Keluarga Bermasalah II

Untuk part I, (https://iiumc.com/masalah-keluarga-4/).

Sebelum sambung cerita, aku nak respons sikit tentang beberapa cadangan atau pertanyaan korang dari Part 1.

Suruh abang aku ni jangan mengadu kat mak pasal komplen isteri dia tu – Berbuih dah kitorang cakap, Kak Long aku yang paling garang tu pun dah slow talk dengan abang aku ni tapi macam tak lut.

Untuk info, abang aku yang bermasalah ni anak nombor 4. Aku yang bongsu, anak ke-5.

Kena mandrem? Aku rasa bukan kot sebab aku tahu abang aku ni memang naif, tak perlu mandrem dengan benda-benda mistik semua tu pun untuk tundukkan dia.

Ok sambung cerita…

Abang aku ni dari dulu-dulu sebelum kahwin lagi memang jenis rajin buat kerja rumah – bab mengemas, menyusun, mendobi, memasak. Dan lepas kahwin semua tu jugak dia yang buat kat rumah diorang kat JB. Ni memang diakui sendiri oleh isteri dia.

Isteri dia pulak, apa yang aku perhatikan (kalau kat kampung la), banyak masa dengan telefon dan media sosial. Bukan jenis yang suka upload every single action dia buat kat medsos, tapi lebih kepada memerhati post dan status orang. Lepas tu dia akan buat penilaian.

Aku tahu sebab mula-mula dulu dia cari aku jugak ajak membawang pasal post orang – beli kereta lah, stroller baby mahal lah, mana dapat duit lah dan sebagainya.

Aku nampak semua respon dia berbau dengki. Lama-lama aku malas dah nak layan dia bab-bab membawang ni. Baik aku layan K-Drama.

Setelah setahun lebih berkahwin, mereka dikurniakan seorang anak lelaki. Kiranya ini anak ke-5 lah untuk perempuan tu. So abang aku sekarang ada 4 anak tiri + 1 anak kandung. Anak tiri sulung perempuan, umur 14 tahun.

Isteri dia ni dengan bekas suami dulu semua anak lahir kat hospital swasta, so dengan abang aku pun dia demand nak bersalin kat hospital swasta.

Abang aku ni kan sengkek, kerja pun main-main je, dia meminjam kat mak ayah dan adik-beradik lain sorang sikit nak tanggung kos bersalin hospital swasta. Abang dan kakak aku yang pinjamkan dia duit ni pun tak ada seorang pun yang pernah bersalin kat hospital swasta.

Lepas tu dia beli stroller baby mahal RM2k katanya, setup bilik baby habis beribu. Hutang tu? Sampai hari ini anak pun dah umur dekat 3 tahun, tak bayar pun kat adik-beradik dan mak ayah.

Untuk info, adik-beradik aku semua orang kampung, kerja biasa-biasa je. Mak ayah aku pulak dah tak kerja dan tak berpencen pun. Hidup pakai duit KWSP simpanan kerja masa muda dulu je.

Lepas dapat anak, abang aku dah tak buat kerja freelance, dia dah kerja tetap dengan syarikat subcon yang buat maintenance komputer untuk sekolah. So dia ada gaji tetap la dalam RM3k sebulan.

Tapi lifestyle family abang aku ni memang ada gaya – selalu bercuti, hujung minggu pergi mall, layan Starbucks dan seumpama dengannya. Phone, tab, gadget semua Apple.

Orang bandar la katakan. Aku percaya ni semua ikut lifestyle isteri dia, sebab abang aku dulu bukan tahu apa pun. Kerja dia dok dalam bilik je layan komputer.

Aku pun pelik jugak macam mana boleh sustain belanja dengan gaji macam tu kat bandar JB pulak tu. Sebelum ni diorang pakai kereta sedan, bila anak dah bertambah jadi 5 orang, diorang upgrade ke MPV Honda Odyssey.

Agak-agak diorang pinjam duit siapa? Abang Lang aku RM15k buat downpayment. Dan semestinya tak berbayar sampai sekarang.

Abang Lang aku cerita bila dia minta suruh bayar, dia jawab “tak ada duit lagi.” Abang Lang kerja kampung je, kesian duit simpan entah ada yang itu je.

Kak Long aku pulak yang marah kat Abang Lang sebab sanggup bagi pinjam banyak macam tu, tapi Abang Lang cakap diorang janji nak bayar lepas dapat bonus hujung tahun. Sekali bonus tak cantik, tak dapat bayar.

Yang peliknya, laki bini bermasalah ni selamba je balik kampung buat macam tak ada apa. Ada masa tu siap upgrade motor beli skuter besar. Yang hutang tu? Tak bayar jugak. Muka tak tahu malu kan?

Okey, nak sambung cerita pasal gaduh diorang pulak. Life goes on, dan perkara sama berulang – gaduh laki bini, baik balik, dan macam tu lah sampai kitorang pun letih tengok.

Bila gaduh tu memang teruk la sampai ugut nak bercerai-berai, tapi bila dah baik semut-semut sampai orang tengok pun nak muntah.

Aku pelik kenapa bila diorang gaduh, semua ahli keluarga jadi tahu. Aku ada jugak abang dan kakak lain yang dah kahwin, beranak-pinak jugak, tapi tak pernah pulak dengar gaduh. Aku pun tak tahu yang mana satu normal sebab aku tak kahwin lagi.

Diorang ni pulak kalau gaduh jenis rosakkan barang – hempas handphone, hempas laptop, pecah TV – tapi kat rumah diorang la. Lantak diorang la kan.

Tapi yang menyemaknya, masa gaduh tu nanti perempuan ni akan mengamuk kat mak aku pulak – katanya abang aku rosakkan laptop dia la, handphone anak la, emosi anak la.

Pening mak ayah aku melayan karenah diorang. Ceritanya, setiap kali gaduh semua tu adalah salah abang aku.

Ni nak senaraikan lagi punca pergaduhan diorang yang aku memang ingat sebiji-sebiji:

Isteri dia punya la tak ada kerja, pergi korek email, SMS, WhatsApp lama-lama abang aku sebelum diorang kenal. Masa tu abang aku ni kawan (read: bercinta) dengan perempuan lain sebelum kenal dia.

Kat situ dia tahu abang aku pernah belanja perempuan tu gelang tangan, so apa lagi – dia meroyan la. Contact semua kakak aku yang lain jaja cerita pergaduhan diorang yang tak masuk akal ni.

Kitorang like, “Apehal perempuan ni? Masa tu dia bukan kenal kau pun lagi. So what’s the big deal?”

Abang aku ni juruteknik dan dia team lead untuk team dia, so dia ada colleague perempuan yang kerja bawah dia. Satu hari tu ada seorang budak perempuan dalam team dia tak sihat, tak boleh datang kerja.

Dia WhatsApp abang aku nak inform dan abang aku reply, “OK, noted. Nanti g klinik dptkan MC dan submit ke HR. Take care.” tu saja dan tak lebih dari tu.

Isteri dia baca WhatsApp tu (dia memang sentiasa check phone suami dia) – apa lagi, mengamuk macam orang hilang akal. Siap ugut nak minta cerai.

Abang aku ni punya benak, boleh pulak mengaku salah dan menangis-nangis minta maaf, janji tak buat lagi.

Macam mana aku tahu? Sebab isteri dia yang screenshot WhatsApp tu, lepas tu hantar kat mak aku. Lepas tu dia suruh laki dia call mak aku cerita dan mengaku kat mak aku. Psiko tak?

Abang aku lupa birthday dia (aku rasa ramai kot lelaki kena pasal ni). Tapi takdela kot sampai mcm diorg ni– gaduh macam orang gila, mintak cerai-berai bagai.

End up abang aku menangis merayu minta maaf – dan benda ni mesti melalui panggilan telefon dengan mak aku kat kampung. Psiko, kan?

Yang paling aku tak boleh terima tu, setiap kali gaduh, abang aku yang salah dan akan mengaku salah macam orang bodoh – menangis-nangis minta maaf.

Sambil isteri dia dengan bangganya cakap kalau dia “empowered” dah lama dia lafaz cerai.

Dia tak heran sebab katanya ramai je lelaki beratur nak masuk meminang dia lepas tu. Dan benda ni berlaku dlm group WhatsApp family. Memang memalukan.

Hairan jugak aku – janda beranak-pinak macam ni punya la laku keras mengatasi diriku yang bujang ni.

Okey lah, cukup dulu untuk Part 2. Kalau ada permintaan, aku sambung ke Part 3 dengan cerita yang lagi bikin panas.

Teaser sikit – bab gaduh dengan ipar-ipar, tak bercakap berbulan-bulan, dan lagi kisah pinjam duit untuk benda-benda tak masuk akal.

– Risdiani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. nak part 3 boleh?
    apa laaa bebal sgt abang awak ni.. (sorry yaa)
    kesian kat dia sebenarnya tapi.. dia yang pilih jalan tu kan
    semoga awak dan mak ayah awak terus kuat yaa.
    fighting and keep strong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *