Salam, aku seroja (bukan nama sebenar) umur awal 20an. Aku ada 3 orang adik beradik. Mak dan ayah berpisah 6 tahun lepas. Keluarga aku tak macam keluarga orang lain. Dari kecik kami tak pernah makan semeja, sembahyang berjemaah, tengok tv sama2 pon tak pernah.
Adala sekali dulu, pernah cuba nak makan semeja, tapi end up mak dgn ayah bergaduh kat meja makan. Aku dengan adik beradik yg lain diam terbungkam. Aku anak sulong dan ada dua orang adik lelaki. Apa yg aku nk share kat sini ialah, walaupun keluarga aku tak macam orang lain, mak ayah bercerai, tapi alhamdulillah aku dengan adik2 jadi manusia.
Dari kecik sampai la kitorang besar mak ngan ayah tak pernah berbaik. Hari2 gaduh. Penah diorang gaduh sampai tv pecah, sofa patah, pinggan terpelanting kt luar. Nak tergelak pon ada. Tapi aku dengan adik2 terima dgn hati terbuka. Tak pernah nk salahkan takdir. Tak pernah nak jadikan alasan utk buat benda tak senonoh.
Ingat lagi masa mula2 nak daftar aku masuk asrama. Mak dgn ayah bergaduh kat dalam dorm. Semua akak2 senior dalam dorm tu terkejut. Aku pandang muka sorang2. Malu nya masa tu Allah je tahu. Aku sampai suruh mak dgn ayah balik. Tak payah tolong kemas pape. Aku ckp aku boleh kemas sendiri.
Sejak peristiwa tu, aku tak penah nk tunjuk mak ayah aku kat kawan2 aku. Bukannya malu. Tapi taknak dan tak sanggup bila orang bercakap pasal mak dgn ayah. Apa yg aku lalui mungkin tak sama dengan apa yg orang lain rasa.
Mak ayah bergaduh hari2. Kitorang tak pernah tak cukup makan. Alhamdulillah ayah tak penah lupa tanggungjawab dia nk bg kitorang sekolah dan makan. Tapi ayah tak mampu nak beli kain baju utk kitorang. Aku tak penah salahkan ayah.
Aku penah pakai baju sampai lusuh sebab takde baju lain.
Aku penah kene ejek sebab pakai baju sama sebab takde baju lain.
Ape yg aku buat. aku tekadkan dlm hati, pikir nk belajar. Pakai baju lawa2 nak pegi mana.
Mak? Mak keje kilang. Gaji dia aku tak pernah tanya, katenye bayar rumah bayar kereta.
Pernah aku mintak belikan seluar jeans lady like harga promosi rm33.90. Muka mak masam mencuka. Dengan berat hati aku pegang plastik. Aku nekad dlm hati lepas ni aku takkan mintak dibeli baju atau seluar lagi walaupun sebenrnya mak tak penah pon belikan.
Result SPM aku cemerlang. Aku masuk universiti dan masa ni keluarga aku kucar kacir. Mak bersungguh nk bercerai. Aku cakap. ‘terpulang la mak. mana yg mak rase baik. mak buat’
Ye, mak aku pegi pejabat agama. Akhirnya mak dgn ayah bercerai.
Ayah salahkan aku sebab tak pujuk mak sungguh2. Adik2 pon sama.
Tapi salah ke aku taknak teruskan kemungkaran terus berleluasa dalam rumah. Cukup la ayah dengan dosanya. Jangan ditanggung lagi dengan dosa mak. Mak yg dlm hatinya ada cinta utk lelaki lain. Yg tak penah pon anggap ayah sebagai suaminya. Aku simpan segala rahsia. Aku pendam semuanya.
Keadaan makin serius, lepas mak dengan ayah bercerai. Aku pikir semua masalah dh selesai. Aku pikir biarlah diorang berpisah dari masing2 tanggung dosa. Dan aku pikir biarlah adik2 hidup tenang tanpa bunyi jeritan mak dan ayah yg suka bergaduh.
Tapi tak. Masalah dtg lagi bila mak berkahwin. Jadi isteri no 2 tanpa pengetahuan isteri yg pertama. Mak libatkan aku dengan masalah dia. Mak kata mak nk cari kebahagiaan sendiri. Tapi kenapa dengan cara mcm ni mak?
Orang kampung dok bercerita pasal keluarga aku. Menjaja cerita kononnya mak dah kawin di siam. Aku menidakkan perkara tu sekeras-kerasnya. Tapi sebenarnya betol mak dah kawin di Siam….
Mak lagi pentingkan suaminya dari aku dan anak2.
Ayah pulak tak hbis2 dengan duit. rm1000 dlm masa seminggu boleh habis.
Kalau nk di ikutkan, banyak lagi benda yang boleh aku ceritakan. Tapi maaf aku tak tau nk menceritakan dlm tulisan. Maaf juga seandainta cerita ini berbelit. Tapi percayalah, masalah keluarga memang boleh menjadi punca kepada masalah sosial. Tapi jangan jadikan masalah keluarga sebagai tiket utk buat perkara tak baik. Cukuplah ibu dan ayah kite yg bermasalah. Jangan lah pulak kite tambah dengan masalah yg lain. Jadikan masalah keluarga ni sebagai pengajaran utk kite, supaya nanti bila kita dah berkeluarga, kita takkan ulang benda yang sama mak ayah kita dah buat.
Sekian, doakan semoga aku mendapat pekerjaan dan bertemu dengan jodoh yg boleh terima keadaan keluarga aku.
Salam sayang,
– seroja
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit