Keluarga Bahagia

Hi semua! Nama aku J (nama samaran). Aku ingin membuka sebahagian kisah hidup aku yang agak menyedihkan dan memeritkan….

Aku selalu bermain media sosial untuk menghilangkan stress dalam hidup. Selalu terlihat content creator yang menunjukkan kehidupan keluarga mereka yang bahagia bersama ibu bapa dan keluarga.

Bapa mereka tolong masak, mengemas rumah dan memberi mereka wang saku. Ibu pula tolong memasak makan kegemaran, menenangkan mereka ketika sedih, bawa shopping, etc …. Waahh, seronoknya <3

Tapi aku?? Hanya mampu menangis dan tersentuh hati bila lihat keluarga bahagia mereka kerana hidup aku tak seperti itu. Keluarga aku besar mungkin sebab parents aku tak pandai merancang…

Aku selalu melihat diriku sebagai pembawa malang. Bak kata makcik aku “orang kata kalau lelaki 3 perempuan 2 keluarga akan bahagia… tapi tak apalah dah dapat 3 perempuan”

DANGGG! Terasa akulah penyebab kenapa keluarga aku susah. Its okay (maybe orang yang cakap itu pun tak ingat)

Keluarga aku susah…. tak macam orang lain yang boleh makan ikan (merah, bawal, siakap) setiap kali terasa bosan dengan ayam. Kadang2 aku rasa malu dengan diri ini…

Yelaahh, dahlah susah kalau keluar makan aku harapkan orang belanja ( atau tak pergi lansung kedai makan) ibu bapa aku… entahlah rasa nak menangis je. Ibu bapa aku tak bekerja tetapi beradik aku ada hulur setiap bulan…

Kalau diikutkan memang hampir 1500 setiap bulan kalau mereka nak lagi beradik aku memang bagi (mak aku suka memaksa).

Tapi mereka suka membazir.. membeli rokok (btw mak ayah aku perokok tegar walaupun mereka tahu benda itu Haram), belanja sana sini macam kami kaya sangat, kalau aku nasihat nanti mereka marah2 aku…

Aku penaat.. aku pelajar jadi perlu minta duit untuk beli barang sekolah yang harganya kadang2 sangat mahal bagi aku yang tak mampu ini, kalau aku minta RM10 pun (mungkin bagi pembaca tiada nilai sangat) selalu kena marah…

Aku teringat yang pembaziran mereka buat tapi bila aku bercakap mereka aku memaki aku (anak haram, bintang, babi-yang ni selalu dipanggil, sundal, betina) maaf Bahasa agak kasar……

Mereka memang suka mencarut dan memukul aku, sampai muak aku biru2 dan bibir aku pecah berdarah. Tempat lepaskan marah + geram mungkin…

Aku dah lali tapi sedih sangat kenapa ibu bapa aku tak macam ibu bapa orang lain?? Kenapa tuhan itu kejam kepada setengah orang walaupun orang itu selalu baik dengan sekelilingnya?? Kenapa tuhan tak sayang aku? Kenapaa?!!

Sorryyyy… tetiba je. Sebelum waktu aku lahir bapa aku curang dengan ibu aku, keluar dengan perempuan, bermesej merepek….

Ibu aku sedih dan dia lahirkan aku dengan bawa kereta seorang diri lalu check hosp selepas itu bapa datang meminta maaf, merayu2 dan berjanji tak akan berlaku lagi.

Mungkin sebab ini ibu bapa aku bencikan aku?? Dari lahir dah bawa malang. It’s okay atleast aku tahu dan sedar diri.

Dari kecil aku minta kasih daripada orang sekeliling kerana ibu bapa aku yang sepatutnya menjadi pelindung dan comfort zone aku tak hiraukan aku…. Selalu juga saudara mara aku mengutuk dan menghina mereka dibelakang tetapi aku tak mahu menjadi batu api…

Kalau aku cerita pun aku kena maki lagi.. Hmm. Masa kecil aku sangat2 berdikari seawal umur 7 tahun aku dah pandai memasak telur goreng untuk santapan perut.

Bayangkan, budak lain seumur begitu ralit bermain permainan kesukaan, aku? Hidup aku sangat sukar sampai suicides thoughts always in my mind.

Kemiskinan ditambah keluarga tak bahagia… memang aku manusia paling malang sekali jika diukur nilai kasih sayang yang diberi daripada kecil.

Permainan waktu kecil aku tak mampu beli jadi aku bermain di luar rumah (bermain pasir, ranting2 pokok) kawan sepermainan Ibu bapa belikan barbie, kemah, robot…

Tapi aku hanya mampu memandang. Ada juga aku bermain bersama kadang2 tapi ibu bapa mereka tak suka… hmm, budak selekeh nak guna barang mahal memang tak layak.

Penderitaan aku daripada kecil sehingga dewasa memang berpanjangan. Aku pelik kenapa aku setuju untuk ditiupkan roh ke dalam jasad apabila ditanya? Akankah aku bahagia nanti atau akhirnya aku tewas di tangan sendiri menjadi punca aku setuju?

Ibu bapa aku tak bagitahu yang mereka memilih kasih tapi aku bukan budak2 nak bezakan mana satu kasih sayang dan kebencian. Aku selalu disuruh itu ini (tak mengungkit yee) walhal yang lain bangun pagi terus bermain telefon. Aku??

Aku benci pagi, waktu pagi aku akan dilayan seperti hamba yang tak ada perasaan. Kadang2 aku dipanggil betina untuk kejutkan aku.

Disimbah air sejuk dah biasa… trauma memang 24 jam di fikiran, flinch bila ada hayunkan tangan atau gerak spontan memang biasa.

Rasa malu juga, yelah rasa macam rahsia aku bocor… aku tak boleh lari daripada sini, aku rasa macam bernafas tapi tak bernyawa setiap hari.

Dah penat nak minta kasihan orang sekeliling yang hanya tahu nasihat sabar tapi tak tindakan untuk bantu aku. PENAAATT! Hari2 mental aku, hati aku rasa.

Aku minta sangat DOA pembaca… aku tahu pembaca ini manusia baik2 tak macam keluarga aku. Doakan aku sentiasa sabar dan berjaya dunia akhirat.

P/s: Pembaca jangan buat anak anda macam aku. Harap kisah aku pembaca jadikan pengajaran <3

Semoga pembaca selalu dirahmati dan mendapat keluarga bahagia yang aku idamkan… Tak mengapa bukan aku, asal ada yang hidupkan mimpi bahagia aku.

Sekian,

– J (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *