Keluarga Ipar Ab4ng Melampau II

Untuk part I, (https://iiumc.com/keluarga-ipar-ab4ng-melampau/).

Salam semua. Rancak semuanya comment ye.

Tak apa saya cerita dari mula sampai habis, saya tak cerita 100% hari tu semua nak comment takde empati. Korang tak rasa tak apa.

Untuk pengetahuan, aku pun tak hadap duit abang aku mahupun cemburu. Aku sendiri mempunya haji tetap 5 angka dan rasanya lagi mewah dari abang aku.

Untuk pengetahuan, abang aku sediakan semua dari A to Z kat kakak ipar aku, termasuk bayarkan kereta semua lah gaji kakak ipar aku untuk dia sahaja.

Lantaklah memang tanggungjawab dia untuk kakak ipar aku pun, sediakan semua keperluan. Tapi budak tu bukan tanggungjawab dia ya.

Mengeluh? Ye, abang aku mengeluh terutamanya bila dia saja nak honeymoon dengan kakak ipar aku tapi sebab budak tu diorang terpaksa cancel.

Ya, budak tu dah berumur 12 tahun. Takkan nak share bilik hotel dengan pasangan berkahwin kan? Aurat kena jaga juga. Yes, budak perempuan ya.

Last week, diorang sepatutnya bercuti saja jalan jalan ke Singapore tapi disebabkan budak tu ada ayah tak bertanggungjawab, diorang terpaksa cancel semuanya.

Yang aku tak faham, family kakak ipar aku ni dah tahu memang diorang nak bebankan semua tanggungjawab kat abang aku dan kakak ipar aku, kenapa tak beri sahaja hak penjagaan kat mak dia?

Alasan, sebab takut terpengaruh mak dia free hair konon sosial sangat nanti anak ikut. Bagi aku, lantak dia. Tu anak dia. Nak jadi apa pun anak dia biar dia jaga, dia nak budak tu.

Kenapa dipisahkan kalau taknak bertanggungjawab. Dibuatnya budak tu jadi apa apa tak ke mak dia salahkan abang dan kakak ipar aku?

Mintak jauh tapi kena fikir semua kemungkinan tu. Budak tu bukan yatim piatu.

Ada satu comment tanya kalau abang aku kahwin dengan janda anak 5?

Ye, tu tak apa, sah nikah anak janda tu automatically anak dia, darah daging dia haram, berkahwin ya.

Dia perlu bertanggungjawab atas anak anak itu. Situasi aku cerita ini lain, tak ada pertalian. Haram tunjuk aurat lah in conclusion.

Sampai nak hantar anak pergi sekolah pun nak mengharapkan abang aku,

Sampai abang aku terpaksa tinggalkan mak aku sorang sorang kat hospital padahal mak aku nak masuk operation ni, pergi lah hantar budak tu, patah balik jenguk mak aku.

Bukan abang aku sahaja mengeluh, kakak ipar aku pun mengeluh disebabkan abang tak bertanggungjawab.

Tapi diorang masih jaga dan buat semuanya, bayar semuanya sebab kasihan kalau dibiarkan.

Aku tulis ni bagi keluarga kakak ipar aku buka mata sikit.

Abang dan kakak ipar aku masih ada life. Bukan nak menghambakan diri kat seorang budak sahaja. Dah berebut hak penjagaan lepas tu taknak jaga.

Aku dapat rasakan korang tetap nak cakap aku jahat lah cemburu lah, haha.

Tak kisah lah apa apa korang nak fikir. Kena batang hidung sendiri nanti baru fikir ya. Assalamualaikum.

– Naila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *