Hai . Nama aku bella . Aku datang dari family yg sederhana tapi kaya dgn kasih sayang. Tapi family kami jadi mangsa pilih kasih nenek aku.
Nenek aku ni mak kepada ibu aku. Ibu aku anak sulung dan juga bukan anak kesayangan nenek. Dari kecik ibu aku diarah beralah dari segalanya. Barang dan juga pelajaran. Ibu aku ni cerdik . Aku pernah terjumpa sijil peperiksaan zaman sekolah dia. Mmg result okey sg. Tapi dia beralah untuk tak sambung belajar demi adik2 dia. Pakngah, maklang dan pakteh aku semua umur rapat dengan ibu. Kiranya beza setahun hingga 5 tahun je. Manakala 3 lagi adik ibu beza 8 hingga 12 tahun.
Nenek aku ni bukannya orang susah. Boleh kata dia orang kaya dlm kampung tu. Tapi bila ibu aku nak sambung belajar dia kata dia tak mampu. Tapi bila adik ibu sambung belajar, dia full support dan siap tak bagi ambik loan lagi. Motor sorang satu dia belikan.
Maklang aku kawen dulu dari mak. Masa first year dekat universiti dia dah kawen. Setahun lepas tu pakngah pulak kawen walaupun takde income sendiri. Nenek tanggung semua. Aku tengok gambar memang grand kenduri. Atok aku takboleh kata apa sebab nenek ni jenis diktator sikit. Kiranya keputusan dia sape pun tak boleh bantah. 2 tahun lepas tu ibu nak kawen. Nenek cuma provide tempat je tau. Nenek kata kat ibu, duit nenek dah habis. Suruh bakal suami tanggung. Ayah aku time tu cuma cikgu biasa je. tahun 80an , gaji cikgu berapa ringgit sgt lah. Maka kawen lah ibu aku dengan serba sederhana. Cuma kenduri doa selamat bagi dua2 pihak. Itupun atok aku hulur duit kat ibu tanpa pengetahuan nenek.
Maklang , ibu dan isteri pakngah lahirkan anak dalam tahun yg sama. Tiga2 kebetulan perempuan. Nenek belikan anak maklang dengan makngah rantai tangan emas tempah khas siap ukir nama. Tapi dekat kakak aku dia tak belikan. Ibu aku diam je. Memang jauh hati jugak kata ibu. Tapi ibu aku jenis redha. Dia taknak derhaka dgn mak dia. Nenek buat alasan kata rantai tangan tu duit besan dia. Dia tolong beli je. Padahal tokey kedai emas tu anak dia kawan ibu. Dia bagitau yg nenek bangga bagitau dia dapat dua cucu perempuan. Dua sahaja okey. Tak termasuk kakak.
Pilih kasih ni berterusan sehingga abang, aku dan adik aku lahir. Kami langsung tak dapat keistimewaan yg cucu2 lain dapat. Masa adik umur dua tahun, aku 5 tahun, abang 7 tahun dan kakak 9 tahun, ibu dapat kerja kat pejabat kerajaan. Atok tak bagi ibu hantar kami kat pengasuh , dia suruh tinggalkan kat rumah dorang je. Sebab dekat. Ibu tanya nenek tapi nenek diam je . So ibu pun hantar jugak. Atok layan kami sama rata dengan cucu lain. Dia sgt sayang kat kami. Tapi entah kenapa dia ta dapat kebebasan bersuara. Macam kena guna2 pun ada. Tapi biasa la budak2 , suka kat mainan. Adik aku ambik main mainan anak maklang. Anak dia mengadu kat mak dia. Mak dia report kat nenek. Nak tahu tak apa dia buat kat adik? Dia tunjal kepala adik sambil maki hamun. Aku walaupun baru 5 tahun sampai sekarang aku ingat. “anak tak sdar diuntung.” “bodoh” “budak sial.” “sama macam ibu ayah kau. Sial.” abang aku pergi pertahankan adik pun kena pukul sekali. Atok aku cuba halang tapi bila nenek jegil mata terus dia terdiam. Menangis la kami 4 beradik kena halau. Yess nenek suruh kami balik rumah kami. Rumah kami tak jauh dr situ. Tapi agak jauh utk kami budak2 kecik masa tu. Kakak dgn abg pimpin tangan kami balik rumah. Sampai rumah ibu tak balik lagi. Ayah tak tinggal sekali sebab ayah mengajar di sekolah negeri lain. Belum dapat tukar. Ibu balik pukul 7 malam. Kami duduk la depan kawasan ruma tunggu ibu balik. Ada jiran india belikan makanan dan ajak kami masuk kat rumah dia sementara ibu balik. Bila ibu balik, dia dapat tau, menangis dia sambil peluk kami 4 beradik. Since then kami tinggal kat rumah je. Kakak dgn abg sekolah petang. Aku tadika pagi. Adik still tak sekolah. Pagi2 ibu sediakan makanan dan suruh kakak panaskan. Kakak dgn abg pergi sekolah, aku balik untuk jaga adik. Tapi ibu tak pernah berdendam dgn nenek. Dia tetap pegi melawat nenek dgn atok .
Kenderaan kami masa tu motor je. Berhimpit kami anak beranak atas motor . Tapi nenek belikan anak2 lain kereta sorang sebijik. Ibu selalu pesab jgn berdendam dgn nenek. Tapi memaafkan tak bermakna melupakan.
Sampailah kami besar. Alhamdulillah ibu dgn ayah kerja dah kukuh. Boleh sara kami tanpa hutang. Aku, kakak dan abg pun belajar elok dan kerja elok. Kakak sekarang dah jadi doktor . Abang masih belajar di luar negara fully biasiswa. aku baru habis degree tapi dah ada kerja yg elok. Adik aku sekarang belajar kat usm dan dua org lagi adik kami masih bersekolah. Kami mampu bagi senyuman kat ibu dgn ayah. Tapi kami tetap bukan cucu pilihan . Atok dah meninggal 4 tahun lepas. Nenek masih tinggal di situ dgn keluarga pakngah. Sebab rumah besar dia tu sekarang atas nama pakngah. Baru ni aku beli kereta buatan negara. Dan kebetulan ibu kata nenek tak sihat. Aku offer diri untuk bawak ke klinik. Dan nenek dgn sinis kata, “aku takmau naik kereta murah kau. Cucu aku ada kereta mahal la. Takat kereta macam kau, aku boleh beli cash la.” terkedu aku kat situ. Tapi cucu kesayangan dia tu tak bawak pun pi klinik.
Aku taktau la kenapa nenek treat family kami macam tu. Jauh kat sudut hati kami, teringin nak dimanjakan macam cucu lain, tapi maki hamun yg kami dapat. Aku salute kat ibu dgn ayah, tetap hormat nenek walaupun sering dimaki hamun. Kakak aku kata sebab ibu masa lahir , mak nenek yg jaga. Nenek anggap ibu pembawa sial . Taktau lah kenapa. Aku doakan nenek berubah. Dapat nilai kebaikan anak cucu dia ni. Aminn
– Bella
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit