Kelirunya Rasa

Salam semua. Aku tak tahu la betul ke tak aku confess kat sini. 

Kadang aku rasa aku ni dah buat keputusan yang silap ke. Aku dah berkahwin dengan dia baru nak masuk setahun. 

Tapi kami kenal dekat 3 tahun jugak la. Aku ni jenis ada rupa ada kerjaya dan agak choosy. 

Sebab pengalaman2 lampau aku membuatkan aku sangat berhati2 nak dekat dengan seorang lelaki. 

Dulu aku pernah bertunang, dan hampir2 nak kahwin dah, tapi aku batalkan majlis last minit sebab aku dapat tahu rupanya dia dah ada isteri orang thailand. 

Merayu menangis dia kat aku kata nak ceraikan isteri dia la apa la, suruh teruskan majlis. 

Aku nekad tak boleh hidup dengan pengkhianat. Aku move ke depan tanpa pandang belakang lagi dah. 

Pengalaman mendidik aku agar sangat berhati-hati dalam mencari pasangan.

Selepas2 tu aku jadi perempuan yang agak sombong dengan lelaki. Aku tak nak jadi perempuan yang mudah di dekati. 

Kalau kawan pun, aku selidik habis macam polis sampai lelaki2 tu jadi tak selesa. Aku tak kisah kalau they all rasa aku ni apa pun. Sebab kalau tak buat salah kenapa nak takut. 

Aku agak garang, dan bersikap acuh tak acuh dengan lelaki. Sebab lelaki ni kalau layan baik sikit mula la nak melucah. 

Aku memang pantang jantan jenis macam tu. Dekat medos aku, memang sentiasa lelaki akan chat aku, tapi aku jarang layan. 

Ada bini pun sibuk nak mesej kita. Dasar gila s*x. Senang cakap aku jenis tak pandang lelaki sebarangan. 

Ada sebab kenapa aku mention semua benda kat atas tu. Nanti aku akan sampai ke point2 tu. 

Tapi hari ni aku terfikir, aku kahwin dengan dia sebab aku sayang atau aku kesian. Aku buntu keliru dalam mencari jawapan. 

A**** nama suami ku, dan sedang tidur nyenyak saat ini setelah dia mengangu tidur aku. Memang kerap dah hobi dia mengganggu tidur aku sekarang ni kecuali kalau kami bersama. 

Rasanya semua suami memang macam tu kot kan, lepas dapat terus ghaib ke alam lain. Gempa bumi pun tak akan sedar dah. Sedangkan sebelum tu beriya2 merayu kat kita. 

Aku kenal dia dari IG. Aku jarang approve orang tak kenal, tapi kadang2 accidentally ter approve jugak. 

Macam biasa, dia jugak text aku cakap thanks sama macam laki2 lain. Tapi aku tak reply. Aku kan berlagak sombong. 

Dekat setahun dia tak putus asa text aku pagi petang siang malam. Tapi text dia benda comman ja. 

“Assalamualaikum selamat pagi. Salam subuh. Assalamualaikum semoga hari2 anda berlalu baik. Assalamualaikum selamat malam semoga mimpi indah. “

Aku baca tapi tak balas, sebab aku nak tengok sejauh mana kesabaran dan effort dia. Sampai 1 tahap tu aku tertunggu2 pulak text dia. 

Sebab setiap hari 3 4 kali dia akan text aku. Tapi dekat seminggu tu tak de text dari dia dah. Aku fikir mungkin dia dah give up kot. 

Tapi tiba2 hati rasa saja nak tengok nak stalk IG dia. Ye la selama ni pun aku tak pernah ambik tau dia tu sapa. Hari tu terfikir nak tengok life dia. 

Masa tu la aku tahu mak dia sakit. Last posting dia, dia pos gambar mak dia kat hospital dengan caption tolong la doakan mak saya sihat. 

Human being, terus aku yang dm dia. Aku tak terfikir apa masa tu. Aku spontan tanya kenapa dengan mak awak. 

Esoknya baru dia reply. Mak dia rupanya kena kanser pangkal rahim. Dari situ kami dah mula berchating dan bertukar number. 

Dan aku mengetahui yang dia tu anak tunggal. Ayah dia meninggal kemalangan masa umur dia 2 tahun. 

Dia ni kira orang susah jugak. Sebab mak dia kerja2 biasa ja untuk besarkan dia. Kadang jadi cleaner, kadang tolong kat kedai. Berbeza dengan aku, lahir2 dah senang. 

Mak dia dari dulu ada masalah kesihatan. Mak dia banyak dapat sakit sebab mengabaikan sakit dia sampai dah kronik dah. 

Bermula dengan simpati, lama2 dah ada perasaan caring. Lepas tu rindu. Mungkin aku dah sayang dia jugak sebab sentiasa attach each other. 

Aku sebenarnya kagum dengan cara dia jaga mak dia. Tukar pampers mak dia. Sebab mak dia ada masalah kaki, dah susah nak jalan. Dia yang mandikan mak dia. Masak untuk mak dia. Sumpah hati aku rasa tersentuh. 

Orang kata lelaki yang jaga mak dengan baik ni la akan jaga isteri dengan baik jugak. Aku selalu rasa untungnya siapa dapat dia. 

Tapi dia tak pernah nak luahkan rasa cinta ke apa ke walaupun kami sentiasa berhubung. So aku tak tahu perasaan dia apa masa tu. 

Ye la orang tengah sedih dengan apa yang berlaku kat mak dia. Mana mungkin nak fikir pasal cinta. 

Masa tu aku pernah jugak beberapa kali melawat mak dia. Mak dia baik sangat. Mak dia cakap nanti sapa la nak jaga anak dia ni kalau mak dia dah tak de. Suruh kahwin tak nak. Ada la mak dia bebel2 pasal dia. 

Aku faham kerisauan seorang ibu yang uzur. Banyak la mak dia cerita pasal dia. 

Lama2 kawan dengan dia, aku dah mula selesa sangat. Sebab dia jenis hormat perempuan. 

Selama kawan dengan dia, sekali pun dia tak pernah sentuh aku atau cakap benda2 bodoh dengan aku macam laki2 gersang lain tu. Dan yang penting dia tak merokok. 

Lebih kurang 7 bulan macam tu kami berkawan, kesihatan mak dia makin merosot. Dan lepas tu aku dapat call dari dia 4 petang. Dia menangis kata mak dia dah tak de. 

Dia menangis2 kata dia tak tahu apa nak buat sekarang ni. Terus aku bagitau ayah aku. 

Oh by the way, family aku tahu pasal dia. Sebab kami 1 family kerap jugak melawat mak dia masa tu. 

Tapi aku cuma cakap kami kawan ja dengan family aku. Memang kami cuma berkawan ja masa tu. 

Kami bergegas la pergi rumah dia. Mak dia meninggal hari sabtu. Kebetulan semua adik beradik aku ada kat rumah sebab cuti kan. Semua pakat konvoi pergi rumah dia

Sampai2, ayah aku pergi berbincang dengan orang surau perumahan dia tu untuk uruskan jenazah mak dia. 

Dah dia kata dia pun tak de sedara mara. Hanya orang2 flat tu ja la ada masa tu pakat2 membantu. 

Time tu dia macam teruk gila menangis. Macam dah tak boleh nak berfikir apa dah. 

Aku cuba tenangkan dia sampai aku terpeluk dia depan semua orang. Mak aku adik2 aku ada la pandang2 sambil menjeling. 

Tapi aku ja peluk dia, dia tak balas pun. Dia masih kaku berdiri macam tu jugak cuma kepala dia ja kat bahu aku. 

Lepas tu ayah aku datang berdehem. Aku masa tu tengah menangis jugak. So dah tak tahu nak control dia macam mana dah. Sampai ayah aku suruh dia duduk bertenang. Nasihat dia. 

Malam tu ada la ayah aku ajak dia balik rumah kami. Tapi dia tolak. Sebab lepas tu dia dah macam ok sikit dah. Dah boleh terima berita duka tu kot. 

Jiran2 dia agak baik jugak la. Dia orang kata nanti diaorang akan teman dia. Ada la kawan2 dia teman dia jugak. 

Dalam kereta ayah aku tarbiah aku cukup2 pasal kes peluk tu. Aku memang diam tak tahu nak balas apa dah. Sebab memang tak patut aku buat macam tu. 

Walaupun parents aku tengah bebel2, tapi hati aku hanya fikir dia ja. Aku keep text dia tanya ok ke tak. Risau dia pengsan ke apa sebab banyak menangis. 

Sampai rumah ayah aku sambung tarbiah. Ayah aku tanya bila nak kahwin dengan dia. Aku macam what. 

Aku kata kitaorang kawan ja la. Walaupun aku memang ada rasa spark dengan dia. 

Tapi bukan aku tahu apa perasaan dia. Maunya aku ni bertepuk sebelah tangan, buat malu ja. 

Ayah aku kata kawan apa sampai peluk2 depan orang ramai. Mungkin ayah aku tahu, aku bukan jenis mudah menyentuh orang tambah2 yang bukan mahram. Sebab ayah aku pun tak didik kami macam tu. 

Aku explain la aku nak tenangkan dia ja. Bukan sengaja nak peluk dia. Tapi ayah aku keep pressure aku tanya aku ada perasaan ke tak kat dia. Last2 aku terpaksa mengaku la. 

Tapi aku cakap jugak la, aku tak tahu perasaan dia apa. Sebab kami tak pernah cakap soal perasaan. Ayah aku kata tak pe, serah kat dia ja. 

Sebenarnya aku tahu family aku memang suka dia jugak. Dia kan baik. Hormat orang. Lagipun dengan insiden buruk yang pernah berlaku kat aku, family berharap sangat aku cepat berumahtangga dengan lelaki yang baik. 

Lepas seminggu dua mak dia meninggal. Dia dah start rutin dia pergi kerja semua. Hubungan kami pun makin akrab macam pasangan kekasih tapi tak pernah declare. 

Tapi ada la beberapa perkara aku sedar lepas mak dia meninggal. Aku ni sebenarnya tak suka on phone lama2. 

Tapi dia nak aku sentiasa teman dia 24 jam. Dia ni jenis tidur lambat jugak. Dia buat apa aku tak tahu la. 

Dia kata dia tak boleh tidur walaupun dia buat kerja berat apa sekali pun. Tapi aku jenis pukul 10 11 memang nak tidur dah. 

Sebab aku kerja kat bursa. Kerja menghadap komputer ni sangat2 meletihkan. Tambah2 aku pun ada stress kerja jugak. 

Tapi aku cuba faham yang dia nak attach dengan aku, nak perhatian aku selalu sebab aku ja yang dia ada sekarang ni. Lagipun kan mak dia baru ja tak de. So aku tak nak harsh sangat dengan dia. 

So dalam sibuk2 pun aku cuba layan dia sebaik mungkin. Tapi still tak dapat puaskan hati dia. 

Dia ni kerja dengan syarikat yang supply peti ais commercial tu. Company dia kecik ja. Staff tak sampai 20 orang. 

Kerja dia jenis angkat2 barang kalau kontena sampai. Lepas tu dia akan free dah. Duduk melangut main telefon. Ibarat kalau lori ada baru ada kerja. 

So dia fikir aku yang kerja pejabat lagi free agaknya. Aku dah mula rasa sikap dia agak sedikit berubah. Dia agak king control dan kuat cemburu. 

Lepas tu pulak dia ni jenis hati tisu. Kuat sentap kuat merajuk kalau kita tegur apa2.

Oh lupa aku nak cakap, dia muda setahun dari aku. So mungkin kurang matang berbanding aku. 

Dan 1 lagi masalahnya, dia ni jenis penakut gila. Gelap dia takut, sorang2 dia takut. Nak pergi tandas malam2 dia takut. Nak urus apa2 sorang2 pun dia takut. Macam budak2 kan. Dia nak aku teman dia setiap masa. 

Dan dia pulak ada masalah tak boleh tidur awal. Aku paksa suruh tidur pun dia tak boleh. So dia akan call aku suruh teman dia sampai 2 3 pagi sebab takut sorang2. 

Aku ni jenis jaga kualiti hidup. Aku nak kena bangun kerja awal setiap hari. So aku perlukan tidur yang cukup. 

Dia tu tak pe la, pukul 10 baru masuk kerja. Aku dah explain sehari dua boleh la teman. Hari2 susah la. Tapi dia macam tak boleh faham. 

Kalau aku kata nak tidur. Dia akan sentap. Dah satu kerja pulak aku nak pujuk dia bagai. Dah macam aku ja nak kena jaga hati dia. 

Kadang2 dia dah tertidur, aku pulak tak boleh tidur sebab mata dah segar gara2 dia kejut. Kadang 4 5 pagi baru nak lelap, kejap lagi pukul 6 nak bangun dah. 

So secara tak langsung rutin hidup aku macam tergangu sikit. Aku dah kerap sakit kepala kerana hal tu. Aku dah mula rasa red flags kat sini. 

Di pendekkan cerita, lepas 2 3 bulan macam tu. Ayah aku cadang nak buat kenduri tahlil sekali untuk mak dia. So ayah aku jemput dia. 

Dia ada datang la. Masa tu ayah aku pergi tanya, apa perasaan dia kat aku. Dia macam kekok2 nak jawab. 

Lepas ayah aku desak2, dia mengaku dia suka aku. Cuma rasa tak padan sebab aku ni kerja hebat. Dia kata tak mungkin aku akan suka dia. 

Tapi ayah aku pi bagitau dia yang aku setuju nak kahwin dengan dia. Pasal kerja bukan masalah asalkan dia boleh jaga aku dengan baik. 

Masa tu aku macam tak dapat nak cakap dekat ayah aku yang aku nak hold dulu semua ni. Sebab aku boleh smell dia macam kurang matang. Tapi ayah aku macam terlalu excited, so aku macam terdiam la. 

Tapi aku ada bincang dengan kakak ipar aku pasal ni. Tapi kak ipar aku kata tu kan benda kecik ja. Masalah penakut dia akan settle kalau dia dah kahwin. Ada peneman nak takut apanya. 

Lepas tu pasal dia agak cemburu dan kuat mengawal aku tu, kak ipar aku cakap sebab dia kan kerja biasa2 ja. Tak belajar tinggi. 

Normal la tu semua lelaki ada rasa insecure bila dapat pasangan lebih dari diaorang. Dia takut hilang aku, sebab tu dia sentiasa nak attach dengan aku. 

Kakak ipar aku suruh melihat sisi baik dia ja. Kalau yang tak baik tu benda kecik ja, dia suruh abaikan. 

Dia kata biasa la dugaan nak kahwin. Syaitan suka tiup rasa was2 supaya tak dapat halalkan hubungan. 

Dipendekan cerita, kami pun berkahwin la. Aku letak tepi sikap kebudak2an dia tu sebab fikir lepas kahwin mungkin dia berubah. Aku cuma nampak kebaikan dia ja la. 

Lepas kahwin kami duduk asing. Aku memang ada rumah sebelum ni. Aku sewakan dekat orang. So kami pindah situ la lepas kahwin. 

Sebab rumah yang dia duduk sebelum ni pun sewa ja. Aku tak kisah dia tak de duit harta semua sebab aku ada semua tu. Aku cuma harap dia kekal baik sebagaimana aku kenal dia sebelum kahwin. 

Tapi tu la kan. Orang selalu cakap, sisi jahat seorang lelaki ni, ibu dia pun tak akan tahu. Tapi hanya seorang isteri saja tahu setiap perangai buruk suami dia. 

Lepas kahwin baru aku ditunjukkan sisi2 buruk suami aku yang real. Ni bukan kes tengok porn ke, ada perempuan lain ke, gay ke. Bukan ye. 

Pasal dia king control dengan kuat cemburu tu pun bukan. Sebab aku dah boleh handle dia pasal tu. 

Btw, dia memang ada tengok porn, tapi aku dah warned dia pasal tu. Dah ada isteri tengok wife sendiri dah la, nak tengok perempuan lain buat apa kan. 

Tapi sisi pelik suami aku ni ibarat macam another level. Patut dia tak boleh tidur malam dan jadi penakut. 

Tapi oleh kerana aku dah type panjang gila hari ni. Aku akan cerita apa dark side suami aku ni in next confession. Sorry tau…

– Aifa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *