Keluarga Besar Aku

Assalamualaikum admin dan semua pembaca sekalian. Terima kasih kepada admin jika sudi approve kisah aku ni. Maaf la kalau cerita aku terlalu panjang. Banyak mende aku nak luahkan kat sini.

Aku nak ceritakan tentang keluarga besar aku iaitu keluarga aku dan keluarga tiri aku. Sebelum tu aku nak bagitahu, ayah kandung aku dah lama meninggal masa umur aku 11 tahun. Adik beradik aku ada 4 orang dan aku anak yang kedua. Aku ada abang dan dua adik perempuan.

Mak aku kawen masa aku habis spm. Lama mak aku menjanda dalam 6 tahun. Dan masa dia nak kawen, dia tak bagitahu aku & abang aku pon dia nak kawen.

Aku tahu pon dari adik (masa tu darjah 5) aku masa tu dia main telefon mak aku senyap2 sebab aku duduk asrama dan busy nak exam spm.

Masa tu aku betul2 sedih kenapa mak tak nak bagi tahu. Hari last exam aku, mak aku jemput kat asrama dengan bakal suami dia. Sebab besoknya mereka nak berkahwin.

Selama aku duduk asrama 5 tahun mak aku tak pernah melawat aku dekat asrama, sebab aku duduk dengan pakcik aku selama 5 tahun tu. Tapi aku buat biasa masa dia datang jemput aku.

Ni cerita pasal keluarga tiri aku, bapak tiri aku ada 5 orang anak tambah dengan 2 orang anak arwah isterinya dulu dengan suaminya yang dulu (salah seorang cacat fizikal dan memang tak boleh berjalan), so jadi 7 orang.

Semua dah besar dan dah berkahwin kecuali yang bongsu dan yang cacat. Anak2 bapak tiri aku ni jenis yang duduk dekat2. Sebab kata bapak tiri aku senang kalau dekat, ada kecemasan boleh datang tolong. Ada betulnya jugak.

Ok.. Aku start cerita apa yang aku kurang suka sejak duduk dengan keluarga besar ni. Lepas mak aku kawen, aku & adik beradik aku pindah duduk rumah bapak tiri aku. Rumah lama arwah ayah aku kosong sebab aku dan adik2 masih kecil dan belum berkahwin.

Jadi masa aku mula pindah masuk rumah dia, aku dengan adik2 aku takde bilik, so tinggal di ruang tengah, antara ruang tamu dan dapur. Tu la tempat kami tidur dan letak pakaian kami.

Abang aku yang sulung dia dah bawa haluan dia, dia cari kerja jauh. Jadi dia jarang balik rumah. Untungla sebab dia lelaki.

Anak2 bapak tiri aku ni jenis duduk sekali dalam rumah ni. Aku dengan adik2 aku dapat bilik pon masa rumah dia ni renovate baru sebab keluarga dah besar. Tambah la 1 bilik untuk kami adik beradik dari 3 bilik jadi 4 bilik.

Jadi dapat la bilik kecik, kongsi la kami 3 beradik. Ada 1 bilik kosong tapi macam tak kosong, sebab anak2 dia akan silih ganti duduk bilik tu, bilik tu bapak tiri aku nak buat bilik tamu, tapi jadi bilik anak dia pulak.

First yang duduk bilik sebelum jadi bilik tamu, anak kedua dia lelaki, masa tu bujang dan belum kawen, lepas kawen dia keluar duduk rumah sewa.

Lepas tu adik perempuan dia pulak, anak no 4 sebelum kawen dia duduk 1 bilik dengan adik bongsu dia, pastu dia kawen pindah duduk rumah sewa, dan berpindah randah dengan laki dia sebab tukar2 kerja.

Last2 balik rumah bapak dia, dia pulak duduk bilik tamu tu, sebelum duduk bilik tu, bilik tu dah jadi bilik tamu. Sedara mara bapak tiri aku datang akan tidur situ. Pastu anak sulung dia lelaki dah lama kawen ada anak 2 pindah masuk jugak dalam rumah tu.

Dan mereka sekeluarga tak duduk dalam bilik. Sebab bilik semua dah penuh. Sanggup tidur di ruang tamu 1 keluarga.

Bertahun jugak la dua beradik dengan keluarga dia orang ni duduk rumah bapak dia orang. Sehinggalah mereka dapat rumah sendiri dalam daerah yang sama, dan mereka dua beradik mohon tempat yang sama tapi sorang 1 la. Barulah mereka berpindah keluar.

Tapi bilik tu sekejap je kosong, lepastu anak ke 3 dia pulak duduk dalam bilik tu anak 4 orang. Dia ada rumah, tp duduk dengan mak mentua je.

Aku ingatkan sekejap je la dia duduk sebab sebelum pkp hari tu baru dia datang. Rupanya, dah jadi penduduk tetap dalam bilik tu. Mereka suami isteri berkerja, jadi anak2 tinggal la kat rumah.

Yang cacat tu ada je memang tidur ruang tamu (dia ni pulak ada bapak lagi, sebab bapak dia cerai dengan arwah mak dia pastu baru kawen ngn bapak tiri aku.

Bapak kandung dia buang dia dari kecik, sebab dia cacat. Adik kandung dia lagi la tak nak jaga dia, tapi ada jugak datang rumah ni sekali sekala, so takde orang nak jaga dia, sebab tu duduk rumah ni jugak)

Sepanjang tempoh dia orang ada tu, aku study jauh, so jarangla balik rumah, balik pon waktu cuti sem je. Sejak pkp, baru aku lama duduk rumah. Abang aku kawen tahun lepas, isteri dia jenis menjaga aurat.

Jadi bila dia balik ke sini, aku dan adik2 aku akan tidur di ruang tengah dan bagi abang aku dan isteri dia duduk bilik kami. Sebab dah takde bilik. Bab aurat kami kelaut la tak pakai tudung dekat rumah. Walaupun ada abang ipar tiri.

Pastu pasal bapak tiri yang aku tak suka perangai dia, dia ni kebersihan kurang jaga, macam mana la mak aku boleh suka bapak tiri aku ni. Pastu dia suka banding2 kan anak2 dia & jenis tak tegur anak2 dia.

Tapi tak pernah cakap depan anak2 dia kalau dia tak puas hati dengan anak2 dia, dia akan cakap depan aku, adik2 atau mak aku. Macam pasal bilik tu, pastu banyak lagi la. Mesti cakap kat kami. Kami diam je la. Sebab tu anak2 dia.

Pastu pasal mak aku pulak, sejak dah lama kawen dengan bapak tiri aku ni, mak aku jadi makin malas memasak. Dah lama aku perati. Dia rajin pon bila anak dia baru balik, bila ada lauk sedap, bila ada orang datang rumah.

Sebabkan mak aku malas masak, bapak tiri aku suka makan luar bila ada duit lebih. Kalau tak makan sehari sekali je la. Rumah ni banyak mulut nak kena bagi makan.

Cucu dia 4 orang, yang cacat tu lagi, aku & adik2 aku, anak menantu dia. Aku bukan tak nak masak, ada je aku masak, tapi bila mak n bapak tiri aku makan luar, aku jadi malas nak masak.

Aku akan makan apa yang ada je dengan adik2 aku contoh macam biskut ke, goreng ayam atau ikan ke sebab malas nak masak yang remeh temeh. Sebab bila anak bongsu dia & anak menantu dia keje mak dia orang akan beli makanan pagi untuk anak2 dia je.

Aku yang paling besar dalam rumah ni kena masak sarapan untuk yang lain2, kalau tak pon tak makan pagi pon. Pastu sampai tengah hari, mak aku akan buat tak tau je kalau dia ada kat rumah.

Waktu dia malas masak. Aku pon ada masa penat jugak. Aku faham je perasaan mak aku kenapa dia tak nak masak. Mungkin dia penat.

Ada masa aku stress duduk rumah. Sebab keadaan rumah ni dengan orang dalam rumah ni. Aku malas nak cerita detail pasal adik beradik tiri aku. Sebab nanti cerita jadi panjang.. Huhuhu..

Ada aku terfikir aku tak nak balik rumah dah & nak duduk jauh2. Pernah je aku buat, aku pegi rumah mak sedara aku waktu cuti sem. Tapi bila lama tak balik aku jadi rindu mak aku, adik2 aku.

Sampai aku terfikir kenapa la mak aku ni kawen dengan bapak tiri aku ni. Anak ramai, cucu pon berderet masa mula2 kawen. Keluarga aku abang aku jela yang dah kawen. Itupon baru kawen. Adik2 aku sekolah lagi. Aku kalau boleh nak keluarga aku yang dulu.

Ada arwah ayah aku, aku nak membesar dengan dia. Tapi umur dia tak panjang. Serius aku jadi stress sebab aku belajar lagi, kerja pon belum lagi. Aku kesian dekat adik2 aku. Bapak tiri aku tu bukan tak ok, dia baik je.

Pasal duit dia tak berkira pon. Kadang2 dia pulak yang bagi anak2 dia duit. (Aku bukan nak burukkan anak2 dia) aku pon tak tau nak cakap ape la. Sebab aku pon masih bawah tanggungan mak aku. Mak aku pon ada pendapatan dia sendiri.

So bab duit ni aku malas nak cakap banyak. Aku pon ada terfikir, ada orang sanggup ke nak kawen dengan keluarga yang ramai macam ni.

Sanggup ke nak hadap ramai2 macam ni yang bukan darah daging kau. Sebab adik beradik sendiri dengan tiri ni lain. Memang tak ngam langsung kalau nak buat apa2.

So itu sahaja luahan hati aku. Banyak sebenarnya yang terbuku kat hati aku. Tapi aku tak boleh cerita semua. Maaf kalau ada kurang dalam penceritaan aku. Sebab aku tengah serabut sekarang ni.

– Zahara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *