuk berumah tangga.

Aku tidak sekali kali ingin melupakan kenangan aku bersama U dan aku tidak ingin memutuskan hubungan silaturrahim antara kami.

Sekarang aku dah berpindah ke kampung halaman namun U sering kali bertandang seakan-akan memberikan tanda bahagia dia tidak sekali kali akan meninggalkan aku.

Tolonglah, aku kian buntu dan perlukan nasihat dan sokongan walaupun mental aku dah lama dah rapuh. Banyak sebenarnya aku skip namun itu sahaja buat masa sekarang.

Sekian dari aku, M.. seorang hamba Allah yang diuji songsang nafsunya..

– M (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *