Keluarga Mentuaku Toksik, Aku Menantu Bagai Makan Duri

Assalamualaikum sahabat semua & admin. Saya nama samaran Ros berasal dari negeri Perak. Umur saya sudah memasuki pertengahan 20an+, suami saya 30an+.

Nak dijadikan cerita Raya Haji 2025 baru-baru ini suami ajak saya pulang ke kampungnya. Saya tak keberatan kerana memang dah niat nak teman suami balik kampung sebab dia dah lama tak jumpa keluarganya. Kali terakhir jumpa Raya Puasa itupun balik cuma 1 hari.

Saya dan suami bukan orang senang nak dibandingkan dengan keluarganya, jadi paham-paham la sebab musabab kami jarang balik. Kami bertolak ke kampung halaman suami di Pineng selepas selesai solat Hari Raya dan sampai pada pukul 2.30pm.

Tujuan sebenar balik kampung ini pun sebenarnya dari awal saya sudah tahu yang mak mentua ada telefon suami suruh balik kerana adik beradiknya semua ada & ingin sambut hari lahir anak suami dengsn bekas isterinya & anak buahnya. Jadi saya dan suami sudah siap belikan hadiah untuk 5 orang.

Dipendekkan cerita, saya tak berapa rapat dengan keluarga suami dan dah cuba sehabis baik untuk diterima masuk dalam keluarganya. Tambahan pula jurang perbezaan antara umur saya, suami & keluarganya sangat jauh membuatkan keadaan jadi lebih kekok.

Mereka acuh tak acuh dengan saya, saya cuba untuk bersembang selagi boleh tapi mentua & adik beradik suami tak pernah nak cuba bersembang lama2 walhal saya sebenarnya orang yang ramah tapi tampak pendiam. Mereka cenderung layan sanak saudara yang lain.

Berbeza dengan budaya keluarga saya yang sangat mengutamakan ahli baru & memberikan layanan yang sangat baik bak menatang minyak yang penuh terhadap suami saya.

Saya biasanya datang sendirian tanpa keluarga kerana masing-masing duduk jauh & ada pekerjaan, jdi itu membuatkan keluarga suami semakin tidak menganggap kehadiran saya.

Saya tahu perkahwinan ini ada yang tidak suka lebih-lebih lagi adik beradik suami yang sering mengatakan saya ini “budak” & pada pikiran mereka saya ini cuma ingin duit, jadikan suami pak sanggup & macam2 lagi tohmahan yang saya dengar.

Mereka pikir dengan umur saya ini saya cuma sekadar main2, tidak pandai uruskan duit & rumah tangga sedangkan saya adalah seorang yang paling diharapkan keluarga. Saya rajin memasak, pandai uruskan kewangan dan suami sangat percayakan saya uruskan semua duitnya.

Begitu juga keluarga saya & saudara tahu bahawa saya seorang yang pandai memasak. Segala susah payah saya dan suami BERSAKSIKAN Allah SWT & anak saya yang baru menginjak 2tahun serta bayi yang masih baru dlm kandungan.

Kalau berlaku perselisihan faham keluarga suami akan menyalahkan saya 100% tanpa tahu hujung pangkal cerita, mereka sentiasa mengapikan kami untuk bercerai termasuk mak mentua saya. Mereka hina saya sehinanya,bmaki saya & suruh kami bercerai.

Adik beradik suami & mak mentua saya cakap di depan muka saya. Saya banyak kali menangis sambil cuba mempertahankan diri saya & melawan jika apa yang dikatakan mereka itu salah dan menjatuhkan maruah saya & keluarga.

Keluarga suami serang saya ramai2… saya seorang saja masa itu. Saya sempat buat video call Ummi saya & kakak sulung. Kakak & Ummi saya marah dengan tindakan bodoh keluarga suami saya seolah-olah tidak beragama dengan memburukkan lagi keadaan, mengapikan & tidak menjadi org tengah.

Ummi saya sempat cakap “Kalau ambik pun cara baik… pulangkan kena cara baik.” Terdiam kakak suami saya bila dengar Ummi saya cakap macam tu. Mereka berani kerana saya seorang & tidak ada wakil.

Bila saya video call Ummi kakak2 suami saya tahu pulak diam. Macam2 mereka cakap sebelum saya buat video call dengan Ummi & kakak saya. Yang meleraikan pergaduhan & menenangkan saya cuma kakak ipar. Dia yang banyak membantu saya & jaga anak saya sepanjang pergaduhan besar tersebut.

Akhirnya saya & suami tumpang tidur di rumah kakaknya untuk sementara, walaupun lepas apa yang dia katakan & buat saya turunkan ego kerana hari sudah jauh malam untuk balik ke Perak.

Sebelum tidur pun kami sebagai suami isteri sempat berbual pasal salah faham antara saya dan dia, serta campur tangan keluarganya. Dia sayangkan keduanya. Suami cakap…dia ada ibu bapa untuk dihormati & saya isterinya yang dia sayang. Dua2 dia nak. Dia tak boleh pilih salah satu sebab dua2 penting.

Katanya… niat dia balik kampung untuk jumpa mak & abahnya saja, bukan adik beradiknya sebab dia tahu ada yang tak suka saya & dia pun tak suka dengar ada yang mengata pasal saya.

Esok pagi kami bangun seawal jam 6am, kemas barang2 apa yang patut dan tunggu mak abah, adik beradik suami yang lain di pondok tempat biasa berkumpul.

Sebelum tu saya sempat minta maaf pada kakak suami yang bagi tumpang tidur malam tu… begitu juga dengan mak mentua saya, serta semua adik beradik suami. Saya turunkan ego & mengaku silap saya… bukan sebab saya salah 100% tapi untuk hati saya tenang & lapang.

Ikutkan hati saya yang banyak menelan duri…! Seorang pun saya tak nak jumpa & tak nak minta maaf lepas apa yang mereka buat dekat saya.

Sepatutnya mereka lebih lagi patut minta maaf dekat saya… tapi tak ada pun yang mulakan lepas tahu apa yang jadi. Mereka diam. Kelu. Dan saya tahu masih ada yang anggap saya salah, saya terima.

Kami berpisah selepas sesi salam bersalaman & sempat ikut hantar kakak sulung suami & keluarganya ke lapangan terbang Pineng. Mereka balik ke Singapura, begitu juga dengan yang lain pulang ke kampung masing-masing.

Sepanjang perjalanan balik ke Perak saya menangis tanpa henti… air mata saya tetap mengalir walaupun berkali-kali saya lap. Bukan mata yang pedih tapi hati saya yang meronta-ronta. Terlampau banyak yang saya pendam sebagai seorang menantu yang sekian lamanya bagai makan duri…..

Saya tak pernah larang suami balik, tapi untuk sejenak ini… saya pikir ada baiknya saya yang patut menjauhkan diri dari keluarga mentua yang toksik. Bagi masing-masing ruang & peluang untuk buka buku baru sampai masanya tiba.

Sekian, sedikit luahan rasa hati dari saya Ros (nama samaran).

– Ros (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *