Salam semua. Nama aku Coklat seorang perempuan awal 30-an berkerjaya pegawai. Sebelum cerita pasal kakak yang 3 tahun tua dari aku.
Maaf ni first confession dan ayat agak berterabur sebab tak pernah dapat A solid dalam BM. Diharap pembaca dapat memberi semangat dan mungkin solusi terbaik.
Aku terangkan sedikit secara keseluruhan hidup aku. Datang dari keluarga cerai berai. Aku dijaga adik mak aku kiranya makcik aku lah. Aku ada kakak sorang, takde adik dan dia tinggal dengan atuk nenek memandangkan cucu sulong.
Walaupun kami berpisah takdelah jauh mana tapi aku berterima kasih pada Allah sebab ada ayah yang sangat bertanggungjawab selalu bagi nafkah RM50 walaupun hidup ayah serba daif memandangkan ayah juga ada keluarga lain.
Ayahlah bawak aku balik ke rumah atok bila waktu cuti sebab nak rapatkan kami adik beradik.
Walaupuan keluarga bercerai berai dan dijaga makcik. Aku bersyukur dari situ aku pandai solat mengaji walaupun jalan hidup tak seindah sehingga harini (diganggu pedophilia, difitnah).
Sebaliknya kakak aku dijaga atok terlalu dimanjakan sehingga merosakkan hidupnya.
Bermula dengan bermain jantan sehingga kaki syabu. Semua maklum kan. Sekali taik dadah memang susah nak berenti.
Seawal form 3 kakak masuk ke lembah hina ni dan pernah masuk pusat serenti masa umur 16 tahun. Masa aku sekolah aku tak perlu fikir masalah kakak melainkan mak ayah atok dan wan.
Sekali ayah tiri (mak aku pun dah kawin lain), mak tiri terpalit dengan masalah kakak yang tiada sudah sangat menyusahkan hidup makayah aku dan sekarang hidup aku juga. Lepas aku grad masalah kakak mula menghantui aku. Masa tu aku kerja dekat selangor.
Kakak aku lari dari suami dan bawak anak dia sekali yang umur 2 tahun (3 tahun juga tunggu nak dapat anak). Suami dia call tanya aku.
Dan aku dapat tau kakak aku stay dekat rumah kawan dia dekat selangor sampaikan anak kawan kakak aku tu nak lari dari rumah sebab serabut dengan kakak aku.
Aku yang tak sedap hati kakak aku dah susahkan hidup orang lain, aku bagitau info pasal kakak aku dekat abang ipar aku. Haritu juga abang ipar aku ambik anak tu dan terpisahlah kakak aku dengan anaknya. Start tu kakak start main dadah.
Dipendekkan cerita, Seawal perkahwinan aku 2016 dan aku hidup pjj dengan laki aku. Satu persatu kakak bawak masalah. Biasanya kerja kerajaan first posting 3bbulan tak dapat gaji.
Aku dapat call dari ayah mintak tolong ikat jamin kakak 7k merayu2 kakak sebab dia kesian dekat anak dia perempuan umur setahun kalau kakak masuk penjara (aku pun tak tau anak dari jantan mana lepas kejadian terisah dari anak dia).
Laki aku dah bagitau taik dadah jangan nak tolong. Tapi sebab kakak yang pernah ada sedikit memori dengan aku. Aku guna duit gaji first aku 5k tolong kakak.
Tahun 2018 kakak buat masalah lain lagi. Mak pulak call merayu2 mintak tolong aku bawak kakak dekat KL sebab kakak dah mengandung perut besar.
Oh aku lupa nak bagitau kakak aku ikut suka dia nak duk mana lepas keluar pusat serenti dan bercerai dengan suami first. Aku call maki2 kakak tapi sebab kesian dekat mak aku suruh kakak datang.
Aku tanya siape bapak budak dalam perut sampai mati kakak kunci mulut. Sakit nya hati aku. Dengan izin Allah aku dipertemukan dengan orang tengah memang mencari anak angkat.
Masa ni aku belum ada anak. Takde perasaan kesian kasih sayang pada budak2. Anak dalam perut tu selamat diberi pada orang. Sekarang dah lost contact aku tak tau apa2 info pasal anak saudara aku yang satu itu. Lepas tu kakak balik kg macam biasa.
Dipendekkan citer lagi. Tahun 2022 awal april ahlong pulak wasap mak ayah adik beradik tiri lain mintak duit. Dah lah taik dadah taik judi jugak taik ahlong. Aku hilang kata2. Aku dah lama tak ambik tau pasal kakak lepas kejadian dia datang KL.
Cuma yang aku tahu 2019 dia dapat anak kembar dengar2 dah bagi orang. Yang tinggal anak perempuan yang bersama dia sahaja. Aku ada jumpa video tiktok lama aadk sebuah kawasan dan konfem tu kakak aku. Aku sedih.
Sebab sebagai adik kandung tak mampu nak tolong. Dalam masa yang sama aku kesian dekat anak perempuan kakak usia 6 tahun sekarang.
Apa nasib dia bila mak dan jantan2 tak guna datang rumah tengah high.
Sungguh aku benci dengan perasaan sedih dan kesian aku. Aku nak jaga anak perempuan kakak tu. tapi dengan syarat kakak aku mati.
Selagi kakak hidup dia akan susahkan dan memalukan mak ayah yang semakin tua. So, apa yang patut aku buat?
– Coklat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit