Assalamualaikum. Nama aku N. Aku perkenalkan diri aku dulu. Umur awal 30-an, sudah berkahwin hampir 3 tahun dan alhamdulillah sudah mempunyai seorang cahaya mata. Aku seorang penjawat awam yang baru nak masuk 4 tahun bekerja. Alhamdulillah atas rezeki ini.
Aku tak tahu sama ada confession ni akan disiarkan atau tak, tapi takpela, aku saje nak menulis sambil nak meluahkan apa yang terbuku dihati ni. Andai disiarkan, terima kasih admin sudi apporve confession aku ini.
Aku harap lepas pembaca habis baca confession aku ni, pembaca boleh komen dan mungkin boleh nasihat mana2 yang perlu nasihat untuk aku perbaiki diri aku lagi.
Maaf andai penulisan ini agak panjang dan maaf kalau sedikit terabur sebab aku dah lama tak menulis. Kalau baca tajuk pun mesti dah tahu pasal ape kan, yup, memang aku nak menulis pasal keluarga mertua aku. Alhamdulillah, aku dikurniakan suami dan keluarga mertua yang baik.
Tapi dalam baiknya itu, ada kekurangannya yang membuatkan aku rasa sangat berkecil hati. Mungkin ada salah aku yang buat keluarga mertua buat aku jadi macam ini. Mungkin bagi pembaca, ianya satu benda yang kecil sahaja, tapi bagi aku, mungkin ianya satu benda yang besar.
Aku start cerita aku bila aku mula-mula kahwin dengan husband aku. Mak mertua minta kitaorang duduk rumah dia sementara rumah tu kosong. Ok, tak pelah, aku setuju saja sebab boleh la kumpul duit untuk beli rumah kan.
Tapi ada syaratnye, ada kene bayar duit tiap2 bulan, macam duit sewa la sebabnye mak dan ayah mertua aku kene kumpul duit untuk pergi haji. So dengan duit sewa tu boleh la sikit nak tampung belanja pergi haji nanti.
Mak dan ayah mertua aku ni pesara kerajaan dengan Gred 32, aku yakin agak tinggi gaji mereka, tapi takde la pulak aku tanya husband aku berapa gaji masing2 kan, kan dah menyibuk namanye.
Komitmen mak dan ayah mertua aku tu rasanye tak banyak sangat pun melainkan mak mertua aku tu, sebab mak mertua aku ada beli rumah dan kereta baru selepas pencen, so duit pencen tu banyak habiskan kat bayar komitmen bulanan la.
Ayah mertua aku tu aku tak sure komitmen dia ape sebab rumah rasanye dah nak habis bayar, tu pun bayar tak sampai RM500 kot. kereta takde sebab tumpang kereta mak mertua aku kalau nak pergi mana2. So bagi aku pencen ayah mertua aku tu macam semua dapat simpan la.
Pasal adik2 ipar aku, ada 2 yang dah kahwin dan sorang lagi belum kahwin, otw nak kahwin, tapi tak dapat green light lagi dari mak mertua aku sebab simpanan tak cukup lagi.
Mana nak cukup, gaji tak sampai RM2k, tapi beli kereta jenama H dan bayar bulan2 dalam RM600 atau RM700++ dan bayar moto dalam RM100++.
Itu pun duduk rumah mak mertua, kire dan macam free la kan. Kalau keluar dengan awek, makan kat cafe hipster katenye husband aku, tak nak makan kat gerai2 biasa ni. Pastu hari tu sekali dia kene buang kerja sebab kat tempat kerja dia tu tak bagi solat.
Pastu cakap la kat husband, kenapa dia taknak kerja mekanik jenama Malaysia ni atau orang tempatan saje, at least ada la jugak duit masuk, nak bayar komitmen bulan2 lagi kan. Husband aku cakap adik dia ni taknak kerja dekat jenama tempatan atau bengkel biasa2 saja, takot jatuh standard kot.
Aku pun diam saja la, malas nak komen ape2, yang penting tak mintak duit kitaorang untuk bayar komitmen dia tu. Aku dengan adik ipar aku yang lelaki ni memang tak bertegur pun, aku jenis segan nak tegur orang dulu, lagi2 kalau lelaki.
Adik ipar aku ni memang susah la nak tegur aku dulu, seolah2 aku tu tak wujud pun kalau pergi rumah mak mertua.
Lepas tu kalau nak mintak tolong ke apa, kemain lagi susah. Suami aku ni la yang akan jadi mangsa kalau nak mintak tolong ke ape, padahal adik ipar aku tu ada saja kat rumah tu.
Nak sewa hotel nak pergi jalan2 pun mintak tolong suami aku carikan, padahal adik ipar aku tu boleh saja carikan, kebetulan pulak dia pun akan join sekali tido kat hotel tu. Apa salahnye kalau carikan hotel tu, jadi bila nak check in ke ape senang sebab kita sendiri yang booking hotel tu.
Alhamdulillah, adik ipar perempuan aku semua baik. Cuma kami jarang berhubung, dorang takde media sosial ni.
Pelik kan, zaman macam ni masih lagi ada orang yang takde media sosial, perempuan pulak tu. Limited edition betul. Adik2 ipar aku ni surirumah, jual2 barang macam tula, tapi guna fake akaun.
Kadang aku nak tau jugak la perkembangan dorang macam mane, takkan la nak tanya husband aku saja kan atau whassap dorang, takot dorang ni rimas pulak nanti. So kesudahnye, aku memang tak tau perkembangan dorang melainkan aku whassap sendiri dorang.
Seolah2 macam aku ni busy body pulak dok tanya perkembangan dorang. Aku buat macam tu sebab nak merapatkan silaturahim, dah la jarang jumpa, pastu jarang pulak berhubung, tak ke macam nak bagi putus hubungan tu.
Aku nampak family mertua aku ni jarang sangat suka bertanya khabar pasal orang lain ke ape. Dorang dengan dunia dorang sahaja kot. Tak suka bergaul dengan orang lain. Buktinye sosial media pun takde, kalau ada pun takde update apa2.
Even masa aku bersalin dulu pun sorang dari ahli keluarga family mertua aku takde pun whassap aku tanya khabar aku. Even mak mertua dan adik2 ipar perempuan aku. Aku rasa macam kecil hati sangat2.
Padahal masa dorang bersalin dulu, sebelum dan selepas bersalin aku selalu whassap dorang tanya kabar, padahal boleh saja aku tanya tu melalui suami aku. Tapi sebab aku nak jadi rapat dengan dorang, aku tanya personal.
Tapi tula, kadang ada yang dorang reply, ada yang tak, macam aku pulak yang terhegeh2. Last sekali aku stop bertanya sebab aku pun nak jaga hati dan perasaan aku jugak.
Yang paling menyedihkan bagi aku, adik ipar aku ada mintak baucer dekat shoppee akaun aku melalui suami aku. Dalam hati aku cakap, oh, mintak baucer free boleh, tapi nak tanya khabar aku tak boleh even whassap sepatah saje. Dia mintak baucer tu pun melalui suami aku,
Masukkan duit dalam akaun shoppee aku then mintak aku tolong belikan barang guna baucer tu dalam akaun shoppee aku. Aku rasa macam whattt!! Sedihnye rasa, huhu. Aku tak tau la kalau orang lain akan rasa benda ni simple saje, tak perlu nak fefeling bagai.
Tapi bagi aku yang biasa tak care pasal orang lain, selalu tanya khabar pasal orang lain, akan rasa sangat sedih bila diperlakukan begini oleh adik ipar sendiri. Tapi takpela, aku just let it go, malas nak sedih2 time dalam pantang tu, kan meroyan plak.
Aku rasa mak dan ayah mertua aku pun takde call kot mak ayah aku pasal aku bersalin ni. Sebab aku perasan, sebelum ni ayah aku selalu call ayah mertua aku, lepas aku bersalin, aku tengok ayah aku takde dah nak call ayah mertua aku.
Mungkin sebab dah malas nak amik tahu kot pasal ayah mertua aku, asyik ayah aku saja yang terhegeh2 call. Yela, kami ni orang kampung saje, tak setaraf dengan dorang yang duduk di bandar. Kami sedar taraf kami ni macam mana.
Even masa aku kene covid 19 pun takde sape yang whassap personal aku tanya ok ke tak. Haha.
Yela, time aku bertarung nyawa nak bersalin pun dorang wat tak kisah, takde tanya khabar, apatah lagi aku hanya kene covid saje, perkara biasa zaman sekarang ni. Hmm, nasib la dapat keluarga mertua yang senyap sesenyapnye.
Husband aku pulak, aku tak taula dia ni selalu takde duit ke ape. Masa aku bersalin, mostly duit aku yang bayar dan ayah aku. Duit sewa hotel untuk family aku dan husband aku tinggal pun, aku yang bayar. Bill hospital nasib baik free sebab aku ni penjawat awam.
Sebelum ni husband aku cakap yang dia dah sediakan duit untuk aku bersalin, tapi aku tak pasti berapa banyak. Mungkin sebab dah tahu yang bil2 hospital semua free, guna nama aku sebagai penjawat awam ni, itu yang husband aku macam relax saja kot.
Ada satu hari tu aku tanya dia, abang sebenarnye ada tak duit masa saya bersalin hari tu, dia cakap sebenarnye tak de. Duit habis sebab ulang alik dari rumah mak mertua ke rumah dekat kampung masa aku cuti sebelum bersalin tu.
Padahal aku rasa macam sikit saja pun guna duit untuk ulang alik tu sebab suami aku berapa kali saja balik rumah sebelum aku bersalin tu.
Pastu sepanjang aku pantang, berapa kali saja husband balik tengok aku, sebabnye takde duit jugak, kali ni ulang alik naik bas, tiket pun takde la mahal sangat, dalam RM30++ saja sehala. Aku rasa macam alahaiii, sedihnye la.
Duit belanja yang dia bagi untuk aku makan minum sepanjang berpantang kat kampung pun dia bagi RM 100 saja sebulan. Aku rasa macam sedih jugak la. Mana cukup dengan duit banyak tu, dahla kebe beli ikan lagi time pantang ni.
Last2 aku tambah guna duit aku sendiri bagi kat mak aku. Duit bayar upah tukang urut pun share dengan aku. Mak aku husband aku bagi RM100 untuk jaga aku sepanjang pantang 2 bulan lebih tu.
Suami aku takde komitment lain, kereta dah habis bayar, rumah takde lagi, bayar sewa dekat mak mertua saja dalam RM200, pastu insurans dan ASB dan kutu dia.
Dia bagitahu dia ada amik kutu untuk belikan emas untuk anak ktorng, then masa dapat duit kutu tu, aku tanya la nak beli emas ape ni untuk anak, last2 dia cakap duit tu dah habis untuk bayar benda lain. Aku rasa macam…. tak tau la nak cakap ape, sedih sangat2. Sebelum ni cakap lain, pastu jadi lain.
Last2 mak dan ayah aku belikan emas untuk anak aku, aku ada tambah sikit2. Husband aku takde bagi duit sikit pun. Ada sekali tu husband aku beli sport rim dan tayar, habis dalam RM1.5k atau lebih macam tu. Dia cakap dah lama nak sport rim gitu, sebelum kahwin lagi dok kumpul duit.
Aku cakap ok la, beli la, yang penting nafkah jangan lupa. Tapi lepas dia beli sport rim tu, macam2 masalah pulak kat kereta dia yang buatkan duit gaji dia banyak habis kat kereta dia. Kereta dah habis bayar pun, duit banyak habis kat kereta sebab ada saja yang rosak.
Mungkin sebab aku tak redha kot sebab time tu nak masuk 2 tahun kahwin, nafkah baju dia masih lagi tak complete.
Kalau pegi pasaraya ke pasar malam ke, kalau aku beli barang2 aku, memang aku akan bayar sendiri, even tudung RM 10 pun aku akan bayar sendiri padahal time tu nafkah wajib 2 pasang persalinan baju masih lagi tak cukup untuk dia bagi kat aku.
Aku tak kisah pun nak bayar sendiri kalau nafkah dia tu dah complete, ni takde. Tak complete lagi tapi still aku kene bayar.
Yang paling sedih, stokin untuk dia nak pegi kerja pun aku tolong bayarkan, time tu aku pun nak beli sarung kaki sebab sarung kaki aku dah koyak, then time tu dia pun nak beli jugak stokin dia, ok la, time nak bayar, dia mintak aku bayarkan untuk dia sekali.
Aku ingat dia akan bayar balik la,tapi wat senyap saja. huhuhu. Alangkan persiapan untuk aku bersalin pun dia tak sediakan duit apatah lagi nak sediakan 2 persalinan lengkap setahun.
Lepas ni aku selalu cakap kat dia yang saya taknak anak dah, cukup sorang saja. Harap dia faham la kenapa aku cakap macam tu.
Ni pasal ayah mertua aku pulak. Aku perasan ayah mertua aku ni macam banyak tumpang harta mak mertua aku. Sebagai contoh, mak mertua aku pulak yang susah2 beli kereta besar, bagi selesa sikit untuk jalan pergi mana2.
Sepatutnye bukan ke itu tugak suami untuk sediakan kemudahan itu semua untuk keluarga? Ada sekali tu ayah mertua aku suruh aku beli kereta besar sikit, sebab aku pakai kereta axia saja nak pergi mana2.
Kenapa pulak dia nak suruh aku beli kereta besar, kenapa tak suruh anak dia yang beli kereta besar, itu kan tugas seorang suami untuk sediakan kemudahan dan keselesaan untuk keluarga.
No wonder la mak mertua aku yang beli kereta besar dan selesa sikit untuk jalan2 bukan ayah mertua aku.
Padahal dengan gaji ayah mertua aku tu, aku rasa lebih pada mampu nak beli. Pastu kalau dia bagi duit untuk mak dia, bagi time raya saje sebanyak RM100. Kenapa aku cakap bagi time raya saje.
sebab time raya saje ayah mertua aku akan kirim duit kat husband aku untuk bagi duit dekat mak dia, which is nenek husband aku.
Selain dari tu mungkin takde bagi kot, kalau ada, dah tiap2 bulan akan kirim kat husband aku sebab ktorng duduk dekat saja dengan rumah nenek tu.
dah 2 kali raya jadi macam ni, so mesti time raya saja bagi duit tu kan. Nenek aku pun ada cakap yang hanya anak dia yang sorang ni saja (bukan ayah mertua aku) yang bagi duit dan makanan kat dia selalu. Yang lain dia take sebut pulak, so macam takde bagi la kan.
Ada sekali tu ayah mertua aku ada komen dekat posting aku. Haa kali ni, ayah mertua aku ada fb ye, sebab dia friend dengan aku. Posting aku tu cakap pasal jangan kedekut dengan anak. Pastu ayah mertua aku tu komen jangan kedekut dan bakhil dengan mertua dan jangan buat mereka terasa.
Aku macam tak tau nak react macam mane dengan komen tu sebab aku rasa sekali sekala jumpa biasa aku akan bagi duit dan aku ada bagi duit kat mak mertua aku jugak tiap2 bulan. Taktau la kalau mak mertua aku tu tak share pun dengan ayah mertua aku duit yang aku bagi tu.
Aku bagi pun takdela banyak, RM50 seorang. Aku nak bagi banyak2 pun aku pun ada komitment sendiri. Even husband aku pun takde bagi duit kat mak ayah aku tiap2 bulan. so kire untung la aku bagi duit kat mak dan ayah mertua aku.
Lepas aku takde balas pun komen tu, sebenarnye aku taktau nak balas macam mana komen tu, lepas seminggu aku tengok balik posting tu, komen tu dah takde, dan lepas 2 minggu lepas tu, ayah aku dah remove aku dari friend list dia.
Eh, dia ni nak putuskan hubungan ke ape sebab aku tak balas komen tu. Aku rasa ayah mertua aku kecil hati kot sebab tak bawak dia pergi jalan2 macam aku bawak mak ayah aku pergi jalan2.
Padahal ayah mertua aku tak tau yang sewa hotel semua dan makan semua masa aku dan family belah aku pergi jalan2 tu, kebanyakannya sponsored by my father and adik beradik yang lain.
Aku dan husband aku takde keluarkan duit banyak pun, hanya duit minyak kereta sendri saje nak ke destinasi percutian tu.
Ada sekali atau 2 kali saje aku belanja family aku makan, itu saje. yang lain banyak ayah aku yang tolong bayar, padahal ayah aku ni pencen dengan gred 22 saja. berapa la sangat pencen tiap2 bulan kan.
Tapi mungkin sebab bahagiakan anak2 menantu, jadi duit tu sentiasa ada. Aku syak ayah mertua aku jeles kot ingat aku yang bayar semua, ayah mertua aku ingat aku lebih kan mak ayah aku, tak buat sama kat dia. Dia komen macam tu lepas kami balik dari bercuti.
Aku memang ada niat nak bawak jugak mak ayah mertua aku ni pergi bercuti, tapi mak ayah mertua aku ni macam cerewet sikit dari segi tempat tinggal, makan dan lain2 lagi.
Tak boleh hotel biasa2 yang murah2, yang bajet tu memang tolak tepi la, kedai pulak kene kedai yang macam restoren2 gitu, aku takde la ada duit banyak sangat nak ikutkan demand dorang ni, so sampai kesudah tak dapat bawak dorang pergi jalan2. Husband aku?
Memang tak dapat la kot nak belanja, alangkah masa kami pergi bercuti dgn family aku pun, banyak ayah aku yang tolong bayarkan makanan,
Aku rasa macam malu la jugak sebab sepatutnye bahagian aku dan dia tu at least dia bayarkan la kalau taknak bayar semua pun, hotel dah free, takkan la makan pun nak free. huhu.
Macam2 la pasal keluarga mertua aku ni. Yela, nak juma yang perfect tu memang tak dapat la kan sebab kita sendiri pun ada kelemahan masing2. Tapi itula, selagi boleh bertolak ansur, aku ok saja la, makan hati tu biasa la. Macam2 lagi kalau nak cerita, tapi aku cerita yang besar2 saje.
Harap para pembaca boleh nilai dan nasihat mana yang boleh nasihat. Alhamdulillah, mak mertua aku okay dengan aku setakat ni. Yang lain pun okay jugak tapi tula, yang faham tu faham la kan.
Dah panjang sangat aku tulis ni. Terima kasih kalau ada yang baca sampai habis. Harap pembaca2 boleh bagi nasihat dan komen. Mana2 yang aku rasa boleh buat, aku akan buat supaya dapat mengharmonikan lagi hubungan aku dan keluarga mertua ni. Terima kasih.
– Pn. N. (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit