Keluarga Body Shaming

Perit dan pedih bila darah daging kita bercakap buruk mengenai bentuk badan dan rupa kita. Face shaming dan body shaming.

Benda ni bukan baru sahaja berlaku tapi dah bertahun, dulu tak terasa atau ambil hati sangat, tapi sejak2 meningkat dewasa, cepat sangat terasa, terlalu sensitif.

Aku tak minta dijadikan gemuk, jerawat, dan sebagainya. Orang luar tidak mengata apa2 tentang diri kita,

Tetapi family sendiri yang sibuk bergosip tentang anak, kakak, adik perempuan terhadap orang luar. Pendam tu dah terlalu pendam, sampaikan rasa nak diri dah tak berguna.

Bila berkumpul saja family, mesti akan dengar ayat ni, umpama perkara yang jadi kepada saya besar sangat.

Contoh yang paling saya terasa bila ayat, “eh muka tu kenapa macam tu, macam kawah bulan, menggurutu, cuba tengok muka adik beradik yang lain, bersih saja takde pun yang guna produk banyak2 macam kau”.

Waktu tu saya tak membalas tetapi hanya Allah saja tahu, saya beli banyak produk untuk try and error, itu lah effort saya untuk pulihkan muka yang teruk.

Bila sebelum tidur, saya turun untuk cuci muka, akan ada ayat, “tak perlu produk sampah kau tu, cuba guna wudhuk je”. Sedih sangat. Namun buat bodoh dan acah kuat sebab malas nak fikir.

Bila bab badan je, semalam adalah peristiwa yang paling saya terasa, waktu makan malam, bayangkan mak sendiri yang cakap, “duit gaji habis beli makanan dekat dia sajelah, kuruskan badan tak nak”.

Lepas saja dari kejadian semalam, saya nekad takkan sebut apa2 berkaitan makanan or apa2.

Ye saya terus hilang selera makan bila kata2 sebegitu keluar dari mulut sang ibu namun digagahi juga habiskan sisa makanan dan naik kebilik. Perkara sama saya akan buat, baca quran dan tenangkan diri.

Menangis? Dah kering air mata selama 7 tahun dikata sebegitu. Saya dah cuba turunkan berat, tapi saya juga ada PCOS, berat agak lambat turun, bukannya saya tak cuba.

Kadang tu saya cemburu bila melihat kawan2 yang lain bahagia bersama family, ada family yg supportive, yang caring each other, yang bercakap dengan nada yang lemah lembut.

Bila mereka buat apa2 mesti akan ada family yang support dan rai kejayaan mereka, sedangkan saya, nak buat apa sendiri, jatuh bangun dalam urusan belajar sendiri, dah penat untuk berharap supaya mereka ada bersama saya.

Cukuplah hinaan dan kata-kata yang teruk kepada saya. Saya tak ramai kawan untuk meluahkan apa yang jadi,

Dan inilah kali pertama sejak kejadian body shaming dan face shaming jadi kepada saya, saya luahkan, sebelum ni hanya masa yang mengubati apa yang saya rasa. Sejak dari itu, saya mula berpegang kepada self-love.

Pentingnya self-love untuk elakkan diri terus dibelenggu rasa sedih dah kecewa, biarlah mulut mereka berbicara apa yang mereka mahukan, mulut manusia tak boleh ditutup.

Akhir kata, doakan saya terus kuat dan berjaya turunkan berat, supaya saya dapat kehidupan yang lebih baik. Have a nice day semua!

– Cik Self-love (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *