Keluarga Bakal Mertua

Hai semua assalamualaikum aku Nina. Hari ini aku nak cerita pengalaman aku lepas dua hari bertunang.

Aku perempuan bujang yang berkerjaya dan menetap bersendirian di Kuala Lumpur. Jadi aku kenal dengan tunang aku sekarang ni masa dekat program. Dia duda anak dua cerai hidup. Dulu dia kahwin 10 tahun.

Terbaca whatsapp lama masa dia dan ex wife. Cerai sebab tunang aku ni terlalu busy kerja thennnn ex wife dia pun dah lama ada lelaki lain.

So masa mula-mula kami kenal macam biasa lah semuanya indah sampailah dia bawa aku jumpa family dia. Family dia pergi bercuti and mereka invite aku untuk join mereka.

Apa yang buat aku betul-betul suka dekat tunang aku yang sekarang ini sebab dia sangat ikhlas terima aku walaupun masa tu aku baru lepas kena buang kerja,

Aku memang tak ada duit nak makan dia ada dengan aku bagi kata-kata semangat, tolong aku cari kerja sama-sama, semua dia ada daripada aku zero sampai lah sekarang dan aku takkan lupakan jasa dia sampai bila-bila.

Dari segi perangai dia memang seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab, caring. Seumur hidup, Inilah first time aku dapat pasangan yang betul-betul boleh jadi best friend aku dan ada dengan aku masa susah senang dan terima aku seadanya. Umur aku 27 dah.

Okay cerita start daripada first time aku jumpa family dia. Masa itu boyfriend aku tak ada sebab tengah layan anak dia main basikal kat luar rumah.

Masatu boyfriend lagi lah belum tunang. So aku ditinggalkan berseorangan dengan semua family dia. Masa tu pun first time aku jumpa anak-anak dia.

Aku ingat semua okey saja sampai lah bapa dia buka mulut. Aku buat air lepas tu macam tawar sikit kan dan bapa dia macam komen tawar pastu dia bahan-bahan aku dekat meja makan masa ramai-ramai tu.

Lepas tu bapa dia tanya lagi, “Betul ke kau boleh terima anak aku ni, dia ada anak tau kau kena tahu tu.” Aku jawab je lah okey sebab kalau aku main-main takkan aku datang situ kan jumpa family dia.

Then bapa dia cakap, “Okey kalau betul kau terima anak aku, parents kau pun tadi kau cakap okey dah terima dia, tak apa. Jangan nanti aku datang meminang bapa kau maki aku ke kan halau ke. Kalau jadi macam tu, siap kau aku santau kau” lepastu dia tergelak sikit.

Aku tergamam la kasarnya dah la first time jumpa. Mak dengan kakak dia berserta ipar lain semua diam saja. Masatu baru la boyfriend aku datang duduk sebelah.

Dia tak back up ak pun. Then mereka ada bagitahu yang mak cik mak cik belah bapa boyfriend aku ni mulut semua laser dan dahsyat. Jadi jangan terasa kadang-kadang memang suka gurau depan-depan tapi tak ada simpan apa-apa dalam hati.

Mak cik mak cik yang mereka mention masa tu tak ada dekat situ. Tapi makcik makcik mereka semua duduk sebaris dengan rumah bapa boyfriend aku.

Lepas tu aku terdengar lah mereka ada komen air aku buat tak sedap. Dan masa nak ambil gambar sebelum balik ramai-ramai, aku sorang tak ada tempat duduk.

Boyfriend aku masa tu pun cuma sibuk dengan anak-anak dia. Dia tak ajak aku duduk dengan dia pun, not even ajak aku msuk dalam gambar ramai-ramai.

Masatu aku tercegat kat situ sorang-sorang. Tapi kakak boyfriend aku sangat baik dan sepanjang aku dekat sana kakak dia sentiasa duduk sebelah aku and tolong counter jawapan kalau ada family dia ataupun ayah dia cakap lepas.

Nak bergambar tu pun kakak dia yang ajak aku sebab nampak aku tercegat seorang-seorang.

Masa tu kan tuhan je tahu betapa aku rasa sorang-sorang dekat family dia and aku rasa sangat terabai lagi-lagi bila ada anak-anak dia.

Aku tak benci budak-budak tu, aku cuba terima budak-budak tu tapi masa kejadian itu, boyfriend aku sikit pun tak layan aku sebab 24 jam layan anak dia.

Dia tinggalkan aku dengan family dia sorang-sorang the whole time. Dahlah aku pun jumpa family dia for the first time so aku rasa sangat awkward. Dengan mulut bapak dia lagi.

Masa ambil gambar tu aku tak ada tempat duduk so aku duduk kat bawah lah sebab semua orang duduk tangga.

Then kakak dia cakap, “Kesian Nina duduk bawah tu sorang, Bagilah sikit space kat dia duduk.” Pastu bapak dia cakap, “Ala sekarang ni Nina tu tempat dia dekat hujung-hujung je”

Aku tak tahulah aku ni kuat terasa ke apa ataupun kuat sentap ke tapi masa nak kemas-kemas barang (sebab aku bermalam dengan diorang since diorang kan tengah bercuti kan satu malam),

Aku nangis dalam bilik seorang-seorang aku rasa macam entah lah kan dah jumpa yang baik tapi family dia pula macam ini.

Beberapa bulan berlalu dan aku dapat berita yang ex wife dia cemburu dengan aku. Hasut budak-budak supaya jauhkan diri daripada aku dan jangan suka aku.

Budak-budak biasalah mestilah dengar cakap mak kan. Aku pun jumpa budak-budak tu sekali saja masa aku first time pergi rumah boyfriend aku tu.

Aku mula perasan yang bapa boyfriend aku ni rajin komen gambar aku kat social media kadang-kadang macam bagi pick-up line. Aku cuba bersangka baik tapi last-last aku bagitahu saja dekat boyfriend aku ni.

Tapi macam biasalah, bila aku cerita semua, apa perasaan aku masa aku first time jumpa family dia dan aku cakaplah aku tak selesa bapa dia cakap macam tu sambil nangis dan kami bergaduh. Sebab boyfriend aku cakap aku kena pandai bawa diri.

Bila aku cakap pasal pick-up line yang bapa dia selalu bagi tu, dia cakap bapa dia memang suka menyakat sebab excited nak dapat menantu.

Aku dah penat nak explain yang aku tak selesa so last-last tu boyfriend aku cakap tak payah reply terus kalau tak suka komen pick up line bapa dia.

Masa aku bertunang, sebelum balik bapa tunang aku ada cerita dengan bapa aku yang dia kena santau dengan orang Indonesia. Kebetulan kampung ayah aku dekat Indonesia.

Jadi sebelum bapa tunang aku terlepas cakap masa tunang tu, tunang aku terus bangun ajak bapa dia balik. Sebab dia tahu lepas tu bapa dia akan cakap apa. Nasib baik tunang aku alert.

Esoknya lepas tunang aku ikut family dia balik KL. Sebab aku pun satu jalan nk balik KL. Singgah kedai makan jap. Masatu keadaan tak okey sebab masa tu muka aku pula yang ada parut sebab allergic ubat.

Bila aku jumpa family dia lepas tu, sebab kami nak balik ke Kuala Lumpur sama-sama. Bapa dia cakap aku cacat. Sambil gelakkan aku kat meja makan restaurant. Suara dahlah kuat.

Okey pada tunang aku mungkin lah benda tu biasa tapi bagi aku tak biasa lah sebab macam kasar sangat kan. Dia cakap family dia semua memang jenis suka ngutuk depan2 tapi baik. Then depan2 je belakang takde.

Aku dahlah tengah kesakitan sebab alergi ubat tu. Mak tunang aku cubit je laki dia sambil tak cakap apa-apa dan kakak dia back up aku. Ipar yang lain cuma diam tak cakap apa-apa.

Bapa dia gelak-gelak sambil cakap, “lah cacat muka nya, kalau tahu semalam macam ini tak jadi eh kita datang ha ha ha ha ha.”

Balik tu kakak dan mak dia minta maaf. Lepas tu bapa dia sambung lagi, “jangan nak terasa sangat, lepas kahwin dengan anak aku banyak lagi kau nak kena hadap perangai aku”.

Aku dah start rasa macam tawar hati sebab aku terfikirkan lepas kahwin banyaknya aku nak kena hadap. Dapat pasangan baik dan kami pun jarang bergaduh. Tapi.. Bila cerita kat tunang aku tu, dia cakap kalau orang cuba nak bahan aku, belajar saja untuk menjawab.

Benda simple bagi dia. Bagi aku tak simple ok. Takkan nak keje menjawab je dengan family mertua. Bagi dia everything in life is simple. Everything is easy.

Aku perasan juga setiap kali bapa tunang aku nak cakap apa-apa lagi lagi dengan aku, Satu famili dia mesti akan rasa nak tekup mulut bapa dia suruh diam.

Entahlah aku just terfikir macam mana ni aku nak hadap semua ini macam banyaknya masalah yang akan mendatang masalah ex wife masalah bapa mertua celupar.

Ex wife dia pula suka campak anak ke tunang aku kalau dia nak berjalan. Tapi dia cuma kacau kalau time tu turn tunang aku dapat giliran jaga anak.

Lagi satu mulut bapa dia tu yang aku sebenarnya paling tak tahan. Belum lagi makcik makcik iaitu adik beradik bapa dia yang lain, dahlah rumah sederet saja.

Aku pun tengah terfikir betul ke apa yang aku buat ni. Is he worth it?

– Nina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *