Assalamualaikum di sini saya mahu kongsikan satu cerita yang telah lama saya simpan dan mungkin menjadi inspirasi bagi mereka yang yatim-piatu di luar sana.
Ayah saya meninggalkan ibu dan adik-beradik kami gantung tak bertali semenjak saya darjah satu. Gantung tidak bertali ini maksudnya meninggalkan tanpa memberi nafkah dan khabar berita sama sekali.
Kami adik-beradik semua perempuan memang dah di didik berdikari sejak kecil. Pergi sekolah dan balik sekolah semua sendiri.
Waktu itu, jika guru-guru bertanya “Mana ayah?” kami hanya menjawab “Ayah Kerja” Iye kerja tak balik-balik sampai bertahun.
Sewaktu aku di darjah dua, Atuk aku menjemput aku untuk pulang ke kampung. Selepas beberapa kali atuk aku pujuk, barulah ibu kami setuju nak balik ke kampung.
Duduk di kampung pun tidak mudah kerana orang sekeliling selalu cakap yang kami ini menumpang.
Tapi atuk aku memang akan berusaha lindungi kami sampai orang takut nak bercakap, tapi yang aku terdengar tu ada.
Mak aku balik ke kampung berniaga dan jadi tukang sapu je. Padahal belajar tinggi. Tapi itulah, kadang-kadang rezeki tak berpihak pada kita.
Ayah aku meninggal waktu aku darjah 6. Sewaktu dia meninggal aku tidak sedih langsung. Mungkin sebab dah lama kena tinggal.
Kehidupan aku dilalui seperti biasa. Sampailah aku Tingkatan 2, atuk aku meninggal. Waktu itu, semua adik-beradik ibu aku dia sibuk berebut harta.
Sampai rumah pusaka kami duduk pun dia nak ambil. Nasib ada nenek aku. Jadi mereka putuskan ibu aku jaga nenek aku dan duduk di rumah pusaka tu. Tapi ada je yang tak puas hati.
Banyak yang aku saksikan, ibu aku dibuli dengan adik-beradik yang lain. Semua urusan, diletak bawah ibu aku.
Ibu aku berniaga, ada yang tempah kuih tak bayar. Sponsor kononnya. Kalau niat nak membantu bayar je lah. Ibu aku meninggal waktu sehari lepas aku ambil result SPM.
Waktu itu kakak dan adik aku yang belajar semua memang balik. Waktu itu cuti sekolah tak silap. Aku rasa bila arwah ibu aku meninggal dia jadi nightmare sungguh.
Sehari selepas ibu aku meninggal, pak cik mak cik aku buat mesyuarat. Kami nak duduk di mana, sebab dorang tak nak kami duduk rumah pusaka tu.
Jadi mereka minta pilih nak duduk dekat mana. So, aku pilihlah duduk rumah Mak Ngah. Waktu aku duduk dengan Mak Ngah aku, Pak
Long aku bagi RM500 sebulan untuk pembelanjaan kami kepada Mak Ngah.
Short stories aku ambil STPM sebab tiada siapa nak tengok adik aku. Kakak aku belajar jauh. Nak harapkan mak cik pak cik aku. Aku kurang yakin.
Korang tahu kan duduk di asrama akan balik sebulan sekali atau 2 minggu sekali. Aku pernah terdengar Mak Ngah aku telefon dengan siapa-siapa entah.
“Budak tu kuat makan, ikan nak seekor je,”
Aku dekat situ pun pelik. Habistu duit yang Pak Long aku bagi setiap bulan tu mana? sebulan RM500 kami balik tiga hari je.
Belum lagi ada yang cakap,
“Ouh ni ke adik-beradik yang menumpang tu,”
Ouh ye Mak Long aku pernah cakap selepas je seminggu arwah ibu aku meninggal.
“Korang ni memang tak reti buat semua sendiri ke. Selagi buat sendiri, buatlah sendiri,”
Aku waktu itu memang menangis gila. Sebab walaupun waktu tu umur aku 18 tahun. Aku memang tak reti pun nak buat apa. Nak berhadapan dengan dunia luar pun tak reti.
Orang ambil harta kami pun tak reti nak backup diri sendiri.
Pernah orang ambil barang perabot hasil titik peluh ibu aku. Pernah waktu tu hari raya, selepas solat hari raya tengok baju dalam bagasi semua berselerak dan rantai emas aku dan adik aku hilang.
Kakak aku punya duit hilang. Pak Ngah aku pernah cuba untuk merogol aku dan kakak aku. Banyak benda yang jadi sebenarnya.
Mereka merancang perkahwinan kakak aku untuk dapatkan gelaran terhormat. Nasib tak dapat
Tetapi sebab kata-kata Mak Long aku tu lah. Aku banyak buat semua benda sendiri.
Selepas aku habis STPM aku dapat sambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Aku memang pilih universiti yang jauh sebab aku terlampau penat nak menghadapi situasi-situasi yang memang sadis.
Kakak aku pun dah habis belajar, so kami tukar shift jaga adik aku. Aku pergi belajar pada mulanya pakai duit sendiri sebab aku kerja lepas habis STPM dan simpanan yang arwah ibu aku dah standby.
Waktu tahun kedua aku dapat Tajaan JPA, jadi ringan sedikit beban aku.
Sewaktu aku di universiti aku banyak gilap soft-skill aku, banyak join humanitarian, aku buat business online. Aku percaya pendidikan akan ubah hidup aku.
Sewaktu cuti semester 3 bulan aku akan balik dalam seminggu sahaja. Then aku akan pergi humanitarian work (ada gaji), jadi cikgu sementara dan business online aku sentiasa on.
Aku buat begitu, sebab aku nak keluar daripada rumah tu, sebab aku rasa kehormatan aku tidak dijaga. Sepanjang duduk di universiti aku sangat happy. Sebab aku tak payah hadap masalah-masalah tu lagi.
Habis sahaja aku belajar, aku balik. Surprisingly aku boleh lawan cakap dengan mak cik pak cik aku. Tetamu yang datang ke rumah semua ingatkan aku belajar Pak Long aku tanggung.
Aku siap jawab lagi “Tak, kakngah pakai duit sendiri dan ditanggung oleh JPA” Bila mereka terdiam tu. Adalah satu kemenangan bagi aku.
Bila ada yang cakap “Ouh ni yang duduk menumpang tu,”
Aku jawab. Aku balik setahun dua kali je. Balik kampung bukan menumpang.
Bukan aku kata bila kita ada pendidikan ini kita perlu mendabik dada. TIDAK.
Tetapi kadang-kadang kita perlu mengubah cara pandang orang terhadap kita.
Pertahankan diri dan maruah kita daripada direndahkan oleh orang lain.
Kita lembut tapi jangan sampai kita dipijak.
Sekarang usia aku dah 26 tahun.
Aku sudah ada kereta dan kerjaya. Walaupun aku masih bekerja kontrak tetapi aku mampu realisasikan impian aku untuk keluar daripada
Zon yang Membunuh tersebut.
Kalau tanya bab kahwin, aku rasa lelaki takut kowt kahwin perempuan berdikari, haha.
Dan aku, takut lelaki tinggalkan aku macam arwah ayah aku, tak pun bernafsu binantang macam Pak Ngah aku tu.
Bagi mereka yang masih berjuang di luar sana,
Tidak semua keluarga baik,
Kitalah yang perlu menjadi agen perubahan, kita perlu berusaha untuk keluar daripada zon tersebut.
Aku tak kata senang nak keluar, dalam keadaan kita memang tak tahu apa yang ada di luar.
Tetapi belum cuba belum tahu.
Sentiasa mengharap pertolongan DIA.
Percayalah di dunia sana lebih banyak kebahagiaan yang menanti.
– Miss A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit