Keliru Dengan Suami Orang

Salam semua. Luahan ini sekadar untuk bertanya.

Kenapa ya? Saya sering didekati lelaki yang menampakkan hasrat untuk memperisterikan saya tapi setelah saya menolak atau cuba friendzone, terus diorang kahwin dengan perempuan entah mana dia kenal.

Tapi dalam masa yang sama, masih contact saya dan masih ada perasaan terhadap saya. Kenapa ya?

Kadang-kadang saya kesian kat isteri mereka. Isteri tu pilihan keluarga. Tapi isterinya tak tahu bahawa dia hanyalah pilihan ekspres sebab suami nak move on daripada perempuan lain. Tapi realitinya suami belum move on pun.

Bukan seorang lelaki yang saya kenal begini. Saya akui saya agak attractive dari segi muka dan personaliti. Nak kata cantik tu subjektif sangat tapi mungkin sebab personaliti saya yang ceria dan selalu positif serta lemah lembut membuatkan lelaki cepat suka saya.

Saya sering menolak ajakan lelaki untuk berkahwin. Bukan sebab saya tak minat mereka, bukan juga sebab belum bersedia, tapi saya sedang menanggung hutang keluarga dan saya perlu selesaikan hutang ini terlebih dahulu.

Waktu bujang ni saya takde masalah untuk mencatu duit dan makanan demi membayar hutang keluarga. Saya sayang keluarga saya.

Kalau saya kahwin, komitmen sudah tentu akan bertambah. Malah, saya perlu berikan komitmen sepenuhnya terhadap keluarga. Hal ini tentu akan merumitkan hidup saya untuk menyelesaikan hutang keluarga.

Lainlah kalau bakal suami nak tolong selesaikan hutang keluarga saya (which is impossible).

Lelaki yang pernah confess dan ajak kahwin, mereka bukan calang-calang orang pun. Ada doktor, guru, ustaz dan sebagainya. Semuanya saya reject dengan baik.

Saya berikan alasan mahu bina kerjaya dahulu, padahal jauh di sudut hati saya pun nak je kahwin. Tapi hutang ini sudah menjadi bebanan buat saya.

Setiap kali reject lelaki berkenaan, saya confirm akan menangis. Saya sendiri yang heartbroken sebab terpaksa bertindak sedemikian.

Jauh di sudut hati, saya masih berharap lelaki itu akan setia menunggu dan tak putus berharap. Tapi lelaki semua sama. Semuanya tidak sabar. Sebulan dua selepas saya reject, mesti keluarga akan cuba jodohkan dengan seseorang dan mereka sangat mudah menerima calon tersebut.

Tiba-tiba tak sampai berapa bulan saya reject sedar-sedar dah bernikah. Makin bertambah heartbroken saya sebab sejujurnya saya juga menaruh perasaan yang sama seperti lelaki-lelaki tersebut.

Tapi walaupun telah bernikah, lelaki-lelaki ini masih contact saya dan sentiasa mencari topik untuk ajak saya berbual. Kadang-kadang mereka sengaja timbulkan topik yang saya susah nak menolak untuk reply. Selalunya mereka bertanya tentang skop kerja saya.

Tapi saya tahu mereka sebenarnya rindu saya. Bayangkan malam pertama nikah sepatutnya lelaki itu spend masa dengan isterinya.

Tapi malam tu dia buat-buat sibuk tanya soalan yang acah-acah educated tapi sebenarnya saya tahu dia nak attention saya. Saya tak layan tapi kalau asyik kena spam, saya terpaksa juga balas.

Kalau saya post status dekat whatsapp, lelaki yang saya pernah reject ni akan sentiasa jadi orang terawal yang tengok status saya di whatsapp dan story ig.

Kadangkala saya terfikir, diorang ni tak move on lagi ke? Sebab kadang-kadang diorang ajak saya keluar makan bersama dan buat aktiviti hobi bersama. Saya jadi curious, isteri diorang tak check ke hp diorang?

Saya ni tak nak kacau suami orang. Tapi sebab diorang ni saya dah anggap kawan, jadi susah untuk saya buang mereka.

Kalau diorang whatsapp, saya serba salah untuk abaikan. Nanti diorang cakap saya sombong. Tapi entahlah. Saya takut jadi peruntuh rumah tangga orang.

Nak tanyalah.. Lelaki memang susah nak move on ke? Sepatutnya diorang dah takkan contact saya kan once dah kahwin?

– pretty zinta (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

13 Comments

  1. Dik, awak sebenarnya tak keliru, awak sebenarnya suka dapat attention dari lelaki2 orang tu, sbb awak rasa mcm awak hot dan mereka tergila2 dekat awak.

    Tolonglah jadi perempuan bermaruah dan jangan biarkan suami2 orang tu kacau awak.
    Block sahaja nombor mereka dan block mereka dari segala social media. Awak pun sbnrnya boleh je tak layan mesej2 mereka, tapi awak jugak memilih nak reply.

    Kenapa awak nak risau suami orang cakap awak sombong. Takut nak jadi perosak rumah tangga orang ye? You actually on the way doing it kalau awak continue layan lelaki2 tu. N ada ramai lagi lelaki single dkt dunia ni, kenapa awak nak kawan2 dengan laki orang? Serious sy tak faham dengan perempuan mcm TT ni…

    Btw, lupakan jelah suami2 org tu, lelaki betul2 baik takkan mesej perempuan lain kalau dah berkahwin…Baik awak fokus selesaikan hutang keluarga tu dari sibuk nk mesej dengan lelaki orang…

    • ahahahah iyaa kelakar baca confession dia, tak perlu pun nak confuse.. senang block jee kenapa nak peduli dengan kata2 suami orang..

      untuk confessor, sombong tak bererti sombong, sombong juga bererti kita mahal. Jangan sbb attention dari lelaki kita lupa maruah diri kita. Awak chat dgn mereka pun sebenarnya awak dah merosakkan rumah tangga orang. dah bagi harapan dekat lelaki tuu.. jaga laa diri okayy. kita perempuan, maruah kena mahal awak..

  2. Tak payah nak keliru sangat

    Zaman sekarang yg halal depan mata dah ada
    Nak jugak cari yg haram!

  3. Hati-hati cik dengan ‘game’ lelaki nih. Nasihat saya, cik block je nombor semua lelaki tu lagi-lagi yang dah kahwin. Tak memberi manfaat pun untuk stay berkawan dengan suami orang. Kalau mereka spam, ignore je. Sbb lelaki mmg suka kalau perempuan tu melayan. Cik kuatkan semangat untuk move on, selesaikan hutang piutang tu cepat- cepat. Dalam masa yang sama, banyakkn solat hajat dan amalkn surah yassin dengan niat mohon jodoh yang baik-baik. Sekian.

  4. Aku ni lg laaa..keliru dengan lelaki. Da jadi mak 3 anak da, tp masih lelaki2 gatal nak mengorat.Nak kata aku pkai makeup dan pakaian menjolok mata, takde pon.

    So point kt sini, lelaki mmg mcm tu.Ko pmpn tak yah ‘angkat bakul sendiri’ dan sibuk nak melayan.

    Kalau org sibuk nk langsaikan hutang keluarga, separutnya takde mase nk pikir benda remeh dan melayan perkara x dtgkan faedah kt diri.So jdlah wanita yang bermatlamat besar(iaitu akhirat)

  5. Hi sis, please be more stern yaa. Dah rasa mcm something wrong somewhere tak payah confuse lebih2 buang block je. Nama pon dah laki orang, even you yourself pon dah reject dorang dah pon. Dorang ntah2 tunggu masa je you tu vulnerable sikit nak mengayaatt you balik. Kalau betul tak nak jadi homewrecker, cut off je contact dengan mana yang dah tak perlu dalam hidup, takyah over nak pikir lelebih kenapa kenapa kenapa

  6. Lelaki ni kalau dia dok tercari2 takde rasa segan and malu tu sbenarnya dia anggap sedari mudahhh n less challenging.. Lelaki kalau betul suka, kita akan rasa segan, nervous, overthinking, takut kena reject.. Takut patah hati.. Pastu klau dah kena tolak tu, malu beb.. Takdenya nak kacau2 lg.. So nampaklah lelaki2 yg kejar sedari tu sbennarnya lelaki low value.. Dia coba nasib je kacau sedari which dia xde feeling apa pun kalau sedari x layan.. Sedari layan, jackpot! Tak layan sambung peluk bini.. hihi

  7. tambah lg.. Ada org ckp jgn takut dgn perempuan2 yg dlm inbox or following list seorang lelaki.. Sbb tu semua pompuan2 yg tak bermakna apa2 buat cuci mata je.. The real perempuan yg korg patut takut is the one yg bole buat seorg lelaki terkesan. yg selalunya lelaki tu block/ stalk diam2/ acah2 benci.. Yg dia x berani dekat tapi at the same time x mampu lupa silap2 tgh peluk korg pun dok tbyg wanita itu… hihii

  8. Aku anggap je la confessor ni BBNU. Susah nak nasihat golongan suka attention ni. Cuma satu je aku nak cakap. Kalau laki tu betul serius nak kat ko, dia pasti tunggu. Kalau betul suami orang tu baik, dia takkan contact wanita lain saja2 takde benda penting. So anggap je la lelaki keliling ko tu sampah.

  9. Block sj nk susah apa jgn bodohkan diri sendiri jgn dedah diri jd hiburan pd manusia hipokrit yg tk pernah bsyukur.Dh ada komitmen msh mau bpoya2.Mujur tk kawen jk tk tentu mnyesal dpt laki hidung belang

  10. attention seeker.. perasan hot! xnak buang kawan lah, xnak jadi perosak rumah tanggah tapi serba salah abaikan mesej dorg bangang puya statement.. pastu sebok nak tnya dorg xmove on kerr.. mesti kau perasan hot kan dorg still contact kau perempuan bangang.. buang jela contact jantan tu.. benci aku pmpn bangang lemah lembut mcmni!

  11. hi cik terpaling. tak payah la nak tanya kenapa “lelaki susah nak move on”. kalau betul lelaki tu semua sukakan awak, diorang boleh je tunggu awak sampai awak setuju nak kahwin. sedarlah yang sebenarnya awak tu cuma pilihan je. plus, tolong ada common sense sikit tindakan layan laki orang tu tak normal. kalau rasa gatal sangat, tolong la kahwin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *