Hi IIUM Confession readers, aku Affin berumur 26 tahun, tinggal di sekitar selangor. Aku tidak bekerja dan sedang hamil. InshaaAllah dalam hujung tahun akan melahirkan.
Selalu aku baca je masalah orang tapi aku seakan baru sedar aku pun tengah bermasalah, hahaha.
Dulu sebelum aku berkahwin, aku memang seorang workhaholic, and bidang kerja aku retail, lepas habis spm terus start kerja, sampai habis belajar aku just rehat 2 hari and terus kerja sehinggalah aku ambil keputusan berhenti untuk berkahwin. Ibarat dah sampai masa berehat.
Aku dari dulu hidupnya suka sederhana. Dalam family aku, akulah yang paling tidak uptodate dalam segala benda.sebab aku tak suka terlalu mengejar itu ini.
Hobi aku sekeluarga sejak dulu memang sangat2 suka berjalan. Setiap bulan pastinya ada satu atau dua kali check in resort or hotel sana sini.
Tabiat family aku ni kadang2 aku tak suka sebab nya ibarat suka bermegah megah boleh berjalan sana sini. Sedangkan aku tak suka macam tu.
Kalau aku ikut pun hanya menurut perintah sahaja. Aku bekerja dalam retail and korang boleh bayangkan tak setiap bulan aku perlu ambil cuti sampai 2-3 hari untuk weekend.
Yang memang masalah pada kerja aku. Terpaksa turut, masa tu belum kahwin lagi. Yela anak dara mana boleh lawan, nanti durhaka gitu.
Sejak aku berkahwin, kewangan aku hanya bergantung pada pendapatan suami sahaja. Kiranya kami hanya cukup2 makan. Tapi kami bersyukur sebab cukup sahaja setiap bulan.
Kiranya life aku selepas kahwin memang berubah habis. sebab aku ada life sendiri yang perlu aku focus. Suami aku setiap minggu ada sahaja bawa aku berjalan, tapi ke tempat2 yang murah perbelanjaan nya. Aku gembira je. Bawak pergi mydin pun suka hahaha.
Masalah utama aku, family aku seolah tidak dapat terima yang aku ni tak boleh selalu keluar bercuti, kewangan kami sederhana sahaja.
Ada sekali tu siap mak aku merajuk taknak layan aku sebab aku cancel trip family aku ke melaka. Abang aku pun marah2 aku sebab aku cancel kan.
Sudah aku terangkan kewangan kami biasa2 sahaja.kalau lah aku boleh luku kepala abang aku tu aku buat dah tapi sebab aku hormat.
Bak kata budak tu hormat sikit darjah 5, kau tu darjah tiga! Tapi seolah masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Mereka senang cakap sebab mereka berduit.
Abang aku sudah berkahwin dan muda lagi dalam 30 dan kerja di sektor kerajaan yang gajinya bukan calang2. Bonus nya pula kalau dapat, boleh putih mata. Sebab tu lansung tak ada masalah padanya.
Mak aku pula memegang pelbagai jawatan dalam dalam institusi kerajaan yang memerlukan beliau meeting dan kursus sana sini. Sekali meeting dan kursus je elaun sampai 3K.
Kawan2 selalu cakap aku kaya, heh dia tak tahu yang kaya tu mak bapak aku dengan abang aku je aku hanya seorang noob b40 yang humble and struggle nak hidup.
Pantang ye kalau ada public holiday ke apa mesti dalam kepala diorang ligat nak pergi merata. Kadang kala aku pelik, diorang ni tahu tak aku dah ada life sendiri? Ke pura2 tak tahu.
Walaupun hotel ditanggung mak ayah aku, tapi duit minyak, duit makan dan tol perlu juga diambil kira. Tak ada atleast RM300-RM500 tak selamat la nak jalan jauh. Aku buntu. Aku juga perlu menyimpan untuk kelahiran anak kami.
Hujung bulan 7 ni dah deal book hotel di kl yang terpaksa kami ikutkan atas sebab tidur tempat dekat and ditanggung hotel nya. Yang hujung bulan ni tak pergi lagi, family aku dah plan trip lepas raya haji pulak nak pergi Port dickson katenya.
Kiranya dalam bulan yang sama. Tokey balak pun boleh melingkup! Masa raya aidilfitri hari tu pun kitorang bercuti jugak.
Mula2 aku tak tahu, aku ikutkan kan je, sekali apesal tiba2 jauh ke dalam je rumah nak beraya ni. Nah kau tiba2 masuk jalan resort. Haru sungguh. Family aku saja tak nak cakap takut aku marah. Haha.
Aku tak tahu nak describe family aku punya obsession macam mana. Menangis wo bila kena layan kehendak orang tua ni.
Anak belum lahir lagi dah disuruh fikir nanti nk buat kenduri. Nak itu nak ini. Bila suruh sponsor katanya carila sendiri. Pelik kan kata kaya. Haha. Perghh macam nak pecah otak aku dengan family aku ni. Gila punya berangan.
Kadang sampai menangis – nangis mengadu dekat suami aku. Suami aku pun pening dengan family aku punya habit sekali sekala bole la kitorang ikut. Kalau dah selalu ape dironjang nyaaaa bak kata orang perak.
Kadang aku tengok balik life aku ni beruntung ada family bahagia, hampir sempurna semua, nak pergi mana2 dapat, tiap minggu ade je kesana sini.
Kawan2 toksah cakap la siap jeles bagai. Aku siap offer lagi cakap kat kawan aku “Kau ikut la family aku, ganti tempat aku” dah offer tapi taknak pulak, kata jeles …..
So apa pendapat korang mengenai family aku ni. Memerlukan pandangan biar terbuka sikit kepala minda aku ni nak handle benda ni. Pada morang mungkin simple, tapi pada aku…… Ok bye. Sila komen ye. Nanti aku ada masalah aku confess lagi hahahaha.
– Affin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit