Assalamualaikum warga IIUM Confession. Setelah banyak confession yang saya baca di sini saya pun terasa nak confess dan minta pandangan semua pembaca juga. Hehe.
Saya sudah berumur hampir 30 tahun, sudah bekerja dengan jawatan professional di bidang swasta.
Masih bujang dan sedang mengenali seseorang.
Lelaki yang saya namakan sebagai H, saya kenal dari alam maya baru 4 bulan, tua 3 tahun daripada saya.
Kami sudah berjumpa dua kali. Tetapi sekejap cuma. Sekadar bertukar barang dan bercakap beberapa patah.
Sepanjang 4 bulan kenal ni setiap hari kami akan chat dan update aktiviti seharian kami.
Kadang berbincang mengenai isu-isu semasa dan berkongsi kisah harian.
Dia mengaku dia bujang dan tiada teman istimewa. Di media sosial juga kelihatan sebegitu.
Saya mengaku saya selesa dengan dia memandangkan dia bukan jenis lelaki yang saya kenal sebelum ini.
Lelaki yang saya kenal sebelum ini yang saya tak suka sebab mereka jenis yang suka call sepanjang masa, yang suka minta gambar, suka video call.
Saya rimas dengan lelaki yang suka paksa saya buat benda yang saya tak suka.
Dia (H) tak pernah call atau minta gambar daripada saya. Apatah lagi video call.
Tetapi orang kata, lelaki akan call the girl yang dia suka. Nak dengar suara juga walaupun sekejap. Ke tak semua lelaki macam ni?
Ada masa dia akan cepat-cepat balas mesej saya. Ada masa dia biarkan mesej saya berjam-jam tanpa dibalas terutama hujung minggu.
Hari bekerja dia balas mesej saya lagi cepat daripada hujung minggu.
Saya sejenis yang tak suka tertanya-tanya. Tapi saya tak tahu nak tanya dia macam mana memandangkan kami tiada apa-apa hubungan.
Dia pun tak pernah cakap dia suka saya. Cuma perhatian dia pada saya kadang-kadang buat saya rasa dia suka pada saya.
Sejujurnya saya dah malas nak berkenalan dengan lelaki. Semua yang saya jumpa sebelum ni, semua menyakitkan hati.
Tak consistent dalam berkenalan. Bersayang-sayang tanpa ada hubungan yang pasti (meluat).
Baru kenal dua tiga hari dah cakap pasal kahwin. Bila bagitahu hantaran mahal terus diam tanpa kata (saja saya ugut hantaran mahal).
Saya tak pasti dengan perasaan dia terhadap saya. Adakah saya ini cuma tempat dia melepaskan bosan?
Kenapa lelaki suka bermain tarik tali? Yang saya suka ni tak pernah sebut nak kahwin atau apa-apa yang menjelaskan lagi hubungan.
Yang saya tak suka siap cakap nak jumpa keluarga nak masuk meminang la.
Saya fikir kalau dengan H ni tak menjadi jugak. Ini last la saya berkenalan dengan lelaki. Haha.
Give up dah nak mencari cinta dan suami. Nak jadi single berkualiti je la sampai bila-bila.
Terima kasih sudi baca confession saya (kalau tersiar la). Haha.
– Miss A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
hati2 ye dik… kalau hujung minggu tak reply… takut dah berpunya
Dia terlalu tenang, lelaki begini biasanya dah berkeluarga. Tiada keperluan untuk terkejar2. Awak hanya tempat untuk menghilangkan kebosanan pada kehidupannya yg telah menjadi rutin. Jauhkan diri sebelom ada yg tersakiti