Keluarga Gagal, An4k Merana

Dulu masa aku kecik aku kenal dengan keluarga Laila ni. Laila dengan anak-anak dan laki dia ni tinggal sekampung dengan aku. Tidaklah bersebelahan tapi sekampungla.

Dia tinggal situ pun bergantung harap dengan ihsan keluarga besar duduk dekat rumah pusaka keluarga. Rumah lama.

Macam-macam cerita sepanjang dia duduk dekat situ. Laila ni sejenis cinta mati dekat laki dia. Kena maki, pukul sampai hampir mati pun masih dekat situ setia dengan suami dia. Memang dia sejenis yang takut lah dengan laki dia.

Kalau korang tengok laki dia pun menyeramkan. Hidup macam samseng. Dulu pernah anak dia lari rumah lepas balik sekolah cari jiran suruh cari mak dia dekat rumah sebab rumah dia tak bising takut si Laila ni kena bunuh dengan ayah diorang.

Pernah masa aku kecik dulu laki dia pukul anak-anak dia dengan getah paip sampai bebirat tubuh lepastu biar anak dia tidur luar rumah atas pasir tak beri makan. Banyak lagi kes dia pukul anak tapi otak tua aku ni dah tak berapa nak ingat. Tapi ni paling berkesan dekat otak aku la.

Mungkin ada orang akan kata “ala kena pukul dengan getah paip je pun aku kena teruk lagi”. Benda boleh didik elok-elok. Lagipun bukan anak dia buat masalah. Anak dia jatuh dekat sekolah lepastu kena tampar dengan cikgu.

Bila report dekat ayah dia dengan alasan dia nakal, ayah dia pukul pulak dengan getah paip. Dah la luka sebab jatuh, kena penampar lepastu kena pukul pulak dengan getah paip. Nasib tak mati je budak tu.

Si Laila ni buat apa? macam mak yang lain juga ada lah datang bagi makan anak dalam diam-diam. Lepastu kena penampar terajang dengan laki dia.

Bagi aku ni hanyalah satu episode buruk je. Banyak lagi benda yang berlaku termasuklah anak lelaki main dengan adik perempuan dia sendiri.

Macam mana aku tau? anak lelaki dia bangga cerita dekat kawan-kawan dia dan aku pernah nampak dengan mata aku sendiri.

Bila aku tanya macam mana dia tahu benda tu semua? dia cakap dia nampak mak ayah dia atas katil buat benda macam itu. Please la korang dah besar. Anak-anak pun dah besar dah pandai merayap malam-malam pandai-pandailah cover.

Kes anak dia main pun faktor sejenis mak ayah takde otak tak asingkan tempat tidur anak-anak. Sebelum nak cakap aku tak report ke dekat mak ayah dia? Aku pun seram dengan mak ayah dia.

Lagipun masih budak-budak. Bukan cerdik sangat lagi. Dah besar barulah faham benda tu salah. Bukan itu je ada juga si Laila ni cerita dia kena main lepas baru je beranak. Macam-macam keluarga dia ni.

Tak lama setelah kes dia pukul anak tu. Orang kampung kecoh jugaklah ada yang datang rumah tegur dia. Mungkin sebab malu dia pindah.

Dulu masa aku kecik aku dengar dia pindah sebab rumah tu berhantu. Itulah yang si Laila cerita dekat kami. Entahlah betul ke tidak. Tapi setiap kali ada masalah memang dia selalu pindah randah pun.

Selepas kejadian tu kami dah tak dengar khabar mereka sekeluarga lagi melainkan ada benda yang dia mahukan. Ada lah si Laila ni telefon mintak tolong.

Beberapa tahun juga lepastu barulah laki Laila datang ke rumah kami mintak tolong. Diorang ni bukan orang senang pun.

Kadang-kadang anak-anak kena kerja tolong mak ayah. Termasuklah anak sulong dia mana habis belajar. Tapi hidup kadang-kadang bermewah. Mungkin dulu laki dia orang agak senang, lepastu laki dia tertiba takde apa. Dengar dulu main dadah.

Masa tu anak lelaki dia la yang tanggung keluarga. Ayah dah bersatu dengan kerusi dapat title biawak hidup setiap tahun. Sejenis tak boleh kerja dengan orang. Habis orang dia nak pukul.

Laila? tahu buat anak je. Setiap tahun beranak. Anak tak terjaga semua anak perempuan dia tu buat.

Kekadang tak tahu dah mana mak. Kesian sebenarnya budak tu tak sempat membesar dah kena lalui semua benda tu. Nak membesar normal pun tak dapat. Dah la tak boleh berkawan dengan orang luar. Katanya takut salah pilih kawan.

Tak lama lepas dia pindah ke dua tiga rumah dia balik ke kampung semula selepas beberapa tahun. Masa ni takdelah cerita pasal anak kena pukul atau apa sebab masing-masing dah besar mulut sahajalah yang berbunyi.

Tapi tak lama laki dia punya baran pernah dia angkat parang nak pukul orang kampung. Tak kemana terus report polis masuk longkap lah dia.

Lepas dia keluar dia banyak menyorok dalam rumah sebenarnya. Sampailah satu masa dia meninggal secara tiba-tiba masa tengah keluar ke pekan.

Masa ni Laila la yang paling gila meraung meratapi laki dia. Masa ni aku tak pergi masa arwah meninggal sebab keluarga aku pun dah pindah daripada kampung tu. Tapi dah meraung macam terlebih-lebih memang heboh la satu kampung.

Oh lupa aku nak cakap sebelum arwah meninggal laki dia dah lafaz cerai lebih 10 ribu kali dekat bini dia. Daripada apa bini dia cerita sebelum dia meninggal memang arwah dah lafaz talak 3 dekat dia dan sebelum tu pun dah banyak kali tapi mereka masih bersekedudukan.

Macam macam mana aku tahu diorang masih bersekedudukan. Masa dia lafaz cerai tu diorang masih duduk sekali.

Selepas Laila cerita dekat kami barulah Laila pindah itupun anak-anak dia ada kata memang ayah dia selalu naik rumah diorang pindah tu dan duduk berdua dengan mak diorang.

Anak-anak diorang ni korang memang lembab sikit. Tak usah nak suruh halau ayah la memang tak jalan. Semua diorang ikut je. Kalau bercakap dengan diorang semua benda mak diorang buat betul la.

Itu apa berlaku berapa tahun lalu la. Sekarang Laila dengan anak-anak dia dah pindah. Sebab kena halau dengan tuan tanah. Rumah dia bina tu tak pakai duit dia satu sen pun.

Sebelum ada yang datang nak cakap rumah tu pakai duit dia. Dia kena halau pun sebab mulut sibuk masuk campur urusan orang. Burukkan orang sekeliling.

Apa jadi dekat dia dengan anak-anak sekarang? Entahlah aku pun tak tahu. Tapi yang pasti dia masih bawa mulut dia kemana-mana. Anak-anak dia pun sama naik je. Semua kena brainwash dengan mak sendiri. Kalau nak kesian dekat dia aku pun rasa malas.

Dia dengan arwah laki dia lebih kurang je perangai sebenarnya. Dah banyak kali lari rumah lepas kena pukul dia balik sendiri dekat laki dia. Anak-anak dia? Anak sulong dia yang perangai macam hantu tu dah berkahwin.

Ada orang tahu ke dia main dengan adik dia? aku pun tak tahu. Tapi yang pasti hubungan dia dengan adik perempuan dia memang dingin.

Itu apa yang aku tahu daripada mata kasar dan daripada mulut anak-anak dia sendiri. Apa yang berlaku selain daripada itu dalam rumah tersebut tak mampu lah untuk aku bercerita.

Nampak macam jiran yang sibuk dengan tepi kain orang tapi itulah aku nak cerita juga. Harap boleh la semua yang membaca ambik baik buruk.

– Jiran Laila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *