Okay tak tahu macam mana nak cerita, aku minat “crush”, dan mempunyai taste yang pelik. Tertarik dengan colleague office yang lagi tua.
Berkarisma, cantik, kaya, pandai antara perkata dan ciri yang membuatkan aku terpikat kepada wanita yang berusia.
Dan, masalahnya, aku ni pun seorang wanita juga, muda, mempunyai kerjaya yang bagus dan semestinya bujang.
Walaupun kerja aku ni, work from home, tapi tiap hari looking forward nak ada online meeting dengan work crush aku ni. Dan lagi parah, aku dah angau dengan dia.
Kadang2 motivasi untuk kerja, sebab nak jumpa (online) meeting tanpa disedari prestasi kerja aku sentiasa naik mendadak, sehingga dinaikkan pangkat dan kenaikan gaji sebanyak 22% dalam masa setahun kerja! Semuanya kerana aku nak impressedkan dia.
Aku pertama kali minat dengan mentor aku sendiri, wanita berbangsa Filipina, semestinya cantik, berumur lingkungan 40-an (beza umur dalam 12 tahun dengan ku) sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.
Setiap hari aku tak sabar nak masuk kerja, melihatnya dan mendengar suara dia, walaupun sekadar dibalas mesej kat Teams pun sudah bermakna.
Ingat lagi pertama kali bersua muka (fizikal bukan virtual meeting ) di Manila dan aku sampai sekarang pasti akan tersenyum kenangkan detik indah itu.
Lepastu kami ada outstation bersama di beberapa buah negara di ASEAN, alhamdulillah, perasaan tu dah tak wujud mungkin sebab aku dah biasa dengannya, dan menganggap dia sekadar mentor.
Namun baru2 ini, aku pindah team baru dan mulai bekerja dengan team Indonesia.
Dan sekali lagi perasaan itu muncul semula, dan rakan sekerja aku tu pula, seorang wanita Indonesia, berumur lingkungan 50 tahun, cantik and classy!
Jujur, tarikan kalini lagi kuat dan aku asyik teringat dia setiap saat dan masa, walaupun hanya berjumpa di sebalik skrin komputer (dalam talian, only work related).
Usia kami berbeza dalam 20 tahun. Sampai tahap aku menanyakan movie, artis, lagu kegemaran dia, dan aku sanggup menonton, mendengar dan keep up to date (walaupun cerita lama) dengan semua kegemaran dia, supaya ada topik nak dibual.
Senang cerita apa sahaja kegemaran dia aku akan cuba dan fahamkan walaupun tiada kena mengena dan beri manfaat pun untuk hubungan kami (sekadar teammate) tapi takpe, aku bahagia menyemat perasaan istimewa ini.
Kami sudah bersua muka secara fizikal dahulu di beberapa conference di ASEAN, dan dia sudah berpindah di Kuala Lumpur. Semestinya sudah mempunyai anak dan keluarga.
Tapi aku tak berani ajak dia keluar sebab malu kerana selama ini kami hanya berbincang urusan kerja sahaja di talian.
Adakah ini normal? Sebab tak pernah rasa macamni sebelum ni, dan aku pernah cuba menyukai lelaki tapi tak boleh, perasaan tak boleh dibendung, dan tiada tarikan langsung terhadap lelaki.
Tapi pattern aku ni pelik sebab aku tak tertarik langsung terhadap wanita melayu (yang berusia, yang tak berusia, tua, muda) apatah lagi lelaki.
Aku tak pernah ada teman lelaki yang aku betul2 suka dan sayang. Maaf, terpaksa pura2 suka tapi tidak.
Aku lagi selesa hidup single dari ada lelaki disamping. Dan bagi aku, lelaki ni ada satu karekter yang poyo, macam bagus. Lebih2 lagi lelaki sekarang, no provider mindset macam bapak kita dulu2.
Senang cerita belum berjumpa karakter lelaki yang boleh membuatkan aku tertarik, jujur ya.
Siapa pernah terjadi macam ni? Tapi kebaikan dia ialah, prestasi kerja meningkat, bahagia syok sendiri tu perasaan yang seronok, tapi akan rasa kecewa, sedih kalau tak dilayan (tak di reply teams, whatsapp, email)
Adakah ini normal? Dan adakah aku seorang l3sbian? (Tapi selama ni tak berminat dan tertarik pun dengan perempuan).
Macam mana nak hilangkan perasaan ini, atau perlukah aku confess kepada rakan sekerja aku tu?
– Zoro (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit