Keluarga Aku

Assalamualaikum semua. 3 tahun lepas aku habis diploma dan terus kerja. Aku ingat nak sambung degree tapi sebab aku rasa taknak jadi beban lagi dekat ibu jadi aku stop di tahap diploma dan kerja. Ibu aku ni, ibu tunggal. Aku ada tiga orang adik. lelaki umur 8tahun dan dua orang adik perempuan umur 6 dan 4 tahun.

Ibu aku kerja kedai makan, keluar tu kadang-kadang 4.30 pagi 5.30 pagi atau 6.30 pagi. Balik pula dalam pukul 5. Jadi aku pun kerja, setiap bulan bagi ibu duit dan untuk adik-adik. Lepas setahun kerja ni, aku rasa macam tak membantu keluarga aku langsung. Memang setiap bulan aku bagi duit. Aku tengok ibu balik kerja nak ambik adik dekat rumah pengasuh. Lepastu petang sikit ambil dekat sekolah. Aku kerja keluar dalam pukul 8.30 balik pukul 9 atau 10.

Jadi aku cuma bantu bahagian kewangan keluarga. Hal lain macam tak ada perubahan. Jadi lepas setahun kerja. Aku berhenti. Sebelum tu aku cari kerja dan jumpa satu kerja. Kerja ni aku boleh buat dan siapkan dekat rumah. Jadi lepas pergi interview dan percubaan sebulan. Aku pun dapat kerja dekat situ. Gaji memang memuaskan, dan masuk office cuma sekali hujung minggu.

Aku pun bincang dengan ibu. Aku cakap, nak jaga adik-adik. Sebab ibu masih belum nak berhenti lagipun boss kedai makan ibu tu banyak tolong keluarga kami. Ibu pun setuju. Aku pun mula lah kerja dari rumah. Jaga adik-adik aku. Pagi tu lepas subuh aku dah bangun siapkan adik aku sorang pergi taska dan sorang lagi sekolah agama, dan lagi sorang tu aku dah tak hantar dekat rumah pengasuh.

Sebulan dua aku berhenti kerja, makcik-makcik dekat flat ni asyik tanya “eh awak tak kerja ke” aku jawab “kerja, tapi sekarang saya kerja dekat rumah” diorang pun cuma jawab oohhh. Ada juga yang perli “anak lelaki duduk rumah jaga adik tak kerja ke?” Selalu aku abaikan. Kadang-kadang tu aku nampak diorang berkumpul dekat bawah flat aku lalu jalan lain sebab malas nak kena tanya.

Aku pun mula lah jaga adik aku sambil buat kerja. Malam tu biasa pukul 12 atau 1 baru aku tidur. Jadi aku pun setiap hari rutin sama. Bangun siapkan adik aku dan hantar diorang sekolah. Balik pula aku ambik siapkan baju gosok semua. Dekat rumah pula aku jaga adik yang bongsu. Masak, kemas rumah dan buat kerja aku. Kalau cuti tu biasa aku bawa adik-adik aku ni berjalan. Sebelum ni rumah kami tak ada kereta. Aku pun pakai motor je.

Tapi lepas dah duduk rumah aku ambik lesen kereta dan beli kereta. Jadi senang sikit nak keluar dengan keluarga aku. Cuti biasa sebulan sekali aku bawa adik-adik dengan ibu pergi berjalan. Bila bawa adik aku dekat tempat awam ni. Aku selalu pesan jangan jerit-jerit dan nakal sangat sampai ganggu orang lain. Apa lagi kalau dekat kedai makan tu.

Hal adik aku dekat sekolah, aku yang pergi uruskan. Jadi ibu aku boleh fokus kerja. Balik tak payah masak, sebab aku masak. Malam pula aku ajar adik aku. 2019 ni dah masuk 2 tahun aku bekerja dekat rumah. Benda yang paling aku belajar ialah sabar dan kena kawal marah dan suara. Mula-mula tu aku asyik senang marah dan asyik nak cakap pakai suara tinggi. Tapi makin lama tu aku cuba kurangkan. Nak marah je aku terus duduk.

Walaupun aku rasa macam penat dan lain-lain emosi. Tapi aku rasa elok je. Tak ada lah rasa nak give up. Yang aku jaga tu pun adik-adik aku bukan orang lain. Sepanjang 2 tahun tu aku sibuk dengan hal rumah aku. Jadi aku memang jarang keluar rumah apa lagi dengan kawan. Setahun lepas girlfriend aku pun lari sebab aku busy sangat walaupun aku setakat duduk rumah je. Sebenarnya dekat rumah ni lagi sibuk. Kadang-kadang tu dah siap masak kemas dapur kemas ruang tamu dan jemur baju. Baru rasa complete. Kalau nampak ada sampah dan tak teratur terus ber emosi.

Sebenarnya aku layan je dia 24 jam. Cuti aku keluar dengan dia. Tapi itulah aku bawa adik-adik aku. Jadi dari situ agaknya dia tak suka haha. Jadi akhirnya dia pun give up. Jadi aku pun teruskan jaga adik aku sampai hari ni. Mungkin kalau adik aku dah betul-betul boleh jaga diri baru aku berhenti. Selagi diorang kecik ni aku kalau boleh nak jaga dan nak pantau. Kalau dulu aku kecik banyak benda aku tak boleh dapat, buat dan pergi. Jadi sekarang ni aku dah boleh buat semua benda tu dan sekali dengan adik-adik aku.

Sebenarnya aku kagum dengan ibu-ibu dekat luar sana. Aku sebenarnya baru tahu dia punya penat macam mana. Kalau yang ada anak kecik lagi macam setahun dua tu aku rasa lagi letih. Yang paling penat sekali bahagian mental sebenarnya. Hari-hari nak bermain emosi. Haha. Aku harap ibu-ibu dekat luar sana tabah dan kuat lah.

Tak kira lah ibu tunggal, suri rumah atau ibu yang berkerja ke masing-masing ada tugas dia. Bahagian anak bahagian rumah dan lain-lain. Aku yang baru 2 tahun duduk rumah pun walaupun umur baru 25 rasa macam dah lebih 35, haha.

– Yusri

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *