Keliru dan Buntu Dengan Hidup

Assalamualaikum semua. Saya seorang isteri kepada seorang businessman dan seorang ibu kepada seorang anak. Usia perkahwinan baru masuk 3 tahun.

Saya tiap hari rasa macam buntu dan keliru dengan hidup ni. Terkapai-kapai rasanya. Apa perlu saya buat sebenarnya? Apa peranan saya?

Berfungsi ke? Bermanfaat ke saya dalam hidup yang singkat ni?

Awal perkenalan dan perkahwinan memang saya kat rumah je, lepas habis belajar tetiba sebab hal keluarga.

Suami suka saya jadi suri rumah. Dan saya tahu kenapa. Sebab dia memang cepat cemburu. Dia juga cakap dia boleh tanggung saya dan anak.

Cuma itulah. Saya rasa macam takde fungsi. Memang tugas seorang isteri ni, layan suami, jaga rumah dan jaga anak ni dah cukup ye?

Kenapa macam istimewa sangat?

Macam tak payah susah buat apa2 ye? Untuk kerja tu bukan wajib kan? Cuma yang diperlukan adalah bertahan dengan rutin yang ada ye?

Dan jaga diri seeloknya?

Entah la. Saya rasa macam acuh tak acuh je menjadi isteri dan ibu ni. Selalu makan luar. Baju dobi. Yang stress dan penat pun adalah melayan kerenah anak lah.

Suami pun macam ok dengan rutin hidup kami ni. Tapi saya yang selalu rasa down dan lost.

Kebanyakannya saya yang sesuaikan diri dengan waktu kerja suami iaitu malam. Jadinya selalu bangun lewat dan bangun lewat. Risau juga nanti anak bersekolah pagi macam mana.

Hmm. Saya bersyukur dapat suami yang tahu tanggungjawab dia, yang penyayang, yang sempoi juga. Cuma kadang saya takut saya terlalu banyak menerima tapi kurang memberi.

Macam terlalu selesa. Banyak waktu lapang. Takut saya tak berfunsi sebaiknya. Sebab saya tahu saya ni banyak kekurangan. Apa ye yang perlu diperbetulkan lagi?

Memang saya tak reti apa sangat pun. Tetiba je boleh jadi isteri dan ibu orang. Rasa begitu pantas semuanya. Pengenalan yang singkat untuk perjalanan komitmen yang panjang.

Entah la apa yang saya luahkan ini. Saya tak nak persoal takdir lagi. Ataupun mencari salah orang. Cuma saya tahu saya sendiri banyak salah dengan suami dan anak.

Macam mana ye? Nak maafkan diri? Bila dah buat salah dan menyesal tak sudah? Dan macam mana nak pujuk diri untuk teruskan hidup? Walau selalu suram?

Bagaimana ye nak bahagia dan tenang? Mungkin saya meluah ni adalah persoalan kepada diri tapi ingin juga nasihat dan pandangan orang lain..

Perlu ke saya bekerja? Bukan untuk duit tapi untuk sibukkan diri buat perkara yang bermanfaat? Ke lagi mengeruhkan keadaan sebab suami tak suka?

Dia suka dia balik saya di rumah. Kalau saya kerja siang, dia kerja malam, bila nak jumpa kan? Lepas tu anak siapa nak jaga kan

Saya pernah je cakap nak kerja drive bawa grab. Sebab dulu pernah buat prebet sapu time study. Tapi suami cakap bahaya. Saya cakap nak buat bisnes. Suami cakap risiko.

Adakah suami saya ni overprotective? Tapi untuk ke mana2 dia izinkan sahaja. Cuma untuk bekerja dia kurang bagi.

Saya hormat dia sebagai ketua keluarga yang bagi kata putus. Cuma kadang saya rasa saya kurang berperanan, kurang berkeyakinan dan kurang segalanya.

Saya suka perbaiki diri. Saya suka belajar. Saya suka explore. Adakah dulu saya terlalu berdikari? Terlalu terbang jauh? Terlalu berani bawa diri? Adakah memang waktunya untuk saya terus berada dalam zon selesa?

Atau mungkin ini semua rindu yang tak berkesudahan. Untuk merantau. Untuk melancong melencong. Tanpa minta izin. Hanya keputusan dan tindakan sendiri.

Adakah dulu saya terlalu bebas tanpa batasan? Dan sampai waktunya saya menjaga diri sebagai isteri orang? Menjadi contoh yang baik untuk anak?

Lawak kan? Macam saya masih bermimpi lagi walau ini semua realiti. Terlalu naif. Kurang persiapan memasuki alam perkahwinan dan keibubapaan. Juga terlalu risau apa yang saya buat semua salah.

Adakah hidup ini perlukan pelbagai kesilapan dan ujian baru kita tahu pelajaran dan hikmahnya?

Harap ada yang mahu tolong saya. Bagaimana untuk kekal tabah untuk hidup? Dalam dunia yang semakin mengecil rasanya…

– Hawa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *