Keluarga Mentua

Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau luahan ini diapprove.

Tajuk pun dah tahu, aku menulis kat sini nak cerita pasal keluarga mertua. Tak tahu la sama ada jadi mengumpat ke ape, tapi tujuan aku menulis kat sini sebab nak tengok jugak respon dari pembaca-pembaca sekalian.

Keluarga mertua aku ni baik, kalau nak cari yang perfect tu, memang susah la kan. Keluarga sendiri pun kadang ada yang tidak ok sepenuhnya.

Keluarga mertua aku ni ada 6 orang termasuk mak n ayah mertua. Jadi adik beradik suami aku ada 4 orang termasuk suami aku.

Alhamdulillah aku rapat jugak dengan adik beradik suami yang perempuan 2 orang, yang laki tak rapat sangat, nombor telefon pun tak tahu.

Tapi aku rapat dengan adik-adik ipar aku pun rapat bila berjumpa depan2 sahaja, maksudnya bila berbual tu ada je topik yang nak dibualkan. Kalau nak berwhassap tu memang tak la.

Rasanya setahun ada la sekali atau 2 kali kot berwhassap. Biasa aku hanya akan tanya apa2 melalui suami aku saje untuk tanya mereka.

Takde nak whassap direct dorang, sebabnya dorang pun takde nak whassap aku, tanya melalui suami aku jugak. Mula2 saje aku ada whassap dorang, lama2 takde sebab dorang pun takde nak whassap aku, macam aku pulak yang terhegeh2. haha.

Keluarga mertua aku ni memang takde sangat socmed. Kalau ada pun, hanya sekadar untuk membeli atau nak tahu info2 terkini. Macam adik ipar aku, dorang ada jual barang tapi guna fake akaun.

Mungkin untuk keselamatan peribadi masing2 kot. Tapi kalau dia guna real akaun, mungkin jualan dia makin bertambah rancak.

Macam mana aku tahu dorang guna fake akaun, ada sekali tu dia komen kat posting suami aku panggil panggilan keluarga, tapi bila tengok nama tu takde pun nama keluarga mertua, so dari situ aku tahu dorang guna fake akaun.

Adik ipar aku ada IG, tapi sorang tu tak follow dan sorang tu aku follow. Yang IG dorang guna real, cuma yang aku follow tu takde post pun cerita ke apa. Memang betul2 tak terdedah kepada media sosial. Atau dorang hide aku, yang tu wallahuaklam.

Aku rasa macam rare la sebab sekarang jarang orang tak follow each other lagi2 kalau dah jadi keluarga. Mungkin dorang tak suka kot untuk expose cerita keluarga kat sosial media.

Even keluarga mertua aku takde whassap group family. Yang ni aku rasa macam paling rare la sebab sekarang setiap keluarga wajib ada whassap family, senang nak bincang apa2.

Takde la lepas suami aku whassap mak mertua, kene whassap pulak adik2 dia yang lain kalau kami ada plan nak ajak pergi mana2.

Yang keluarga mertua aku ada whassap family belah mak mertua, ini suami aku yang tunjuk, yang belah ayah mertua suami aku tak tunjuk, mungkin takde kot. Aku pun tak tanya, takot dikatakan busy body.

Keluarga mertua aku ni ak rasa macam tak take care sangat each other. Ada sekali tu ayah aku masuk wad sebab sakit jantung, biasa2 mesti akan telefon sama2 besan untuk bertanya khabar. Tapi sampai kesudah mak dan ayah mertua aku takde telefon.

Aku tahu memang ayah dan mak mertua aku takde telefon sebab kalau mereka telefon, mesti mak ayah aku akan bagitau kat kami. Aku macam ok la, takpe la sebab tak teruk sangat ayah aku masuk wad pun, lepas 2 3 hari dah boleh keluar wad.

Mak dan ayah mertua hanya bertanya khabar melalui suami aku saja.

Pastu tahun seterusnya pulak ayah aku masuk wad lagi dan keadaan agak kritikal dimana ayah aku kene strok tahap 5, totally bed ridden dan minum susu melalui wayar sahaja.

Masa ini aku memang ingat yang mak dan ayah mertua akan telefon mak aku tanya khabar atau sekadar untuk memberi semangat, tapi takde pun,

Sama macam sebelum ini hanya tanya melalui suami aku sahaja dan melalui aku kalau aku ada jumpa dorang. Ayah mertua aku sahaja ada whassap ayah aku.

Tapi ye la, whassap orang yag sakit strok, orang tu tak dapat baca atau balas pun whassap tu. Tapi takpe la, ada jugak usaha tu.

Cuma aku betul2 terkilan sebab keadaan ayah aku macam tu pun masih mak dan ayah mertua aku takde telefon mak aku untuk bertanya khabar atau bagi kata2 semangat.

Kalau kata takde nombor telefon mak aku, boleh saje mintak nombor tu dengan aku. Tapi takde pun. Aku pun tak tanya mak ayah aku sama ada besan dorang ada telefon ke tak, sebab tak nak bagi mak dan ayah nampak sedih lagi.

Dah la besan mak ayah aku ni hanya mak ayah mertua aku saje. Aku saje yang baru kahwin dalam keluarga tu. Semoga nanti mak ayah aku akan dapat besan yang lagi baik nanti.

Nak telefon pun susah, apatah lagi nak pergi melawat mak ayah aku kat kampung tu wlau 1 negeri sahaja.

Adik aku kemalangan sampai kenderaan total lost pun family mertua aku takde tanya khabar ke ape. Bila jumpa depan2 baru la tanya. Masa aku buat status tu, dorang ada baca tapi takde reply pun kat whassap tu.

Aku rasa macam sedih dan terkilannya la. Kalau tanya khabar sikit pun rasa dah ok, takde rasa sedih sangat, tu kan family suami aku sendiri, sedara rapat anak2 aku jugak.

Mak aku suka bagi barang atau apa2 kat orang. Ada sekali tu adik ipar aku bersalin, mak aku ada la bagi kain batik dan hadiah untuk baby.

Bukan setakat bagi kat adik ipar aku yang bersalin tu, mak mertua dan adik ipar perempuan aku yang lain pun dapat jugak. Tapi aku takde terima pun cakap terima kasih, sekurang-kurangnya cakap la terima kasih kat mak aku dan kirim salam ke.

Ni takde pun. Mak aku jugak selalu bagi makanan dan kain kat mak dan ayah mertua aku, ni pun sama, takde cakap terima kasih ke apa. Senyap saje dan cakap tak tahu nak balas ape.

Mula2 tu aku macam tak percaya sebab barang tu suami aku yang bagi direct, sekali tu aku bagi direct sendiri kat mak dan ayah mertua, memang takde cakap ape2 pun.

Aku macam hmm, nak cakap ape kat mak ni, dorang pun takde cakap terima kasih ke ape. Ada sekali tu jugak adik ipar aku yang lelaki kemalangan kat tempat kerja.

Lepas tu aku n suami decide nak tengok adik ipar aku tu macam mana keadaan lepas kemalangan tu, mak aku pun ada kirim jugak duit,

Padahal mak aku tak kerja dan time tu jugak ayah aku baru jatuh sakit kene strok, yang memang memerlukan duit yang banyak untuk beli ubat, susu, pampers dan lain-lain.

Tapi pemurahnya mak aku ni, dia bagi jugak duit kat adik ipar aku yang lelaki ni walhal adik ipar aku yang lelaki ni tak pernah pun tanya khabar pasal ayah aku.

Masa aku bagi duit tu, takde cakap jugak suruh kirim salam kat mak aku ke ape. Aku rasa macam dorang ni takde common sense atau tak reti nak bergaul ke ape.

Pasal bergaul pulak, keluarga mertua aku ni memang orang yang tak bercampur dengan orang lain. Ada sekali tu aku pergi rumah mertua aku, jiran2 semua macam tak rapat sangat. Aku tak kenal pun sapa jiran2 keluarga mertua aku.

Suami aku pulak, jiran2 aku mostly dia kenal sebab jiran2 aku selalu datang rumah kami, kadang hantar makanan, kadang saje bertanya khabar lalu lalang petang2 tu. Tapi bila pergi rumah mertua aku, aku rasa macam ada kami takde jiran.

Rumah aku dan mak mertua aku dekat je, kadang2 mak dan ayah aku ada datang rumah aku nak main dengan cucu2.

Mak dan ayah mertua tahu je yang mak ayah aku ada datang tapi mereka tak pernah offer pun mak ayah aku untuk berkunjung ke rumah mereka.

Sedara mara belah mak mertua aku pulak yang banyak kali offer kat mak ayah aku untuk datang ke rumah mereka kalau ada jalan ke rumah aku.

Pastu suami aku ada cakap yang sepanjang dia hidup, keluarga dia tak pernah buat makan2 yang macam jamuan raya tu.

Aku rasa pelik jugak sebab mak dan ayah mertua aku ni bekerja, biasa orang bekerja ni akan kenal dan rapat dengan orang dan bila ada hari2 contoh macam hari raya ke, mesti akan buat rumah terbuka.

Tapi keluarga aku memang tak pernah buat. So bila ada sekali tu aku mintak dengan suami aku untuk buat rumah terbuka, suami aku macam kekok n segan la jugak nak layan tetamu tu.

Tapi mujur jugak suami aku bagi kerjamasa yang baik masa buat rumah terbuka tu.

Pastu aku ada ajak jugak keluarga mertua, mak dan ayah aku ada tolong jugak kemas2, cuma masa tetamu datang tu dorang dok kat dapur, tak join sekali tetamu kat depan.

Aku rasa keluarga mertua aku ni jenis introvert kot, memang tak suka bergaul dengan orang. Bila keluarga belah mak mertua aku datang, baru dorang pegi ke depan untuk berborak.

Satu lagi, keluarga mertua aku ni dorang rapat belah mak mertua je, belah ayah mertua tak rapat pun.

Hari raya pun dorang takde ajak mintak anak2 dorang iaitu adik2 ipar aku untuk melawat nenek dorang, padahal dekat saje rumah nenek dengan rumah mertua aku tu.

Aku rasa macam sedih jugak la sebab tu je satu2nya nenek yang ada, yang lain semua dah meninggal, belah ayah mertua saje yang ada,belah mak mertua dah takde. Belah aku pulak, semua dah takde.

Sepatutnya suruh la anak tu pergi melawat nenek tu, dekat saje pun, tu pun masa hari raya saje, hari lain memang tak la. Aku pun tak faham kenapa keluarga mertua aku tak rapat sangat dengan keluarga belah ayah mertua aku.

Kalau belah mak mertua, walau jauh pun boleh pergi melawat, sampai 2 jam perjalanan, tapi nak melawat nenek yang 5 minit naik kereta pun tak boleh. Aku pulak yang bersungguh-sungguh nak pergi melawat nenek suami, padahal suami aku macam nak tak nak je.

Ada sekali tu aku ada terbaca whassap ayah dan mak mertua aku, ayah mertua aku cakap bagi la duit sedikit kat mak sebab tolong jaga anak2 kami masa aku pergi kursus.

Aku memang niat nak bagi duit sebab terpaksa tinggal anak2 kat rumah mertua sebab mak aku kene jaga ayah aku yang sakit strok.

Kebetulan pagi tu takde cash, so aku ingat nak bagi lain kali. Pastu ayah mertua aku whassap bagi la sikit duit kat mak lepas susah payah tolong jaga anak tu.

Kalau nak kate susah payah, memang susah payah sebab nak jaga anak aku 2 orang, yang umur 2 tahun dan 5 bulan.

Tapi bila suami aku balik, suami aku yang akan jaga anak2 kami. Aku memang niat nak bagi tapi kebetulan takde cash. Sebelum2 ni aku bagi terus masa ambil anak, so takde la tak bagi ke apa. Hari tu saje takde cash nak bagi.

Terus ayah mertua whassap kat suami macam tu, cakap jangan kedekut dengan mertua la, itu la ini la. Mungkin mertua aku tak tahu kot yang separuh duit nafkah aku, aku bagi kat mertua aku.

Mak mertua aku ada whassap jugak yang dia hairan kenapa suami aku pulak yang kene bagi duit sebab jaga anak2 kami sebab aku yang pergi kursus, bukan dia yang pergi kursus.

Mak mertua aku lupa kot sebab anak dia (suami aku) yang tak boleh jaga anak sorang2, itu yang terpaksa mintak bantuan mak ayah dia.

Dalam whassap tu jugak cakap yang aku ni macam takde belas ihsan kat suami, tolong suami dalam rumahtangga ni. Aku tahu, mak mertua mesti ingat semua belanja suami aku yang keluarkan.

Padahal kalau dia nak tahu, belanja pasal anak, yuran taska, pengasuh, beli barang2 anak2, baju anak2, insurans anak, aku yang tolong bayarkan.

Kadang tolong topup pampers dan susu anak. Belanja dapur pun aku ada sumbang jugak. Tapi tula, suami aku takde cerita pulak pasal ni at mertua aku supaya mertua aku takde salah faham. Aku un tak faham kenapa suami aku tak cerita pasal ni.

Yang lagi buat aku terkilan adalah mak mertua aku cakap aku kene bersyukur sebab suami aku yang izin aku bekerja, kalau tak, aku tak boleh bekerja.

Mak mertua aku tak tahu yang suami aku nak cari isteri yang bekerja untuk bantu dia untuk tampung ekonomi rumah tangga ni.

Lepas aku baca tu, aku pun buat status yang aku kerja keras sebab nak tolong suami bayar itu ini. Tak tahu la mak mertua aku ada baca ke tak status tu.

Kalau ikutkan aku, aku tak nak kerja pun, nak duduk rumah je jaga anak, takde la nyusahkan semua orang untuk jaga anak aku time aku pergi kursus ke ape.

Ada lagi yang nak diceritakan tapi yang tu biarla aku saje yang tahu. Cuma nak cakap, walau kita buat baik macam mana pun, kita tetap akan jadi orang luar dalam keluarga mertua, Lepas dari tu, aku macam buat biasa2 je la, takde terhegeh2 buat baik ke ape.

Tapi mak aku tetap jugak bagi barang kat keluarga mertua walaupun takde ucapan terima kasih dari mereka. Semoga Allah membalas kebaikan mak.

Sekian…

– Miss N. (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *