Keluarga Berpecah Belah

Hi nama aku puteh (bukan nama sebenar). Berumur lewat 20an. Dah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata yang comel. 

Aku yakin dengan apa yang aku nak ceritakan ni bukan aku seorang je yang alami.

Dekat luar sana ramai berada dalam situasi yang sama. Aku harap korang faham la ye sebab ni pertama kali meluah dekat sini. Susun atur ayat pun aku cuba yang terbaik. 

Aku dibesarkan dalam keluarga yang berpecah belah atau lebih mudah faham “broken family”.

Aku ada 4 orang adik beradik. 3 perempuan, 1 lelaki. Perbezaan umur antara aku dgn abang aku 8 tahun.

Seingat aku masa umur aku 7 tahun, abang dengan kakak aku selalu kena marah dengan ayah aku.

Selalu kena marah dan rotan sebab taknak pergi sekolah. Tak nak pergi sekolah sebab selalu kena ejek busuk, miskin lepastu takde kawan. Tapi ayah aku tak nak dengar alasan tu. Dia nak tau anak dia pergi sekolah je. 

Oh ya. Ayah aku memang garang orangnya tapi garang dan bengis tak bertempat. Garang dengan anak dari kecil sampai anak tak berani nak meluah apa yang dipendam. Sedangkan tempat paling selamat bagi anak anak adalah ibu bapa sendiri. 

Dipendekkan cerita, makin abang aku dewasa dia selalu bergaduh dengan ayah aku. Bergaduh nak bertumbuk macam tu.

Bukan sekali tapi banyak kali disebabkan hal hal kecil. Okay sekejap lepastu gaduh lagi. Abang aku ni dah banyak kali kena cekup dengan polis kes curi moto. 

Tahun demi tahun berganti, ayah aku meninggal. Aku, adik dan mak aku bawah tanggungan kakak aku. Sepatutnya abang yang tanggungjawab tapi dia langsung tak rasa tanggungjawab nak pikul amanah Allah ni. 

Mak aku pula, ada orang terdekat kenalkan dengan sorang pakcik. Alhamdulillah, jodoh mak aku sampai sekarang dengan pakcik tu. Kalau fikir balik, ada baiknya mak aku kahwin. Aku dengan adik masih tinggal dengan kakak.

Fast forward, berlaku perselisih faham antara aku, adik dengan kakak aku. Kakak aku halau aku dengan adik aku dari rumah tu. Kejadian ni berlaku 4 tahun lepas. 

Aku pun dah taknak ingat apa yang jadi. Tapi pernah aku minta maaf berkali kali dan kali terakhir aku minta maaf masa majlis perkahwinan aku tapi tetap tak boleh nak pulihkan hubungan kami adik beradik ni.

Walaupun bukan salah aku, aku tak dendam sebaliknya selalu berdoa supaya Allah lembutkan hati dia. 

Bukan keluarga aku je yang berpecah belah. Adik beradik mak aku, pakcik makcik aku pun masing masing bergaduh sampai tak bertegur sapa, tak balik raya pun ada walaupun 1 kampung. 

So bila raya kami adik beradik memang berpecah dengan hala tuju masing masing. Takde ucapan hari raya, takde whatsapp tanya bila nak balik ke, dah tinggal kenangan. Nak raya pun takde feel sebab dah tak seronok. 

Allah tu Maha Baik, Dia jodohkan aku dengan suami yang baik dan Alhamdulillah keluarga suami aku pun okay. Tapi aku masih berahsia tentang masalah keluarga aku sebab aku segan.

Tak lain tak bukan, setiap hari aku berharap sesuatu yang ajaib akan jadi untuk pulihkan semua ni dan kami bersatu kembali. 

Doakan aku,

– puteh (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Perpecahan atau perbalahan di antara ahli keluarga mmg sering terjadi, tp jika sampai ‘tak bercakap’ sehingga bertahun2, itu sudah spt ‘menyalahi agama’, atau memutuskan silatulrahim, sbb agama melarang kita tidak bertegur sapa (kerana bergaduh atau x sependapat) melebihi 3 hari.. jika kluarga awak ‘faham’ kehendak agama kita, mrk tidak akn terus-menerus mempertahankn “ego” masing2.. bgi pihak awak, ziarahi atau minta maaf bila berjumpa (misalnya pd hariraya), klau mrk x mau maafkn atau tetap tidak ‘menyambut’ prmohonan maaf dr awk, itu antara mrk dgn Tuhan lah, part awk dah ‘settle’.. tp bkn berhenti setakat itu shj, bla ada peluang, cba berkomunikasi lg, cth nya memberi hadiah atau buah tgn utk mereka, di samping itu berdoa lah agar Allah melembutkan hati mereka utk berbaik semula.. pendekata, jika hal2 kecil (bersifat keduniaan) yg menjadi punca nya, maka abaikan shj, lainlah klau ia melibatkan hukum atau hal berkaitan agama dsb., itu pon kna dibawa berbincang, hatta boleh mngadu ke pejabat agama.. sekadar pandangan shj, wallahu a’lam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *