Keluarga Aku Dan S

Hai semua. Hari ni aku cuti MC, jadi ada lah masa aku untuk menulis benda yang dah lama terperam dalam otak.

Aku Minah, umur hujung hujung zaman 20-an dan aku anak bongsu dari dua beradik. Bercinta dengan S sudah hampir 10 tahun. Orang sebaya aku ramai yang dah beranak 2-3 kali, tapi aku ni kahwin pun belum.

Kenapa tak nak kahwin? Bercinta lama lama dah selesa serasi semua perkara kenapa tak kahwin lagi?

S selalu push push aku untuk berkahwin. S sederhana stabil, ada perniagaan sendiri, rumah dan kereta serba lengkap. S sayang aku sangat, S jaga aku dari zaman belajar hingga aku capai apa yang aku ada sekarang.

Tapi punca aku terlebih fikir bab berkahwin adalah keluarga. Mampu ke S terima keluarga aku? Latar belakang keluarga S sempurna, ayahnya Imam masjid. Arwah ibunya bekas guru / ustazah sekolah agama. Komunikasi antara keluarga baik.

S mempunyai 10 orang adik beradik dan Alhamdullilah mereka semua layan aku seperti adik sendiri. Syukur.. Kemana mana diajak, diam aku dicari, sihat demam aku ditanya.

Berbanding keluarga aku. Aku cuma ada seorang abang. Ibu aku suri rumah – sakit, perlukan aku untuk jaga ibu, bawa ke hospital tiap kali tarikh check up. Kemana mana ibu dengan aku. Aku tak boleh berenggang dengan ibu.

Ibu baik dengan S. S pula anak yatim kematian emak, jadi aku sendiri boleh nampak layanan S kat ibu aku sangat baik. Aku selalu bawa ibu keluar dengan S. Ayah aku pula masih bekerja. Tapi ayah ada habit judi online. Ayah juga dibawah pengawasan AADk.

Tapi aku tengok masih belum berubah. Masih ambil dadah. Masih berjudi. Transaksi TNG Ayah untuk judi sahaja separuh dari sebulan gaji ayah. Mampu ke S terima keluarga aku?

Abang aku jauh di utara sana. Bekerja. Walaupun abang, tapi dari dulu dia langsung tak membantu. Hulur duit untuk ibu pun tiada.

Hubungan ayah dan abang tak baik. Apa abang buat semua tak kena, itu sebab abang lari bawa diri bekerja jauh jauh hampir 10 tahun. Dalam 10 tahun, 5-6 kali sahaja abang balik rumah untuk jenguk ibu.

Ayah boleh dikatakan toksik. Semua benda tak kena. Ayah tipikal ayah mertua yang bakal bawa sedih kat menantu baik hati seperti S.

Aku kenal ayah aku sendiri. Ada je tak kena dimata dia. Kata kata makian kat ibu jadi rutin harian. Ayah tak solat. Aku tak pernah nampak ayah solat sejak kecil. Ibu solat pun ayah ganggu ganggu.

Ayah boros, duit berpuluh ribu boleh habis sebulan untuk berjudi. Bila duit berjudi dah habis, aku lah mangsa yang ayah minta.

Aku bukan kedekut, tapi kemana duit tu dibawa yang aku kesah. Kalau ayah guna untuk kepentingan, untuk diri sendiri tak apa, tapi untuk berjudi aku memang kesah.

Ayah memang tak boleh ditegur, hati dah keras dan hitam. Aku sampaikan doa Allah berilah apa apa ujian untuk ayah diumur sebegitu biar Ayah sedar ini semua kehidupan dunia.

Keharmonian keluarga aku dengan S jauh berbeza. Aku kesian kat S nak kena hadap family tak betul macam aku ni. Aku malu nak bawa S masuk dalam keluarga aku yang begini. Makin lama hubungan, makin banyak dosa kami buat.

Tolonglah komen untuk aku yang nak kahwin ni, aku nak sangat kahwin dengan S. Aku impikan bahagia dengan S. Tapi mampu ke S terima aku dan keluarga?

– Minah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. awak yakin ke kalau dengan lelaki lain,dia boleh terima family awak? yakin lelaki lain baik macam s? mestilah tak kan, bincang la baik2 then kahwin la, bawak mak awak duduk dengan awak

  2. Untuk tempoh 10 tahun berkawan, mesti korang dah kenal hati budi kan..soal perkahwinan dan penerimaan buruk baik pasangan bincanglah secara heart to heart..solat minta petunjuk pd Allah..lepas tu bincanglah dengan family kedua belah pihak secara baik..akan ada pros and cons dlm perhubungan, apa-apapun semoga Allah permudahkan urusan awak dan bakal suami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *