Keluarga Al-Quran

Hi semua. Jika confession aku ni disiarkan. Terima kasih admin. Sebenarnya aku tak tahu nak letak tajuk apa. Huhu. Tapi lama dah aku pendam, aku cuba cari solusi, kadang rasa sedih. Maaf kawan, aku tak reti bercerita sangat. Begini…

Musim kuarantin ni, aku suka tengok ada keluarga mula start mengaji bersama sama, siap ada buat siri khatam lagi. Adik beradik kemain lagi pakat cop juzuk, bersiri siri khatam diorang buat.

Aku.. Jeles. Aku teringin nak juga family aku macamtu. Lalu, satu hari aku mulakan dulu ajak family aku buat siri khatam ni. Aku saja yang nampak beriya.

Sejujurnya, aku ni tak rajin solat, tak rajin baca al-quran. Masa kuarantin ni, best pulak tengok aktiviti diorang buat. Walaupun asalnya aku rasa diorang ni nak show off tapi makin lama aku pun tertarik.

Dalam family aku, bapak aku paling rajin mengaji, beradik lain kurang, sentuh mungkin tak pernah sebab busy kerja. Musim kuarantin ni saja diorang stay di rumah. Hari hari buang masa saja, chat dengan makwe, main game, tidor dan makan.

Mak aku pulak, aku bukan nak aibkan mak aku. Mak aku ni asal family dari bukan Islam. Jadi, jarang mengaji. Sejujurnya sehingga kini, mak aku tak pandai baca al-quran.

Orang lain mungkin tengok family aku macam perfect tapi semuanya tersembunyi. Beberapa kali aku tengok ayah aku ajar mak aku mengaji, kadang kala suara naik sebab ayah aku tak tahan dengan mak aku slow nak faham.

Aku kesian kat mak aku. Aku nak ajar pun tak reti. Aku pun tak pernah khatam dengan berguru. Baca sendiri saja, bukan nak kata ayah aku ni leka.

Aku faham ayah aku busy dengan kerja, tapi itulah ayah aku tak pernah ajar kami baca alquran walaupun beliau sendiri bacaan sangat lancar, tartilnya tarannumnya. Cantik.

Aku pernah minta ayah aku ajar, tapi alasannya aki dah boleh baca, dah besar, baca sendiri. Aku akur. Seperti keluarga lain, selalu adakan ibadah sunnah. Kami.. Hanya bapak saja. Aku pun malu dengan diri sendiri. Dah besar tapi tak rasa nak buat.

Aku bukan dari keluarga alim terus terus lahir jadi soleh solehah macam keluarga lain. Family aku takdalah teruk sangat cuma, kurang rasa keluarga tu. Semua buat hal sendiri. Kerap bergaduh hal kecil.

Oleh itu, aku bertekad. Musim kuarantin ni, aku nak ajak family aku dekat dengan alquran. Aku mula ajak diorang buat siri khatam alquran dengan juzuk pilihan diorang.

Aku share dalam group family. Moga moga family aku akan join. Dengan harapan bapak aku yang rajin baca alquran akan join. Aku harap adik beradik aku join sama. Bila orang kuat join mesti yang lain akan join. Tapi. Sepi.

Aku meluru kearah bapak, ajak bapak join. Bapak cakap ‘bapak tiap hari baca aih.’ aku diam. Aku pergi kearah mak. Mak menggeleng. Aku terang kat mak aku, mak boleh baca maksud, tak perlu baca arab. Mak aku geleng tak berminat. Hampa.

Adik beradik aku seen saja. Aku pun duduk terdiam di dalam bilik. Hampa. Sebenarnya ada harapan aku nakkan bila buat aktiviti baca alquran macam ni. Aku nak keluarga aku start baca alquran bagi terbiasa.

Aku harap mak aku perlahan lahan boleh baca alquran. Aku harap adik beradik aku dijauhkan hal dunia, kembali ke Tuhan. Aku harap, aku tak pura pura menjadi baik lagi.

Orang tengok aku macam baik padahal aku dan Allah saja tahu aku macam mana. Oleh itu, aku harapkan selangkah kecil ni. Aku yakin kami akan menjaga ibadah kami.

Maaf kawan kawan mungkin tiada content sangat.. aku cuma aku nak luah saja. Aku cuma hampa. Buntu. Aku nak keluarga aku macam orang lain, suka mengaji, solat berjemaah bersama-sama.

Dalam family aku bapak aku saja yang gigih berjemaah. Itu aku mengharapkan bapak boleh bantu. Tapi hampa. Tapi korang jangan marah bapak aku. Bapak aku pernah cuba tarbiah kami, tapi cara tak sampai kami beradik blur. Bapak aku ni kalau tegur suara tinggi macam nak marah orang.

Jadi musim kuarantin ni, aku harap kami sekeluarga kembali erat kerna Allah dan alQuran. Sungguh, saat aku menaip ni. Aku sedih. Aku taknak keluarga aku terhumban ke neraka. Aku nak masuk syurga dengan diorang.

Aku takut… dunia dah makin tenat dan makin sampai ke hari kemuncak. Aku nak kami sekeluarga berada dalam golongan orang kanan kurang terhanyut dengan hal dunia.

Itu saja aku nak luah. Aku tak minta pendapat. Aku sekadar nak meluah. Aku cemburu tengok family korang yang mawaddah. Aku pun nak.

Aku nak minta maaf kalau ada salah silap kat mana mana dalam confession ni. Doakan kami kawan kawan. Aku yakin satu hari nanti kami sekeluarga boleh. Dan aku doakan korang pun.

– Cik Cikebum (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *