Keluarga Ipar Ab4ng Melampau

Salam dan selamat sejahtera semua. Ini bukan lah kisah aku, tapi sebab aku saksi benda ni.

Abang aku baru saja mendirikan rumah tangga 2 tahun lepas dengan seorang wanita.

Kakak ipar aku sangat baik and kami sekeluarga memang suka lah dekat kakak ipar. Lagipun dia satu satunya kakak ipar kami kan.

Tapi, satu je masalah. Abang kepada kakak ipar aku ni namanya Azim. Dia seorang duda, duda cerai lah dan ada seorang anak perempuan.

Pada mulanya menurut kakak ipar aku, hak penjagaan sepatutnya pergi ke ibu tapi family kakak ipar aku ni fight untuk hak penjagaan so family kakak ipar aku lah yang jaga budak tu.

Mulanya, kami sekeluarga kasihan lah tapi lama lama tanggungjawab menjaga budak tu dah jatuh sepenuhnya kat atas abang aku dan isteri.

Abang aku boleh dikatakan bergaji besar dan kakak ipar aku pun boleh tahan juga lah. Tapi melampau lah sampai duit belanja budak tu abang aku kena sedia… termasuk bayaran transit (taska).

Bukannya aku or family aku nak duit abang aku. Tidak. Tapi kami rasa sangat tak adil kenapa abang aku tak boleh menjalani hidup rumah tangga seperti pasangan normal lain.

Budak tu bukannya anak mereka pun. Nak bercuti satu keluarga pun susah sebab mereka terpaksa bawa budak tu sekali.

Sampai kadang kala aku hampir mengeluarkan kata kesat seperti “kau ni macam anak yatim piatu” tapi aku tak sampai hati.

Aku berang sebab budak tu masih ada mak ayah dan orang yang nak kan hak penjagaan seolah olah melepaskan tanggungjawab tu ke atas abang aku dan isteri.

Padahal ikutkan, budak tu takde kaitan dengan abang aku pun.

Kadang kala bila abang aku saja nak buat kejutan kat isteri untuk birthday ke anniversary ke nak bawak jalan jalan, budak tu akan ikut mereka… fikir lah. Dah macam anak pula.

Itulah, setakat sekarang memang abang aku yang menanggung semua perbelanjaan budak tu and yang jaga dia sepenuhnya bersama isteri dia.

Aku tak tahu lah kalau abang dan isteri ada rezeki anak sendiri nanti macam mana.

Apa pendapat korang? Apa yang abang aku patut buat?

– Nalia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *