Keluar Dari Zon Yang Membunuh II

Untuk part I, (https://iiumc.com/keluar-daripada-zon-yang-membunuh/).

“Keluarga yang baik adalah apabila mereka boleh melindungi, memberi sokongan emosi dan melindungi kehormatan diri,”

Kita perlu akui, tidak semua orang dilahirkan dalam keluarga yang sempurna.

Aku banyak baca di dalam IIUM Confession ini,

Ramai yang sebenarnya berkeluarga tetapi rasa terpenjara.

Ada yang sudah diragut kehormatan tetapi masih bertahan sebab tidak mahu derhaka.

Tetapi dalam hidup ini kita boleh pilih, pasti ada pilihan, samada kita berani atau tidak.

Dalam confession yang lepas aku tak share details Plan aku untuk keluar dari Zon Membunuh tersebut. Nak keluar perlu ada plan juga supaya kita keluar dengan berjaya. Tidaklah keluar mulut harimau masuk mulut buaya.

1) KEMAHUAN

Perlu ada KEMAHUAN sebab MAHU akan menggerakkan seluruh otak dan anggota badan kita untuk menuju ke cita-cita kita.

Aku tahu mesti ramai yang takut untuk memilih keluar sebab takut masalah lebih besar. Jangan risau, aku pun dulu takut juga. Tapi perasaan MAHU aku mengatasi rasa takut.

2) KEWANGAN

Kewangan adalah hal yang cukup penting kalau nak keluar dari Zon Membunuh tersebut. Aku rasa dalam situasi aku sangat beruntung sebab mak aku jenis fikir jauh ke depan.

Waktu dia meninggal walaupun dia tak tinggalkan hibah beribu tetapi setiap orang adik-beradik kami ada dalam RM10K dalam akaun masing-masing. Duit ini adalah untuk sambung belajar sebenarnya.

Tapi jangan korang rasa down, korang jangan risau walaupun takde RM10K, korang masih lagi kumpul duit.

Aku dari zaman sekolah dah start berniaga maggi dengan asrama. Memang masyuk. Duit-duit semua aku simpan. Habis STPM aku kerja. Aku takde kereta lagi waktu tu.

Aku cari rumah yang ada hostel dan makan sekali. Gaji aku waktu tu RM850 je. Tapi setiap bulan aku boleh simpan RM700. Waktu itu mana ada shopee semua ni.

Total duit simpanan aku sebelum aku habis belajar adalah RM3000 tolak lah aku bagi dekat adik aku sedikit.

Aku hanya nampak belajar adalah satu-satunya cara untuk aku keluar dari situasi ini. Kalau aku kerja mereka boleh panggil aku balik, minta kerja dekat-dekat.

Oh ye, mesti korang pelik orang awam kenapa ramai tak tahu mengenai situasi kami ni? Sebab keluarga kami adalah mereka yang beragama dan terhormat dekat kampung.

Jadi pada fikiran mereka mustahil dorang abaikan anak yatim-piatu macam kami. Sebab itu aku dan adik-beradik tak pernah lapor tentang hal kecurian rantai dan nyaris-nyrais kena rogol tu. Siapa yang akan percaya?

Jadi satu-satunya cara untuk aku lari adalah sambung belajar. Aku yakin pendidikan mampu ubah hidup kami.

3) PENDIDIKAN

Nak ditakdirkan aku dapat sambung belajar seberang laut. Aku gembira gila. Kakak aku waktu itu baru habis belajar IPG. Jadi dia cakap pergilah, dia akan jaga adik aku.

Sebelum aku terbang aku minta Yayasan Negeri. Sementara tunggu lulus, aku pakai duit yang aku simpan.

Keluarga aku yang acah-acah prihatin ada juga bising-bising. Aku just cakap, aku tak dapat tawaran lain. Padahal aku ada je dapat satu tawaran ke Turkey. Tetapi aku fikir, adik aku nanti nak sambung belajar juga, jangan pentingkan diri.

Sewaktu aku di universiti, aku berniaga online. Semua platform aku guna facebook, instagram, shopee. Alhamdulillah hasil memberangsangkan. Kawan-kawan banyak support.

Waktu tahun kedua aku dah start dapat tajaan JPA sebab result memberangsangkan.

Maksudnya sepanjang aku tiga tahun tu, aku dah boleh jana keuntungan berniaga online dalam RM10k. Aku habis belajar, aku masih ada RM10K yang arwah ibu aku simpan + RM10K duit hasil niaga. Jumlah RM20k.

Waktu dekat universiti aku banyak bina networking dan join program. Kadang-kadang program tak cukup duit aku bagi duit senyap-senyap (Sebab aku selalu jadi bendahari). Aku selalu mengajar secara percuma.

Aku join humanitarian work. Aku sedar aku takde duit sangat, aku sedekah tenaga aku. Sedekah ni memang ajaib. Aku setiap kali takde duit, sentiasa ada je orang bagi makan. So korang jangan kedekut sangat ok.

4) KENDERAAN

Sewaktu aku di universiti aku dah start ambil lesen kereta. Aku guna duit JPA+duit business.

Aku memang target nak beli kereta lepas aku habis belajar. Sebab aku tahu, cara untuk aku kerja jauh daripada keluarga adalah dengan ada keretanya.

Selain itu, aku dah pernah rasa penat naik turun bas, untuk urusan mahkamah dan nak dapat bantuan JKM, Baitulmal dan lain-lain. Tetapi tak dapat pun.

Adik aku yang sekolah pun tak dapat bantuan. Jadi dengan RM20k tu aku beli kereta. ada balance juga.

5) KERJA

Berdasarkan plan aku bertahun-tahun tersebut. Aku dapat keluar sepenuhnya daripada Zon Membunuh tersebut. Aku kerja pun jauh daripada kampung aku. Aku masih balik kampung atas dasar saudara.

Aku keluar daripada Zon Membunuh tersebut tanpa memutuskan ikatan sillaturahim, tanpa pertengkaran. Aku pulang dalam keadaan aku dah berjaya dan boleh dikatakan stabil. Apa yang terjadi pada adik dan kakak aku?

Kakak aku waktu aku tahun kedua dia dah dapat kerja cikgu dan berkahwin dengan orang yang daripada keluarga berada.

Sampai sekarang dia masih jaga adik aku sebab mereka duduk di negeri yang sama. Adik aku tengah sambung degree.

Adik aku dapat keluar daripada zon Membunuh tersebut bila kakak aku kahwin which is lambat setahun daripada aku.

Tetapi dia pun tengok jejak aku kut sebab dia tengok aku dah boleh keluar dari zon tersebut dengan sambung belajar. Iya kami semua gembira.

Aku dah kongsi pengalaman aku, jadi daripada mereka yang nasib seperti aku atau seangkatan dengannya pilihlah. Pilih yang terbaik untuk diri sendiri dan orang yang kita sayang.

Semoga mereka yang ingin keluar daripada Zon membunuh ini dipermudahkan urusan.

– Miss A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *