Untuk part I, (https://iiumc.com/masalah-keluarga-4/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/keluarga-bermasalah-ii/).
Untuk part III, (https://iiumc.com/keluarga-bermasalah-iii/).
Sedikit deskripsi tentang perempuan ini supaya anda dapat bayangkan watak luarannya. Penampilan sopan muslimah, pendiam, bukan jenis huhahuha mulut becok atau seumpama dengannya.
Kalau ada masa dia menyertai duduk bersama ramai-ramai pun dia banyak diam sahaja menyorok belakang suaminya. Senyum-senyum ala-ala lemah lembut dan keibuan. Bila bercakap lemah lembut suaranya. Memang sesiapa pun tidak akan sangka disebalik itu watak dia sangatlah lain.
Ok.. Sambung cerita. Suara isterinya kedengaran kuat dari corong telefon. Marah, jerit, tinggi, bertubi-tubi, bingit bunyinya.
Walaupun tidak berapa jelas kedengaran butiran katanya, aku masih boleh rasa betapa kerasnya amarah yang dilepaskan dek kerana abang aku gagal pinjam duit kami untuk sponsor upskill training kerja dia. Tak boleh accept betul rasanya.
Tapi abang aku diam sahaja. Dia biarkan isterinya meluahkan semuanya tanpa menyampuk. Seolah-olah dia sudah tidak ada tenaga untuk membalas. Sampailah satu saat, isterinya terdiam sekejap.
Masa itu, abang aku lafazkan cerai dengan tenang dan jelas. Aku dan mak jadi saksi. Lepas itu, dia terus menamatkan panggilan, tersandar, dan mata terpejam. Telefon berbunyi-bunyi panggilan masuk tidak dijawabnya.
Tapi peliknya, dia tidak menangis seperti mana sebelum-sebelum ini kalau bergaduh. Wajahnya tampak letih, tapi ada satu ketenangan yang susah hendak dijelaskan.
Beberapa ketika kemudian, dia datang kepada mak dan aku. Dia mula bercerita. Katanya, dia sudah tahan lama. Tapi kali ini isterinya sudah melanggar batas bila dia dipanggil “bodoh, bengap, dayus”. Dia rasa cukup. Selama ini, dia cuba sedaya upaya untuk menjaga rumahtangga, hendak puaskan hati isterinya. Tapi tetap tidak dihargai.
Katanya lagi, isterinya cuma okay waktu tengah gembira. Tapi bila ada masalah, terutama bab duit, terus berubah. Emosi tidak stabil, mudah naik angin. Itu belum lagi kira bergaduh sebab-sebab layanan keluarga kami kononnya membezakan status dia itu.
Kami tidak pernah buat apa pun kepadanya. Tidak pernah usik dengan kata-kata apatah lagi secara fizikal. Dia yang sendiri tersakiti. Memang pelik sungguh orang jenis seperti ini. Tidak pernah pula aku jumpa selama hidup dua puluh dua tahun ini.
Kalau betul lah kami ini keluarga bermasalah kenapa dia sahaja yang terkesan? Kenapa empat adik beradik ipar duai lain okay sahaja. Sebelum dia datang dalam keluarga ini pun kami semua tidak pernah ada masalah yang seperti ini pun termasuk dengan abang aku yang satu ini.
Malam itu, abang aku cakap dia tidak rasa sedih pun. Kosong. Tapi lega. Kami adik-beradik semua berkumpul malam itu, hendak beri semangat. Masa itu dia mula luah lebih banyak. Minta maaf kepada kami semua. Dia juga berjanji akan membayar balik secepat mungkin semua hutang-hutang dia kepada semua orang.
Katanya dia sedar, selama ini dia banyak abaikan perasaan mak ayah dan keluarga sendiri sebab terlalu hendak jaga hati isterinya yang ditakuti. Takut kerana amukan dan hilang kewarasan bila marah dan juga takut kehilangan.
Katanya dia banyak berhutang sebab hendak penuhi gaya hidup isterinya yang memang dari awal lagi sudah memang anak orang senang.
Masa ini juga dia mengaku yang sebelum ini kalau mereka bergaduh, yang merosakkan barang semua itu sebenarnya adalah isterinya, bukannya dia seperti yang dia selalu mengaku dulu. Dia sekadar “take the blame” kerana tidak mahu isterinya bertambah teruk marah.
Betul memang mereka sangat kuat bergaduh seperti yang aku ceritakan dalam siri yang lepas-lepas dan semuanya berakhir dengan abang aku “take the blame” dan menangis-nangis minta maaf.
Dia bercerita balik dari awal, masa mula kenal. Tiga minggu sahaja kenal dalam talian, terus diajak kahwin. Kami tanya kenapa cepat sangat? Katanya, perempuan itu ugut. Kalau lambat, ramai lagi tunggu takut nanti terlepas.
Kami tanya pasal bekas suaminya dulu, kenapa bercerai. Jawapan sama keluarga bekas suami tidak suka dia, mak mentua, ipar-ipar semua puaka. Dari situ kami mula faham. Macam ada corak yang sama dengan apa yang berlaku pada keluarga kami kali ini..
Dia mendesak abang aku untuk cepat-cepat kahwin itu aku rasa mungkin perempuan itu cuma hendak buktikan kepada bekas suaminya yang dia masih laku. Dan aku yakin cara dia minta cerai dulu pun lebih kurang sama. Jenis bila bergaduh, meroyan minta cerai dan dakwa kononnya ramai lagi berbaris tunggu hendak masuk meminang.
Masa ini kami perhatikan abang aku sangat tegas, katanya dia memang nekad hendak berpisah dan esok dia akan ke pejabat agama untuk urusan secara undang-undang. Lega katanya dapat keluar dari satu dunia yang dia tidak tahu hendak cakap macam mana kejam menghimpitnya.
Malam itu juga, aplikasi WhatsApp mak aku bertubi-tubi masuk mesej dari perempuan itu. mak takut hendak baca jadi dia beri telefon dia kepada aku. Penuh dengan ayat-ayat makian dan kecaman. Menyalahkan mak aku konon anaknya menyusahkan hidup dia.
Aku padam mesej-mesej dan “block” terus nombornya. Aku rasa sungguh tidak boleh terima, kenapa dia hendak marah mak. mak itu bukannya jenis mak puaka pun. Bukannya jenis mak-mak yang mulut laser ke apa. Tak ada sebab pun nak marah mak.
Selama ini mereka buat hal pun mak tidak pernah membalas apa-apa pun. Dia hanya diam dan pendam sahaja. Layanan, masak, sedia makan kepada keluarga mereka tetap tiptop seperti tidak ada apa-apa walaupun apa yang dia komplen kat mak.
Ok balik kepada cerita. Malam berlalu, subuh menjelma. Aku seperti biasa hari bekerja, aku sibuk dengan rutin aku bersiap hendak ke tempat kerja.
Abang aku kelihatan sudah tercegat depan pintu bilik mak mengetuk pintu. mak aku keluar dan mereka nampak seperti berbincang sesuatu. Dan aku tidak peduli pun, aku terus ke tempat kerja.
Sekembalinya aku ke rumah petang itu, mak aku cakap abang sudah balik ke Johor Bahru, katanya marah isterinya sudah reda dan dia hendak rujuk balik. Aku terkesima, rasa macam kena tipu kami sekeluarga dengar luahan dan penyesalan malam tadi oleh abang aku yang satu ini.
Yang paling kecewa semestinya abang Lang aku. Entah apa cerita lah hutang 15k yang dulu diorang pinjam kat abang ngah untuk down payment kereta H diorang. Semalam beria sangat mintak maaf dan janji akan bayar sedikit-sedikit itu. Harap-harapnya ada lah.
Kisah kemuncak ini berlaku lebih kurang empat bulan yang lalu. Sehingga hari ini kami tidak pernah dengar apa-apa lagi khabar dari abang aku ini. Tidak pernah dia telefon mak ayah sekurang-kurangnya untuk bertanya khabar ke apa.
Mak ayah sebenarnya sangat berharap dapat panggilan dari dia, cukup sekadar hendak dengar yang dia okay dan bahagia.
Tapi aku tahu abang aku itu okay sahaja, tengok status dia di Facebook, sekurang-kurangnya aku tahu dia tidak apa-apa jadi kami pun tidak perlu risau.
Kami doa dari jauh semoga yang terbaik untuk semua. Anda semua pun tolong doakan untuk kami ya. Terima kasih sudi baca dan folo empat episod kisah pelik tapi benar ini.. Tamat..
– Risdiani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Lohhh plot twist betul yek…ingat jadik berpisah rupanya rujuk balik ermmm entah larrr
Doakan perempuan puaka tu mengamuk dua kali lagi, selesai talak tiga. Lepas tu kena harap betina puaka tu cari pengganti bukan cina buta. Bebaskan keluarga awak dari puaka yang berupa perempuan muslimah lemah lembut ni. Orang sakit jiwa ni tempatnya di pusat jagaan pesakit mental. Makan ubat hari2 untuk stabilkan diri. Saya percaya rakan sekerja betina ni pon akan terkesan dengan puaka macam ni. Harap ada rakan sekerja dia kat O&G boleh confess pulak lepas nih.