Assalammualaikum. Aku perkenalkan diriku sebagai Fateh (bukan nama sebenar) berumur 24 tahun.
Tujuan aku menulis ini adalah sebab untuk meminta pendapat dan juga pandangan pembaca semua sebab aku tahu para pembaca di sini adalah dari kalangan orang-orang yang hebat dan berpengalaman.
Aku merupakan staf di sebuah UA dan baru saja bekerja selama setahun.
Pada awalnya, aku merupakan seorang pelajar UA yang mengambil jurusan degree pendidikan selepas selesai diploma pada tahun 2017. Memang cita-cita ingin menjadi seorang cikgu.
Namun, pada pertengahan pengajian iaitu sekitar sem 3, aku dapat tahu yang course pendidikan di sini adalah tidak menjamin untuk menjadi seorang cikgu/ posting.
Ditambah lagi apabila ramai senior-senior yang graduan course aku juga sudah 5-6 tahun tidak dapat posting dan lebih merisaukan, untuk masuk bekerja di industri agak sukar disebabkan ada title pendidikan.
Disebabkan itu aku berasa risau kerana aku merupakan anak sulung dan ada keluarga untuk ditanggung.
Jadi disepanjang pengajian, aku memohon pelbagai jawatan kosong. Pertama adalah sebab aku ingin mencari pengalaman interview dan kedua sekiranya dapat tawaran bekerja yang baik, aku akan terima.
Nak dijadikan cerita, pada penghujung tahun 2019 ketika aku berada di sem 4, keluarga aku mengalami masalah kewangan dan hal ini jadikan aku sedikit tertekan.
Keadaan jadi lebih sukar pada awal tahun 2020 apabila pandemik melanda dan lockdown dilaksanakan. Ketika ini aku berada di semester 5 dan kelas dilaksanakan secara online.
Namun selepas selesai sem 5, aku mendapat panggilan temuduga di UA berdekatan rumah aku dan Alhamdulillah, selepas 3 bulan, aku ditawarkan jawatan di UA tersebut sebagai Personal Assistant dan jawatan tersebut adalah tetap.
Walaubagaimanapun, aku agak keliru pada waktu itu sama ada untuk menerima tawaran tersebut atau meneruskan pengajian kerana pengajian aku pada waktu itu berbaki setahun setengah sahaja lagi.
Aku berbincang dengan keluarga dan juga melakukan isitkharah untuk meminta petunjuk. Aku mengambil keputusan untuk menerima tawaran tersebut atas faktor masalah tadi dan juga memikirkan masa depan.
Aku gembira dan seronok bekerja di sini, gembira dengan kerja yang aku laksanakan. Memang rasa bersyukur sangat.
Tambahan lagi aku dapat menjadi seorang PA kepada Profesor dan beliau sangat membantu aku dalam memberikan semangat dan nasihat dan aku dah berniat sekiranya ada rezeki, aku ingin jadi macam beliau. Ya, niat aku untuk menyambung pengajian tu tetap ada.
Tetapi waktu sekarang aku agak keliru dengan pilihan aku. Betul ke pilihan yang aku pilih?
Aku jadi keliru disebabkan pada pertengahan tahun 2021, pihak kerjaan mengumumkan mengambil pemngambilan cikgu secara besar-besaran dan ada beberapa rakan aku yang mendapat panggilan interview.
Disebabkan itu peluang untuk menjadi cikgu sememangnya cerah berbanding sebelum ini.
Aku keliru, mungkin sekiranya aku meneruskan pengajian dulu, aku dapat juga panggilan interview dan mungkin dapat menjadi seorang cikgu. Tapi pilihan aku dah buat dan aku tak dapat nak berpatah balik.
Aku cuba positifkan diri dengan percaya bahawa setiap apa yang Allah rancang adalah yang terbaik untuk kita dan rezeki tu semuanya dah tertulis. Allah lebih mengetahui mana yang terbaik.
Tapi kadang-kadang aku rasa macam agak sedikit down juga tapi aku cuba cepat-cepat move on, mungkin bukan rezeki aku untuk menjadi cikgu.
Lagipun di sini aku dikelilingi orang-orang yang hebat dan dapat dijadikan pendorong semangat untuk aku kembangkan lagi kerjaya.
Sekiranya ada rezeki dan dipanjangkan umur, in shaa Allah aku bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah sama seperti Prof. aku.
Cuma aku agak keliru sekarang berkenaan menyambung pengajian.
Aku keliru sama ada ingin menyambung degree secara part time atau menunggu umur 30 dan mengambil APEL (akreditasi berdasarkan pengalaman kerja) dan seterusnya lompat mengambil master tanpa perlu ada degree.
Aku kira-kira, sekiranya aku mengambil degree part time selama 4/5 tahun, aku akan tamat pada umur 29.
Hampir dengan umur 30 sekiranya aku terus mengambil master dan aku berfikir melibatkan kos juga sekiranya aku mengambil degree part time apatah lagi untuk menjadi pensyarah memerlukan aku untuk menyambung pengajian lagi ke master dan phd.
Untuk mengambil APEL dan master, aku cuma berasa agak lama untuk capai umur 30 iaitu sekitar 6 tahun lagi. Apa pendapat para pembaca ya? Mungkin ada nasihat dan juga pengalaman untuk dikongsikan.
Aku juga ingin mengembangkan lagi kerjaya dan berniat untuk menjadi seorang pengajar satu hari nanti. Walau apa pun kita hanya merancang, Allah yang tentukan mana yang terbaik untuk kita. Terima kasih.
– Fateh (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit