Keluarga di Hujung Waktu

Assalamualaikum semua. Sebenarnya tergerak hati nak confess selepas baca satu confession yg lebih kurang sama kategori penceritaanya (tetamu jadi tuan rumah). Semoga perkongsian ni dapat menjadi pengajaran untuk semua, bukanlah semata sebuah luahan yang mendatangkan kutukan& tomahan, insyaALLAH.

Family asas kami terdiri daripada 6 orang, parents dan kami 4 beradik. Ayah anak lelaki tunggal dalam family yg terdiri dripada 5 orang adik beradik. Lepas nenek n atok meninggal, semua harta pusaka diberi sama rata antara adik beradik ayah, cumanya yang lebih ayah dapat tapak rumah pusaka atok adalh dlam 3 ekar. Ayah bukan jenis yang berkira, anggukkan saje . Malas berkelahi katanya.

Kami anak2 malas nak campur tangan urusan pembahagian harta pusaka.Tambahan, kami sekeluarga bermastautin jauh dari kampung dan kami mmg jarang balik kampung. Mak selalu pesan pada kami adik beradik, harta, masing-masing cari sendiri, jangan harap harta pusaka.

Dengan keadaan kami yang jauh dan ayah yang tak banyak bunyi, m.cik2/p.cik(ipar) suka ambik kesempatan. Bermula dengan rumah pusaka atok. P.sedara yang entah dengan kebenaran siapa, pandai-pandai je sewakan rumah pusaka pada sebuah family (penduduk kampung tu juga) n paling xboley tahan, bila dah bagi duduk baru bagi tahu pada ayah. Ayah pun benarkan saja, dah duduk, takkan nak suruh keluar plak. Lagipun, orang kampung sendiri, xmanis.

Bukan setakat tu je ok, tenant tu bayar sewa rumah pada dia (p.sedara) (tenant nie jenis yang bayar setahun sekali..haha, ada macam nie..so, sekali die lamsum, beribu jugak la). Pastu boleh plak duit tu dia derma kat masjid (waktu tu nak renovate masjid kampung). Dah derma, baru bagi tahu. Kami satu family bukanlah berkira, tapi yang kami xboley tahan, sebab tiada adab, buat macam harta sendiri. Kami ni bukan lah dalam kategori berada, sedang2 je. Plus, kami adik beradik semuanya masih blaja, perlukan duit, maklumlah zaman sekarang, keperluan persekolahan & blaja bukan murah.

Tak cukup dengan tu, sekarang family p.sedara duduk area lain, tapi masih kampung yang sama. Nak dijadikan cerita, tanah yang dieorang duduk sekarang bersempadan dengan tanah atok belah mak aku.Tanah tapak rumah ni tu kecik je, adalah dalam satu ekar (1/2 ekar atok & 1/2 ekar p.sedara) Atok jenis yang mmg tanda kawasan sempadan tanah dia dengan pokok2 buah-buahan, pulak tu atok yang jenis pilih baka yang baik2, bukan sembarangan. Act. atok nak bagi tanah tu pada mak.

Yang menjadi isunya di sini, dieorang buat rumah betul2 atas sempadan antara 2 tanah. Islam ajar kita bila nak buat rumah, jangan atas sempadan tanah. Memang kami xfaham betul dengan mentality macam ni. Bukan itu je, mentang2 atok duduk jauh, mak duduk jauh, abis ditebangnya pokok buah-buahan yang atok tanam. Boleh pulak die buat car porch tanpa mintak izin langsung. Sebelum ditebang pokok tu dulu, boley dia bagi orang makan ikut suka dia. Ramai orang igt tanah tu tanah dia. Hurmm..

Banyak lagi klu nak cerita, cukup la sekadar 2/3 kerat tu. Isu ni dah berlarutan bertahun lamanya. Sampai p.sedara (ipar) pernah mimpi arwah grandparents menangis (dia yang cerita pada ayah). Mana taknya, harta anak dieorang, p.sedara nie plak yang memandai.

Nak berkongsi pengajaran di sini kepada semua. Dunia nie, dah semakin tua, pikun. Makin hidup, makin terasa, makin kita menghampiri hujung waktu. Paling terasa 2/3 tahun nie, macam2 berlaku. Sekeliling yang makin haru biru. Family berpecah belah, umat islam sendiri berpecah belah. Itu baru satu perkara yang disentuh, family.

Yang membuatkan diri sendiri lagi keliru & otak ni xmampu terima bila pelakunya adalah ahli keluarga sendiri, pulak tu bukan calang2 orang..ajk tertinggi masjid. Call me naive, i dont care, for i used to be called as such. Pernah cuba bertanya soalan pada ustazah (pertengahan belasan tahun) kenapa ye, orang tu solat, siap qiam, puasa sunat etc. Tapi kenapa masih ambik barang orang, bukan kecil, bukan sikit. Huhhu.. tapi akhirnya dapat jawapan, dunia benar2 dihujung waktu. Dont judge the book by its cover.

Sampai sekarang, masih lagi struggle, membuang naive yang ada pada diri, sbb parents xpernah ajar buat bende2 tu semua. Mak sentiasa ajar kami jadi orang yang benar, amanah!

Yang pernah ambil barang orang tanpa izin tu, pulangkanlah dan andai xboley pulangkan mintak halalkan, biarpun cuma seteguk air housemate dalam peti kalian minum, sehelai kertas a4, apatah lagi sebesar perkara. Hiduplah dengan meminta sungguh2 dengan ALLAH, moga terpandu arah hala tuju kehidupan kita, tertuntun dengan petunjuk DIA. Bukan semata solat, tetapi solat yang khusyuk, bukan semata yang lahir sebagai muslim, tetapi seorang mukmin, beriman dengan sebenar2 keimanan. Takut apabila diri memikirkandunia dihujung waktu.

p/s: doakan, m.cik/p.cik kami semoga ALLAH buka pintu hati mereka. Kami syang mereka, tapi dengan sikap mereka, kami jadi tawar hati.

– À

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit