Assalamualaikum. Nama saya melati. Umur dalam lingkungan 25-30an. Saya sekadar ingin meluah dan bertanya sebenarnya. Benar.. Ianya perihal jodoh.
Kadang-kadang aku masih keliru dan tak faham konsep jodoh ni macam mana. Usaha dah buat cuma hasil tu tak seperti yang diharapkan.
Tak perlu lah saya mengulas tentang paras rupa kerana saya yakin kecantikan itu sangat subjektif.
Ada orang mungkin pandang saya cantik, ada mungkin yang pangang biasa-biasa. Dan mungkin ada yang pandang tak cantik. Jadi saya tak nak tekankan bab tu.
Saya ada beberapa kali dalam fasa bercinta. Tak banyak pun. Yang ke alam serius tu hanya 3-4 orang. Cuma semua tak menjadi. Tak tahu nak cakap, malu sebenarnya.
Kenapa ye lelaki memang ke suka sangat bab s3ks ni? Saya berkenalan dengan mereka pun mesti nak benda tu saja.
Last-last kami putus. Saya tak tahu lelaki lain. Cuma lelaki yang saya kenal begini. Saya sayang dia. Cuma saya terfikir takde ke yang benar-benar serius dengan saya?
Maksud saya tak perlulah sampai nak seks sebelum nikah. Nak kata sayang, saya tahu mereka pun sayang kan saya. Cuma ntahla.
Saya terfikir, mungkin ada dosa saya dah buat sampai saya selalu malang dalam bercinta. Ataupun mungkin saya memang tak bernasib baik dalam perihal jodoh.
Saya usaha untuk cari jodoh sebab tahu, islam menganjurkan kita berusaha then baru tawakkal.
Mana mungkin saya hanya tunggu lelaki tiba-tiba masuk meminang sekiranya tidak diawali dengan taaruf. Saya bukan artis yang banyak peminat.
Tahu-tahu ada orang datang masuk meminang. Ini realiti. Bukan fantasi. Nak tak nak kena usaha. Tapi usaha saya mesti berakhir dengan kekecewaan.
Betul. Saya tak terdesak pun cari partner. Yang saya cerita ni pengalaman saya. Bagaimana ye kalau lepasni saya terjumpa dan berkenalan dengan lelaki lain lagi? Akan kah sama nasib seperti sebelum ini.
Kadang mereka tak tunjuk belang pun lagi. Tapi nanti bila kita dah jatuh sayang baru nak mula ringan-ringan lah sampai ajak buat s3ks.
Saya penat nak mula semula. Nak move on lagi. Sedih jugak macam ni. Seolah-olah mereka sayang tapi tak ikhlas.
Doakan saya supaya saya boleh faham erti jodoh yang baik ni nanti ye. Saya pun bukan wanita yang baik. Cuma nak jadi baik dan berharap suami yang baik. Bukan sekadar teman lelaki yang tak ikhlas dengan saya.
Sekadar ini saja la luahan saya. Saya sedih je sebenarnya sebab fikir sentiasa tak bernasib baik dalam percintaan. Mungkin saya memang tak ditakdirkan berjodoh dengan lelaki yang baik.
Terima kasih semua. Sekiranya ada pandangan atau kata-kata semangat boleh share kat komen ye. Saya akan baca semua.
Oh ya, lupa nak cakap. Saya akan sambung pengajian master saya tak lama lagi. Mohon doa daripada semua pembaca semoga dipermudahkan urusan saya dan kita semua. Terima kasih.
– Melati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit