Assalamualaikum dan terima kasih kepada admin jika confesion aku disiarkan. Tak tahu nak letak tajuk apa. Tapi aku letak keluarga. Umum.
Umi dengan abah aku kurang atau mungkin tidak ada komunikasi yang baik. Sorang dengan baran dia, anggap dia ketua keluarga..dia sajalah yang betul.
Sorang lagi (umi aku) harap pihak sana paham-paham sendiri. Tak perlu dia cakap. Dua-dua rasa diri masing-masing yang betul. Dan yang tersepit anak-anak. Lebih tepat lagi aku. Yang aku rasa.
Aku, ada satu masa aku serabut dengan keadaan rumah aku sampai aku sesak nafas. Berat dada aku. Rasa macam nak mati. Tapi aku hadap sorang-sorang.
Aku tak pandai nangis beria. Kalau aku nangis. Tak keluar bunyi. Dada sakit. Kepala sakit. Hidung tersumbat. Memang ingat nak mati je masa tu. Lepas tu, aku makin lantang.
Aku suarakan apa yang aku rasa tanpa bertapis. Aku tunjuk ketidak puasan hati aku. Apa yang aku nak tegur. Aku tegur.
Yang banyak aku tegur umi aku. Sebab aku dah lama tak bertegur sapa dengan abah aku. Dia ada pun macam tak ada bagi aku. Dia tak penah bagi belanja apa-apa kat aku. Semua umi aku. Gaji umi lagi besar 2x ganda dari abah.
Dulu, belanja semua umi aku. Sekarang ada la sikit2 beli barang dapur. Itu je. Keperluan lain semua umi.
Abah aku dah bersara. Dulu boleh lagi bersangka baik gaji abah kecik. Tak mampu. Tapi bila dah pencen, hadiah duit bersara langsung tak dapat kami rasa. Dia beli apa yang dia nak. Impian nak bela lembu kambing.
Sanggup keluarkan duit beli dedak untuk binatang dari keluarkan untuk keluarga. Belum sempat makan hasil dari belaan beliau, ada yang mati dan ada yang dicederakan dsebabkan dilepas sesuka hati.
Natijahnya, baki yang lain dijual dengan harga yang sangat murah. Hanya pada awal-awal sahaja dijaga,dijenguk setiap hari.
Selalu ditekan pada kami untuk belajar ke peringkat tinggi. Tapi duit satu sen pun tidak dilabur. Hanya 2 orang adik aku yang bongsu dan sebelum nya yang merasa dibiayai abah aku. Aku?
Dari seingat aku darjah, sekali dua sahaja yang dihulur. Selebihnya umi aku. Yang membuat aku muak, dengan sedara boleh pula dihulur duit dengan senang. Bersedekah. Anak sendiri hanya mampu memandang.
Duit raya aku dulu juga beberapa kali dipinjam dan langsung tidak diganti. Lawak. Mulia depan orang lain. Lawak depan anak sendiri.
Umi aku. Typical malay mom. Anak lelaki dirajakan. Semua kerja kalau boleh diserahkan pada aku. Pada kami anak perempuan.
Sekarang bila makin meniti usia. Baru dia faham. Dulu dia bising bila aku rebel. Kenapa asyik aku yang kena buat. Suruh buat kerja dengan ikhlas. Jenis aku, selalu ada “kenapa”.
Kenapa aku yang kena buat. Kenapa perempuan yang kena buat. Kenapa perempuan kena masak? kenapa perempuan kena kemas. Kenapa.. kenapa.
Bila aku tak jumpa jawapan tu atau jawapan tu tak kena dengan situasi. Aku tak puas hati. Aku tak boleh disuruh membuta tuli. Itu ketika kecik-kecik dulu.
Aku tak paham kenapa aku je. Dulu umi aku juga garang. Mungkin sebab personaliti seorang guru atau mungkin personaliti seorang isteri yang tidak bahagia dengan rumah tangga. Yang terkesan pada jiwa aku adalah perkataan negatif yang sarkastik diucapkan pada aku.
Pemilihan perkataan yang melukakan hati. Kejut tidur dengan perkataan yang negatif dan cara yang membuat kan orang yang tengah tidur terkejut. Macam hempas pintu dengan kuat.
Abah aku pulak dilibas nya aku dengan tuala. Bukan slow-slow ye. Jadi, aku bila bangun dengan cara tak best. Mood aku pun jadi tak best.
Komunikasi yang tak baik ni juga membawa kepada jauh hati. Kesan kepada abah aku, semua orang elak kan diri untuk berada dalam satu ruang yang sama dengan beliau.
Kami yang perempuan terasa malas untuk mengemas rumah atau menampakkan diri jika beliau berada di ruang tersebut.
Umi pula, kebelakangan ni kesihatannya merosot. Mungkin kesan daripada bekerja kuat ketika muda. Umi taktpandai bawak kereta. Lesen ada tapi takut untuk bawak. Dulu balik dr sekolah. sanggup tahan prebet sapu untuk ke mana-mana.
Beli barang penuh kiri kanan. Kepulangan umi dari bandar memang ditunggu-tunggu oleh kami adik beradik. Heaven! Kerana tugas seorang guru, umi jarang memasak. Umi lebih suka beli lauk di kedai.
Baru-baru ni beberapa kali diucapkan betapa bodohnya dia sanggup menyusahkan diri menahan prebet sapu. Berhabis duit menanggung keluarga. Berkorban seorang diri sedangkan abah sambil lewa membiarkan hanya kerana gaji umi lebih tinggi dari dia.
Aku faham. Itu keluh kesah dari hati seorang isteri yang mengabdikan diri berpuluh tahun untuk suami dan keluarga tapi balasan dari suami hendak pergi menunaikan umrah seorang diri setelah bersara. Langsung tidak diajak umi pergi bersama. Bimbang duit pencennya habis mungkin.
Dan disebabkan kemunculan covid jugak lah impian beliau untuk menunaikan umrah seorang terkubur. Seakan mahu bertepuk tangan di depan muka beliau. Lawak kan. Betapa beliau pentingkan diri. Begitu sahaja balasan beliau untuk orang yang bersusah payah untuk dia semasa muda.
Sekarang umi suka keluar berjalan dari duduk sahaja di rumah. Aku pemandu rasminya. Disebabkan situasi covid, jarang tapi terkadang perlu juga aku bawa umi keluar rumah. Umi nampak tidak bersemangat dan letih jika hanya duduk di rumah.
Makan juga tidak berselera. Tapi yang makin aku penat, adik dan abang aku yang lelaki melepas tangan begitu saja. Pergi beli barang keperluan, aku. Kemas rumah. Masak. Uruskan pakaian kotor. Semua hal rumah aku yang kena fikir.
Aku drained. Disebabkan tu lah aku lantang menegur sapa-sapa je dalam rumah tu termasuk umi dan abah.
Aku tak nak adik dan abang aku jadi macam abah dorang. Susah untuk menegur bila mereka sudah terbiasa dengan keadaan itu. Tapi aku pekak kan telinga. Aku mengaum macam mak singa tapi disulami dengan pujian.
Ada perubahan walaupun sedikit. umi terkadang bila dia tak mahu melihat aku “mengaum” pada abang aku.
Disuruhnya adik aku yang perempuan mengambil alih tugas itu. Aku melarang keras. Masih juga nak menangkan abang aku. Takut sangat anak jantan dia mati buat kerja rumah. Aku tetap dengan dengan pendirian aku.
Akhirnya Umi faham sekarang. Dia sendiri merasa perubahan anak-anak lelaki dia. Umi pun faham sekarang. Perkataan dan pendekatannya juga semakin berubah.
Ada part masih mahu aku yang sahaja yang uruskan. Langsung tidak mahu menyusahkan anak lelaki. Kadang aku masih terlepas mulut. Kenapa diharapkan aku seorang? Apa yang sempat aku jaga. Aku jaga. Tapi aku juga manusia.
Jauh hati umi dengan abah sampai beliau tidur setiap malam dibilik aku yang dikongsi dengan 2 lagi adik perempuan aku. Langsung tiada ingatan bahagia yang dapat kami ingat melihat kan situasi ibu bapa kami.
Sakit dada, sakit otak apabila selalu mendengar luahan dari umi aku tentang abah aku yang beliau tidak suarakan sendiri atau tak suarakan dengan betul. Aku suara kan pada beliau. Cakap. Bagi tahu sendiri pada abah macam tu.
Kalau tak mampu tinggalkan. Aku dah tak mampu nak telan semua. Letih selalu disua dengan cerita negatif. Berat bahu yang memikul. Berat juga dada yang mendengar. Aku letih mental.
Maaf kucar-kacir cerita aku. Dulu pandai juga menyusun jalan cerita. Sekarang cerita sedih sahaja yang aku hadap.
Banyak perkataan yang aku lupa. Nasihat aku, pilih dan jadilah ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak. Mereka tidak boleh memilih siapa ibu-bapa mereka.
Gali dan cari lah ilmu parenting sebelum menjadi “parents” sendiri. Kalau rumah tangga dari awal lagi dalam keadaan toksik, baiki atau tinggalkanlah. Ia bukanlah situasi atau rumah yang terbaik untuk anak-anak membesar.
– Ayla (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit