Keluarga dan Raya

Haih.. entah dari mana nak dimulakan… cuma aku tak tahu dimana untuk meluahkan. Sekadar meluahkan.

Aku dan suami telah berkahwin hampir 20 tahun… ditakdirkan kami tidak dikurniakan anak.

Oleh sebab itu, ibu mertua meminta kami untuk menjaga anak saudara kami, iaitu anak adik perempuan suami.. Anak saudara suami ketika itu berumur 9 tahun, Ahmad.

Awalnya aku tak setuju.. namun, kasihankan ibu mertua yang memujuk.. aku redha.

Katanya dia sudah tua untuk urusan persekolahan Ahmad. Tambah pula Ahmad semakin berani ponteng sekolah dan menipu ibu mertua ku..

Masa terus berjalan, aku terus melayan Ahmad seperti biasa memenuhi keperluan persekolahannya, menyambut hari lahirnya dan setiap tahun kami bawa dia bercuti.

Setiap keperluannya kami beri. Tahun ini ahmad sudah berusia 21 tahun dan kembali bersama ibunya sementelahan ibu mertuaku telah pergi dan tiada siapa lagi yang boleh menghalang.

Ibu Ahmad dan bapanya telah bercerai sejak Ahmad berumur 2 tahun.. Masing-masing punya keluarga sendiri.

Bapanya juga punya anak lain seramai 5 orang dan Ibunya, Diana iaitu adik suami juga telah berkahwin lain namun tidak dikurniakan anak lain selain Ahmad.

Diana merupakan surirumah sepenuh masa dan suaminya merupakan pembantu peraih ikan. Ya, mereka tergolong dalam kelompok B40, mereka susah namun, suaminya tidak benarkan Diana untuk bekerja kerana cemburu.

Kesempitan keluarganya itulah yang menyebabkan ibu mertuaku tidak benarkan Ahmad tinggal bersama ibunya.

Yang menyebabkan aku semakin jauh dari Ahmad apabila setelah Ahmad baligh. Segalanya terhad bagiku. Aurat perlu dipelihara, banyak lagi perlu dijaga.

Setelah SPM, Ahmad tidak lagi mahu untuk sambung pelajaran. Hampir 2 tahun masanya dihabiskan dengan bermain telefon dan bergayut dengan kekasih.

Penat aku bercakap.. samada Ahmad atau suamiku.. tidak mengambil berat.. Disuruh bekerja katanya penat. Alasannya cukup banyak. Suami seperti biasa penaja topup nya tanpa jemu.

Agaknya Ahmad bosan dengan bebelanku, Ahmad kembali ke pangkuan keluarganya secara bergilir ke rumah bapa dan ibunya.

Sejak kembali ke sana mesej ku dibiar tidak dibalas.. Apa yang mengejutkan aku, Ahmad mesej pada suamiku meminta RM300 untuk membeli baju raya idaman.

Sedangkan aku sendiri dan suami tidak pernah membeli baju senilai itu.

Bahkan walaupun tidak lagi duduk bersama, kami telah membeli baju raya kepada Ahmad yang berharga RM80 dan pos kepadanya.

Katanya baju yang kami belikan tidak trend dan murah. Urut dadaku mendengarnya dari suami.

Entah di mana silapnya.. walaupun ketika duduk bersama sepanjang 13 tahun, kami tidak pernah mengajarnya memilih jenama atau harga..

Diana, ibu Ahmad turut mesej kepada suamiku memohon RM1000 bagi persiapan raya dia dan suaminya. Tidak aku pasti samada Ahmad meminta apa2 daripada ibunya.

Teringat ketika kami membelikan hp vivo kepada Ahmad… dia memberontak meminta daripada ibunya iphone yang lebih privacy katanya.. yang mana kami hanya tahu setelah iphone sampai di rumah..

Entahla..memandangkan tahun ini Ahmad akan tinggal beraya bersamanya, mungkin dia mahu membeli kuih raya.. tak tahulah..

Kata Diana, suamiku penjawat awam.. bukankah dapat bantuan dari kerajaan RM700?

Aku lihat suami kelihatan tertekan.

Sedang kami berjimat cermat bagi membaiki rumah kami yang dipukul ribut macam2 kerenah keluarganya bagi menyambut perayaan.

Doakan kami agar bersabar dalam ujian 10 malam terakhir ini.

– Nini (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *