Keluarga Aku

Assalammualaikum dan salam sejahtera pada semua. Terima masih pada admin kerana sudi menyiarkan confession saya dan ingin minta pendapat orang ramai tentang apa yang terjadi pada diri saya.

Saya Afiq, anak lelaki sulung dalam family tapi sebenarnya saya anak ke-4 dari lima adik beradik. Yang lain semua perempuan. Dalam family saya saya paling rapat dengan abah semasa abah masih hidup dulu.
Dalam family saya juga, saya satu2nya yang tidak dapat lanjutkan pelajaran ke tahap ijazah, saya hanya mampu tahap diploma sahaja dimana adik beradik saya yang lain sampai ada yang belajar ke rahap master dan ijazah. Alhamdulillah.

Sebenarnya saya mampu lanjutkan ke peringkat ijazah, tapi, saya batalkan sebab saya nak bantu keluarga saya. Dari segi apa?

Perkahwinan.

Semua adik beradik saya kahwin dulu dari saya. Saya bukan sakit hati tapi bersyukur. Akak sulung tunang dan kahwin semasa dia masih belajar. Akak kedua kahwin sebaik dia tamat belajar dan ditawarkan bekerja. Akak ketiga kahwin lepas habis stpm. Dan adik bongsu kitorang kahwin lepas dia habis belajar.

Masa saya belajar diploma, abah mula diserang sakit jantung, tapi terselamat. Abah dah uzur masa tu, jadi faham2 jela hati kami. Masa tu akak kedua dan ketiga nak kahwin, mak minta percepatkan sebab abah nak tengok kami kahwin, tapi dorang nak buat besar2an sebab bakal suami dorang ramai kenalan juga. Duit yang abah simpan selama ni untuk saya lanjutkan ke ijazah akak kedua kata nak pinjam dulu, nanti dia bayar. Saya percaya je sebab akak masa tu dah bekerja, bakal abang ipar pun sama.

Bila saya dapat tawaran, saya dah minta akak nak guna duit tu, tapi dia kata masih tiada duit. Saya terpaksa tolak dan tunggu rezeki lain. Adik bongsu pula nak kahwin. Masa ni, duit yang abah dan mak simpan untuk pembelajaran kitorang dah abis untuk diorang, saya pula ada simpanan sebab bekerja lepas habis diploma. Nak dijadikan cerita, tak cukup, dan mak tawarkan duit kat tabung haji dia. Saya langsung tak tahu masa tu, mak pun keluarkan tanpa beritahu abah. Tu pun adik janji nak bayar balik.

Sampai ke hari ni dorang masih berdolak dalih bila saya minta bayar hutang. Bila abah meninggal, dah konfirm saya rasa lebih baik saya kerja untuk tanggung mak saya. Bila abah meninggal, abah letak nama dua rumah (termasuk rumah yang mak tinggal sekarang) dan tanah atas nama saya. Oleh sebab saya kerja jauh dari kampung halaman, mak pujuk saya biarlah rumah lagi satu tu akak kedua saya duduk. Saya cakap boleh tapi bila saya dah kahwin keluarlah, sebab saya pun nak berkeluarga juga. Kami semua setuju.

Gaji bulanan saya bukannya besar pun, dalam RM1.5k camtu. Sebelum kerja tetap, saya bekerja sambilan, gaji dalam RM900, dapat elaun makan lagi, jadi, semua gaji saya serah pada abah dan mak (masa ni abah ada lagi). Bila saya first dpt gaji RM1.5k tu, saya serah pada mak semuanya. Lepas tu, saya buat akaun untuk mak, masukkan RM600 setiap bulan untuk mak. Pergi keje jam 9.30pg, balik dalam 10 malam. Tapi masa ni jauh beza dari sekarang, xde lagi gst masa ni. Dengan berapa ratus tu pun saya dah puas, boleh hidup. Masa tu pakai motor lagi.

Nak dijadikan cerita, saya susah dapat cuti hari raya, saya selalu tepon mak, dan mak pun tanya bila nak cuti, bila nak cuti? Saya selalu sebak. Beberapa tahun sebelum saya kahwin, saya berjaya dapat cuti tiga hari. Saya beritahu mak, happy mak masa tu. Punyalah syok nak balik kampung saya call rumah, takde orang jawab, saya risau, call akak sulung. Saya tahu dia tak dapat beraya tahun tu kat kampung kami sebab dia nak beraya rumah mertua. Dia terkejut, sebab kata mak, dorang beraya kat rumah mertua akak kedua tahun tu. Kat taiping, tersentak hati. Bayangkanlah? Aku kerja kat jb, nak ke taiping. Naik motor? Menangis saya kat situ. Akak sulung dah pujuk beraya kat rumah mertua dia tapi mungkin sebab ego, saya tutup telefon. Saya call akak kedua, nak cakap dengan mak, mak pun sayu. Dia kata akak aku yang teringin nak raya kat Taiping. Saya cakap takpelah mak, Selamat Hari Raya. Bukan rezeki saya. Masa tu la titik hitam mula muncul kat hati ni. Hati mula keras, saya selalu rasa marah bila terfikirkan family saya. Sejak dari tu, saya kurang telefon mak. Ya Allah berdosanya saya masa tu. Kalau mak telefon saya tak jawab. Kalau jawab pun, saya cakap saya dah masukkan duit, bye.

Bodohnya saya masa tu.

Tak lama lepas tu, saya pindah kerja lain. Position tinggi sikit. Gaji pun naik. Tiap2 bulan saya mesti akan masukkan RM600 dalam akaun mak.

Tak lama pastu juga, saya bertemu jodoh. Masa tu saya 26 tahun, dia? Awal 30-an. Namanya Ami. Kami kenal melalui kawan. Masa tu mulut saya bacul, saya ingat dia kerja ejen takaful. Memang pun. Tapi sambilan. Bila jumpa, saya cakap “sorilah saya tak suka orang insurans ni.”

Dia balas “saya pun tak suka orang gay.” (Jangan terasa semua. Dia cakap camtu sebab saya x pernah ada gf).

Kitorang kawin selepas dua tahun berkenalan. Dua tahun lepas. Saya jemput family saya, tapi mak dengan family akak sulung je dtg. Lagipun Ami minta biasa2 je. Dia tak suka kenduri besar2 (sebab katanya dia tak suka mekap sangat. Dan taknak parade). Masa nak berkeluarga ni, saya terfikir rumah yang akak kedua saya tinggal tu. Saya telefon dia cakap boleh tak dia cari rumah lain? Sebab saya nak sewakan, nak cari pendapatan untuk bayar rumah yang saya baru beli untuk saya dan Ami.

Dorang tak balas. Tapi dia repot kat mak. Mak pula minta saya lepaskan jelah rumah tu pada dorang. Boleh ke? Saya cakap bolehlah. Bayar sewalah maknanya. Dorang cakap taknak. Kenapa tetiba kena bayar pula? Hampir bergaduh kami tapi isteri saya yang selesaikan. How? Dia memang negotiator dalam segala hal dalam syarikat dia, jadi dia pandai memujuk. Dorang hanya perlu bayar RM300 je untuk sewa. Walaupun rumah tu bapak giler besar. Ami kata takpe, sebab rumah dia pun dia sewakan, so dia boleh topupkan. Saya sabar je.

Bila hari kami nak pindah ke rumah baru, kami ke rumah lama Ami untuk kemas barang. Selama ni saya ingat dia ada kereta kancil je. Rupanya dia ada lagi dua kereta. Ami kata kancil tu abah dia beri masa graduate. Preve pula dia beli guna gaji dia. Ada satu lagi kereta dia, kereta mewah. Dia kata tu dia dapat lepas dapat cabutan bertuah dari petronas. Saya pakai moto je weiiiii. Dia jarang pakai sebab lebih selesa pakai kancil. Preve pun dia pakai untuk balik kampung. Kancil tu manual kot. Preve tu senang sikit nak handle.

First month kitorang kahwin dia dah ajak beraya rumah mak saya. Saya setuju je, call mak, mak sayu je jawab. Datanglah. Mak rindu. Sebak hati masa tu. Masa raya tu, semua balik kampung tapi dorang tak selesa pada Ami.

Pada dorang, Ami berlagak kaya. Akak long je yang bertegur dengan Ami. Saya ingat lagi, kami lari kejar ayam keliling rumah. Dan hampir kena sondol dengan piggie hutan. Tapi akak kedua, ketiga dan adik saya langsung tak tegur. Risau juga hati saya takut mak dengan Ami kecik hati nanti. Berlarutan sampai 3 kali beraya di kampung.

Alhamdulillah, hubungan mak dan saya bertambah pulih. Terima kasih pada kaklong family dan Ami sendiri. Tahun lepas, kami mampu buat umrah. Saya bawa mak pi umrah. InsyaAllah lagi berapa tahun, kami mampu buat haji. Sebelum kami rancang buat umrah ni, sebenarnya akak saya semua nak ikut. Tapi minta Ami sponsor. Lupa nak cakap, walaupun gaji saya tak pernah lebih RM3k, pendapatan bulanan Ami pula 5 kali lebih besar dari tu. Tapi Ami tolak, Ami kata dia tengah simpan duit untuk masa depan anak2 kami. Masa ni saya dah ada putera sulung dah.

Masa umrah tu, Ami kata dia nak bincangkan sesuatu bila sampai rumah nanti. Hati dah risau dah ni. Bila sampai rumah, kemas2, dia kata lepas ni, awak masukkan RM300 ke kat akaun mak.

Menyirap darah saya. Isteri pula buat hal. Saya hampir tengking dia. Kenapa pula?! Selama ni saya masukkan RM600 untuk mak, ok je.

Dia mula cerita. Ami tanya mak saya selalunya saya bagi mak berapa? Yelah, bila Ami dah kahwin dengan saya, mak saya pun tanggungjawab dia juga. Mak kata saya bagi RM200 sebulan. Terkejut saya! Macam2 saya beri alasan dan bukti, Ami kata dia tahu. Jadi mana lagi RM400? Rupa2 kad tu bukan mak yang pegang. Akak kedua dengan ketiga yang pegang. Apa perasaan korang masa tu agaknya? Aku rasa nak baling sesuatu!!! Tangan saya dah capai phone tapi isteri kata tekpelah, kita halalkan. Lepas ni masukkan RM300. Yang lepas biar lepas. Lepas ni, tiap2 bulan kita jumpa mak. Kita bagi sendiri duit tu kat tangan dia. Saya menyerah.

Tak lama lepas tu, akak saya call, kenapa duit kat akaun tak cukup. Dan selalunya isteri yang jawab. Spontan dia jawab sebab lepas kami dapat duit rumah sewa dari akak, kami akan beri pada mak. Tak payah risau sangatlah kak, tiap2 bulan kami lawat mak.

Tapi sendu hati saya. Selama ni saya kerja keras. 12 jam sehari, baki duit tiap2 bulan, dorang ambik. Sampai hati dorang. Sebab ego saya, saya tanya juga walaupun Ami kata biarkan. Dorang kata duit tu untuk bayar asb mak. Bila dorang berkeras taknak bayar, suami kaklong yang backup saya. Cakap dia pun kena kencing juga. Dia dengan kak long buka akaun untuk mak untuk bayar asb. So, xde logik duit tu dorang guna untuk bayar asb mak.

Sungguh. Kalau saya tak pernah jumpa Ami, sampai bila dorang nak tipu saya. Korang kata saya tamak sebab kebanyakkan harta abah saya yang dapat. Maybe salah saya sebab tak pandai urus harta. Dorang kata sanggup ambik lawyer untuk tuntut harta tu dari saya. Ya Allah. Sebab harta, kami bergaduh. Ni la benda yang abah takutkan selama ni.

Tanah tu kaklong dan abang ipar dah awal2 sewakan pada orang. Sebab risau dorang sendiri buat rumah atas tanah tu. Tapi kaklong kata tak perlu risau sebab dorang bukan ada duit pun untuk bayar peguam. Tapi hati siapa yang tak sedih? Abah saya minta saya laksanakan tanggungjawab pada keluarga saya tapi besar kemungkinan kami akan berpecah sebab harta juga….

– Afiq

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit